Wednesday, September 24, 2008

Aurora Petanda Maha Pencipta !!!!



Bismillahirrahmanirrahim…
Pertama dan sehingga ke akhirnya,marilah kita bersama-sama mengucapkan perasaan syukur kita kepada Allah s.w.t di atas segala curahan nikmat yang dikurniakan olehNya kepada kita. Itulah Allah yang sememangnya Tuhan kita Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah..

Bila mana kalian menerjah ke ruangan blog ini dan menatap gambar ini sudah pasti terselit pertanyaan apakah yang dimaksudkan dengan AURORA. Sememangnya sesuatu yang amat menarik perhatian tatkala pertama kali penulis mengenali aurora di akhbar Harian Metro beberapa tahun yang lalu. Cantik,aneh,kehebatan.itulah antara yang dapat penulis singkapkan dari sinar aurora ini.Inilah antara keagungan dan kebesaran Allah yang ditunjukkan kepada kita.

MEH KITA CUNGKIL SIKIT MENGENAI AURORA..


Aurora sememangnya mempunya kaitan dengan ILMU FALAK dalam islam.Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis (IPA /ɔˈɹɔɹə bɔɹiˈælɪs/), yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas.

Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.