Friday, April 24, 2009

DAKWAH BIL HAL PIKAT JERALD


DR. Jerald Dirks

SESEORANG yang tidak mempunyai pegangan agama atau tidak menyatakan agama apa yang dianuti dianggap sebagai tidak mempunyai identiti diri. Begitulah pentingnya agama kepada warga Amerika Syarikat, Dr. Jerald Dirks.

Bukan sahaja atas nama identiti, agama kepada Jerald turut bermakna mesti dipertahankan dan disebarkan kepada orang lain!

Namun bagaimana beliau yang merupakan seorang penganut Kristian yang sangat taat, akhirnya tunduk kepada Islam?

Ini berlaku pada tahun 1993, Jerald akhirnya memeluk Islam. Nama Abu Yahya dipilih untuk menyerlahkan lagi identiti agama yang beliau baru anuti itu.

Jika ditelusuri kehidupan lampau beliau, kita mendapati Jerald adalah 'umat' Kristian terbaik yang pernah ditemui.

"Pada lewat 1950-an, dengan tiga buah gereja terdapat di pekan kelahiran saya, menjadikan seluruh penduduk begitu kuat berpegang kepada agama itu," katanya.

Beliau melakukan pelbagai aktiviti untuk gereja milik keluarganya, Gereja Methodist. Jerald tidak pernah gagal menghadiri sebarang upacara sembahyang sehingga pernah dianugerahkan pelbagai trofi kejuaraan kerana kehadiran penuh dan berjaya menghafal ayat-ayat dari Bible.

Pada usia 17 tahun, ketika memasuki Kolej Harvard atas nama cintakan agamanya, dia memilih kursus yang membolehkannya menjadi paderi bertauliah.

Ini termasuk keperluan kursus Perbandingan Agama yang membolehkan buat pertama kalinya Jerald mengenali Islam. Kursus itu diajar oleh seorang pensyarah iaitu Wilfred Cantwell Smith, yang mempunyai kepakaran dalam pengajian agama itu.

Bagaimanapun, Jerald tidak begitu memberi tumpuan terhadap pengajian Islam berbanding minat yang tinggi terhadap pengajian agama Hindu dan Buddha.

Hollis Scholar

Atas kesungguhannya, kalangan warga Harvard menggelarkan beliau Hollis Scholar.

Tamat pengajian, beliau menyambung pengajian tinggi di Harvard Divinity School atas tajaan Biasiswa Stewart iaitu sumbangan dari pihak gereja bagi membolehkan beliau beroleh Ijazah Master of Divinity pada tahun 1974.

Sebaik sahaja tamat pengajian, Jerald terus dihantar bertugas sebagai paderi di dua buah Gereja United Methodist. Sekali gus di kawasan pedalaman Kansas yang menyaksikan semakin ramai kembali mengunjungi gereja berbanding keadaan yang sebelumnya.

Semua ini 'berkat' kesungguhan Jerald sebagai seorang paderi yang berwibawa.

Dengan latar belakang pendidikan dan prestasi kerjaya yang sebaik itu tentunya Jerald seorang yang tidak lagi dalam pencarian. Sebabnya, segala-galanya kini telah terjawab dan tidak mungkin iman akan tergugat dengan apa juga gejala yang melanda.

"Tetapi mungkin secara luaran saya dilihat begitu tetapi jauh di sudut hati, saya sebenarnya berperang!" ujarnya.

Walaupun sudah semakin jauh dan begitu mengenali agama sendiri, namun beliau akhirnya menyedari beberapa aspek yang tidak kena dengan agama asalnya.

Antaranya 'Keaslian Bacaan' daripada pelbagai teks-teks kitab Bible, konsep triniti yang sentiasa mengalami evolusi sebagai 'Tuhan Yang Satu' namun tetap meletakkan Nabi Isa itu sebagai tuhan.

Mengenali Islam

Ketika inilah, buat pertama kalinya, beliau dan isterinya mula mengenali Islam yang kebetulan mereka berdua sedang membuat kajian mengenai sejarah Kuda-kuda Arab. Matlamat utama kajian itu untuk menyelamatkan dokumen-dokumen atau naskhah-naskhah sejarah Arab lama.

Tugas itu memerlukan beliau mendapat pertolongan kalangan bangsa Arab, terutama untuk menterjemahkan teks-teks berbahasa Arab dan memberi panduan mengenai sejarah kuda serta Arab itu sendiri.

Seorang berbangsa Arab bernama Jamal akhirnya menawarkan diri membantu mereka dengan hadir ke rumah Jerald hampir setiap hari.

Selain membantu Jerald, Jamal melakukan dakwah secara halus yang berjaya menyentuh hati Jerald yang mula kagum dengan cara hidup yang ditunjukkan oleh Jamal.

Ini kerana sebelum pulang, Jamal akan meminta kebenaran mengambil air sembahyang diikuti meminta hanya sehelai kertas sebagai alas atau sejadah. Jamal kemudiannya solat tanpa sebarang ragu dan janggal walaupun di dalam sebuah rumah milik seorang paderi Kristian.

"Tanpa kami sedari bahawa Jamal sebenarnya sedang menunjukkan satu bentuk dakwah yang sangat cantik yang menyebabkan hati kami begitu tertarik," katanya.

Jamal benar-benar menjayakan konsep dakwah bil hal (dengan contoh) dengan tidak pernah mengambil kesempatan untuk bercerita mengenai Islam. Jauh sekali untuk memaksa Dr Jerald dan isterinya memeluk Islam, walaupun peluang itu ada untuk Jamal berbuat demikian.

"Banyak yang saya belajar dari Jamal yang tidak pernah cuai mendirikan solat, sampai masa dan waktunya dia akan segera solat tetapi itupun dengan terlebih dahulu meminta kebenaran dari saya sebagai tuan rumah," katanya.

Jerald suami isteri benar-benar tertarik dengan cara Jamal mengendalikan kehidupannya baik untuk soal kerja dan cara beliau bersosial. Malah cara Jamal mendidik anak-anaknya juga amat menarik perhatian keluarga Kristian ini.

"Jika Jamal memberi penerangan mengenai Islam pun, dia memberitahu dengan begitu profesional tanpa menyelitkan sebarang propaganda mengenai Islam di situ," katanya.

Ini termasuklah Jamal membantu Jerald memahami mengenai sejarah tanah Arab, sejarah Islam, Nabi Muhammad, al-Quran termasuk terjemahan-terjemahan penting daripada kitab itu.

Cantiknya Islam

Sehinggalah Jamal kemudiannya memperkenalkan Jerald dengan beberapa keluarga Arab lain, beliau semakin mengagumi Islam apabila melihatkan cantiknya Islam yang dibawa oleh keluarga-keluarga tersebut.

Pada Disember 1992, Jerald mula memikirkan dengan lebih serius akan kedudukan diri atau lebih tepat agama yang menjadi anutannya.

Ini membuatkan beliau mengkaji semula mengenai Islam terutama melalui al-Quran yang beliau baca dari dua kitab terjemahan.

"Saya tidak pernah memberitahu kepada rakan-rakan Islam pencarian yang saya lakukan secara bersendirian itu.

"Akhirnya, saya dan isteri mengakui bahwa tidak ada apa yang perlu diragukan mengenai Islam. Malah saya juga mula menerima hakikat mengenai kerasulan Nabi Muhammad dan saya dapat menerima sepenuhnya bahawa tuhan yang wajib dipercayai dan disembah hanyalah Allah, tiada yang lain selain dari-Nya!," katanya.

Begitupun beliau masih ragu-ragu untuk membuat keputusan yang pasti kerana merasakan banyak lagi mengenai Islam perlu diketahui.

"Saya cukup sebati dengan Kristian, iaitu hampir 43 tahun lamanya. Jadi untuk menanggalkan label Kristian itu bukan sesuatu yang mudah kerana dengan agama itu juga saya sebenarnya dapat menikmati kehidupan yang selayaknya untuk dinikmati," kata beliau.

Namun Jerald akui bahawa beliau begitu berat untuk meletakkan Kristian sebagai perakuan agama ketika mengisi borang pasport, dokumen untuk memohon perjalanan ke Timur Tengah.

"Saya ketawa bagi melindungi perasaan sebenar saya yang masih begitu bermain sedangkan dari akademik dan logik, saya dapat mengakui Islam," katanya.

Sehinggalah pada suatu hari ketika sedang khusyuk membaca al-Quran terjemahan yang ketiga di sebuah restoran Arab, beliau ditegur oleh Iman, isteri tuan punya restoran itu. Sebabnya, hanya mereka yang memeluk Islam sahaja yang akan membaca al-Quran mahupun terjemahan kitab suci itu.

"Secara spontan saya menjawab, tidak!," kata Jerald. Beliau kemudiannya menyedari telah bersikap kasar lalu menemui semula Iman dan menjelaskan kepadanya.

"Bahawa sekiranya dia bertanya sama ada saya percaya tuhan yang satu, pasti saya menjawab 'ya' dan sekiranya ditanya saya mempercayai Nabi Muhammad, jawapan saya sama, saya percaya kerasulan baginda!," katanya.

Mungkin dengan jawapan Dr Jerald itu sebenarnya beliau telah mengucap dua kalimah syahadah tanpa beliau sedari. Namun beliau masih belum mempunyai kekuatan yang jitu bagi membulatkan sebarang perubahan baru yang akan mengubah seluruh hidupnya dan apatah lagi untuk berhadapan dengan pandangan masyarakat terhadap beliau selama ini.

Begitu pun kunjungan beliau ke Amman, ibu negara Jordan merupakan titik yang menjadi transformasi kepada Jerald dan isterinya.

Ketika melakukan kajian di negara itu, secara tiba-tiba Jerald ditegur oleh seorang rakyat Jordan yang beliau tidak kenali.

Selepas memberi salam kepada Jerald yang hanya mampu menjawab dengan menganggukkan kepala, tidak semena-mena lelaki ini bertanya sama ada beliau seorang Muslim.

"Ketika itu saya-saya benar terperangkap, saya tidak mampu lagi bermain dengan sebarang permainan perkataan yang intelektual untuk menipu kebenaran yang ada.

"Semudah sama ada saya menjawab Na'am (ya) atau La' (tidak). Lalu saya benar-benar membuat satu pilihan apabila saya akhirnya menjawab "Na'am ana Muslim" (ya, saya seorang Muslim)" katanya.

Allahu Akbar! Tuhan Maha Besar!

Sejurus jawapan itu keluar dari mulut Jerald, beliau dapat merasakan seluruh beban kini bagaikan telah jatuh luruh daripada dirinya.

"Saya berasa sungguh ringan dan satu ketenangan yang luar biasa menyelinap masuk ke dalam hati saya.

"Keputusan ini bukan satu kesilapan walaupun saya menyedari pelbagai risiko dan cabaran yang bakal saya hadapi," katanya.

Analoginya ada dua orang Si A dan Si B, Kedua-dua mereka ingin membeli lak top yang sama dengan harga yang sama RM3500. Apa yang membezakan mereka berdua ialah Si A dengan mudah mendapatkan wang RM3500 daripada ibu bapanya untuk membeli lak top tanpa perlu bersusah payah,sedangkan Si B terpaksa bertungkus lumus mecari wang siang dan malam bekerja mengerah tenaga semata-mata ingin mengumpul wang bagi membeli laktop RM 3500 itu tadi.Alhamdulillah kedua-duanya berjaya membeli laktop yang di idam-idamkan walaupun usaha mereka sangat berbeza.

Suatu hari kedua-duanya telah kehilangan lak top masing-masing,persoalannya SIAPAKAH YANG PALING MERASAI KEHILANGAN LAK TOP TERSEBUT??? Sudah pasti Si B akan merasa lebih pedih & sedih kerana usahanya yang selama ini mengumpul wang siang dan malam bagi membeli lak top itu akhirnya mengecewakan berbanding dengan Si A yang hanya menadah tangan mendapatkan wang dari ibu bapanya.

Masalah lak top ke ni??? Tidak cuba kita bayangkan lak top itu iman kita,agama kita...Orang yang bersusah payah mencari,mengkaji berusaha memahami ISLAM semestinya akan lebih merasai hasilnya berbanding dengan ISLAM yang kita perolehi secara keturunan/warisan daripada ibu bapa. MUNGKINKAH INI YANG MENYEBABKAN KITA TIDAK/KURANG MENGHARGAI APA ERTINYA KITA MENGANUT AGAMA ISLAM?? Tepuk dada tanya IMAN...sama2 kita bermuhasabah diri.

Wednesday, April 22, 2009

PELAJAR MUSLIM CONTOH

"Tapi camana belajar kerana Allah? ",tanya seorang sahabat smart group kumpulan saya.Kata2 ini masih terngiang-ngiang ditelinga saya sewaktu bersama2 berbincang dengan sahabat2 SMART GROUP kumpulan saya beberapa bulan yang lalu. InsyaAllah semoga tulisan dibawah mampu sedikit sebanyak memberikan jawapan kepada persoalan itu.


Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(Al Ahzab: 21)



1. Niat dan Tujuan Belajar

Niat dan tujuan belajar dalam Islam ialah untuk memberikan sumbangan terhadap Islam, umat Islam dan mengisi ruang-ruang pengkhususan yang diperlukan oleh jemaah Islam.

Islam menggalakkan kita menuntut ilmu dan melaksanakan kewajipan menjadi Khalifah di muka bumi dan memakmurkannya dengan kuasa-kuasa yang Allah sediakan di dalamnya.

Niat ini akan menjadikan belajar sebagai ibadah dan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah dan akan mendapat pahala atas segala usaha, masa dan harta yang digunakan.

Pelajar-pelajar perlu sedar bahawa banyak ilmu-ilmu yang wujud hari ini dipelopori oleh ilmuan Islam terdahulu, justeru itu pelajar-pelajar bertanggung jawab dengan berusaha bersungguh supaya Islam kembali mengeluarkan pakar-pakar di dalam pelbagai bidang disiplin ilmu pengetahuan.


2. Tasauwwur Terhadap Pelajaran

Pelajar-pelajar muslim mesti membetulkan pandangannya terhadap pelajaran, bermula dari penguasaan ilmu bagi menghadapi peperiksaan akhir, pelajar-pelajar mesti membina peribadi yang berakhlak mulia serta mampu memberi khidmat kepada kehidupan manusia dengan menghubungkan ilmu yang dipelajari dengan kehidupan.

Pendidikan akhlak mestilah diberi keutamaan dalam pendidikan Islam melebihi dari ilmu pengetahuan yang lain. Menuntut ilmu dalam Islam mempunyai adab-adab yang telah ditentukan dan perlu dihayati semasa pendidikan. Justeru itu kita berkewajipan mempelajari adab-adab tersebut dan membiasakan diri dengannya.


3. Pelajar Muslim hendaklah pandai memilih kawan (sahabat) karib dari kalangan kawan-kawannya. Kawan-kawan hendaklah kawan-kawan yang soleh dan mengelakkan diri dari berkawan pemuda-pemuda yang jahat. Perhubungan dengan kawan-kawan hendaklah sederhana dan dapat dikawal supaya tidak mengambil (mencuri) masa mengulangkaji pelajaran.


4. Bijak memilih bahan bacaan ringan bagi tujuan merehatkan minda. Bahan bacaan yang pilih mestilah berfaedah dan dapat menyihatkan akaldan jiwa serta bersih dari noda dan dosa.


5. Perhatian dan tumpuan kepada pelajaran mestilah diberikan sepenuhnya kerana pada tahap sekarang merupakan tahap umur yang paling ideal (sempurna) untuk belajar dan membentuk peribadi. Masa ini hendaklah dihabiskan sebaik-baiknya untuk pelajaran kerana selepas tempoh ini kewajipan-kewajipan lain seperti berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama sedang menanti.

6. Pengurusan diri hendaklah dibuat dengan rapi dan teratur sama ada di rumah atau kolej/universiti. Tempat tidur dan tempat belajar sentiasa dalam keadaan kemas dan tersusun rapi selepas digunakan. Pakaian, buku-buku dan nota-nota kuliah sentiasa teratur supaya mudah untuk dicari apabila diperlukan.

7. Pelajar muslim mestilah sentiasa membersihkan diri sama ada dari segi zahir mahupun batin. Kebersihan batin yang dimaksudkan ialah kebersihan hati, ia mesti diberikan keutamaan. Ia mesti dibersihkan dari sifat-sifat terkeji seperti riak, ujub, takabbur, dendam, hasad,dengki dan lain-lain sifat yang dimurkai oleh Allah.

Pelajar muslim contoh bertanggungjawab untuk memenuhkan hatinya dengan sifat-sifat yang terpuji seperti taqwa, ikhlas, tawadhu’, belas kasihan dan lain-lain sifat terpuji.

Seterusnya pelajar muslim mesti menjaga kebersihan fizikal tubuh badannya dan persekitarannya seperti tempat tidur dan meja tulisnya.

8. Pengurusan dan pembahagian masa hendaklah dibuat dengan baik. Agihan masa belajar, ulangkaji, rehat, riadah, ibadah dan aktiviti-aktiviti lain dibuat dengan dengan cermat dan menasabah serta berdisiplin dalam mematuhi kepada agihan yang telah dibuat. Elakkan diri dari meninggalkan atau membuang masa terhadap perkara-perkara yang tidak bermenafaat bagi seorang pelajar.

Strategi dan teknik belajar yang berkesan hendaklah dilakukan dari awal semester lagi. Belajar pada saat akhir hendaklah dielakkan oleh seorang pelajar muslim contoh. Pelajar muslim mengulangkaji secara konsisten dan sederhana sepanjang semester pengajiannya.

9. Pelajar muslim contoh mesti sentiasa hadir kuliah kecuali ada keuzuran yang sangat kuat supaya ilmu dan pelajaran dapat diterima terus dari guru-guru. Semasa menghadiri kuliah, pelajar muslim mestilah memberikan tumpuan kepada guru untuk membantunya menguasai ilmu yang dipelajari. Untuk membantu pelajar memberi tumpuan kepada kuliah, pelajar mestilah membuat persediaan terlebih dahulu sebelum hadir kuliah.

10. Semasa atau selepas kuliah pelajar muslim contoh perlulah mendapatkan penjelasan dari guru supaya dapat membantunya memahami ilmu dan pelajarannya. Kebanyakan ilmu mempunyai hubungan antara satu dengan lain, justeru itu sesuatu bab yang baru akan sukar untuk difahami sekiranya bab yang terdahulu tidak difahami. Jika penjelasan tidak dapat diperolehi semasa kuliah, maka ia perlu didapatkan selepas waktu kuliah dari guru mahupun dari rakan-rakan.


11. Untuk membantu pelajar muslim menguasai seluruh subjek pengajiannya, maka di akhir setiap sesi kuliah ia mestilah membuat ringkasan bagi setiap bab dan isi-isi pokok dan cabang-cabangnya dengan menggunakan perkataan yang mudah difahami, sebaik-baiknya menggunakan perkataan sendiri tanpa mengubah maksud dan pengertian asal fakta atau hujah. Setiap bab tadi digabungkan dalam bentuk sebuah gambarajah besar (peta minda - menukarkan perkataan menjadi gambarajah pokok berserta cabang dan ranting) supaya mudah untuk diingati - gambarajah ini perlu diingati dengan sebaik mungkin.

12. Pelajar muslim contoh mestilah berusaha menguasai pelajarannya dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mengatasi pelajar lain kerana ia merupakan satu tuntutan dan kewajipan dalam Islam dimana kejayaan ini dapat mengembirakan kedua ibu bapa. Ia juga merupakan satu tanggungjawab pelajar Muslim untuk menutup pintu fitnah terhadap Islam, di mana ketaatan dan kepatuhan terhadap Islam (terutamanya bagi aktivis Islam) membuktikan bahawa penglibatan dalam gerakan Islam mendorong nya untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dari pelajar lain. Usaha ini akan menjadi dakwah 'bil-hal' kepada pelajar-pelajar lain, manakala keputusan yang buruk dalam peperiksaan akan menyebabkan ibu bapa melarang pelajar dari melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah.


13. Ia juga mesti mencungkil bakatnya di dalam bidang yang boleh memberi menafaat dan memperingatkan sahabat-sahabatnya supaya berusaha memupuk bakat itu untuk digunakan bagi kerja-kerja Islam. Ia juga hendaklah meminta nasihat ketika hendak memilih dan membuat keputusan dalam pemilihan bidang pengkhususan bagi faedah 'amal Islami.


14. Pelajar Muslim hendaklah sentiasa dalam keadaan zikruLlah dan memohon perlindungan dari godaan syaitan. Segala amalan, belajar, menjawab dalam peperiksaan hendaklah dimulakan dengan nama Allah (BasmaLlah) dan do'a memohon pertolongan dari Allah. Ia kemudiannya mestilah menunaikan kewajipan terhadap ilmu pelajaran dan mengulangkaji dan mengulangkaji, kemudian bertawakkal kepada Allah dan kemudian semasa menduduki peperiksaan mulakan peperiksaan dengan hati yang tandus. Apabila keputusan diumumkan, sekiranya keputusannya baik atau cemerlang maka terimanya dengan mengucap BasmaLlah dan mengucapkan tahmid sebagai ucapan bersyukur kepada Allah dan kembalikan kepadaNya atas segala pertolongan dan taufiqNya. Jika keputusan adalah sebaliknya, maka usahlah merasa sempit dada, kecewa dan berdukacita. Sesungguhnya ia adalah ketentuan Allah dan apa yang Allah kehendaki, ia boleh diperbaiki dan diubah dengan berusaha lagi dengan memperbaiki kelemahan dan kesilapan disampig mempertingkatkan keazaman dan ketenangan.


15. Pelajar perempuan Muslim juga mesti menjaga dan memelihara adab-adab serta sifat-sifat kewanitaannya seperti berpakaian dengan pakaian Islam yang sempurna dari segi bentuknya dan menjauhi apa yang dilarang dari berbagai jenis perhiasan yang dilarang.

Menjaga diri dari tempat yang menimbulkan keraguan dan pergaulan bebas, mengangkat suara tinggi, ketawa dengan kuat (berdekah-dekah atau mengilai) dan lain-lain sifat yang tidak layak bagi pelajar Muslim.

Pelajar perempuan Muslim juga mestilah berpegang dengan adab pemalu, bijak dalam memilih kawan perempuan serta mendalami masalah agama terutama yang berhubung dengan perempuan. Ia hendaklah melaksanakan peranaannya sebagai pendakwah terhadap kawan-kawannya.


Rujukan:

Mustafa Masyhur, Suri Teladan Di Sepanjang Jalan Dakwah (Al Qudwah 'Ala Tariq Al Da'wah)

Sunday, April 12, 2009

Untukmu Ratuku


Ratuku..
Ingin ku luahkan
Apa yang sudah lama ingin ku luahkan
Tentang kebimbangan ku ini
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran
Dipetik tangan-tangan ganas
Lagi bernafsu sarakah

Ratuku..
Kebimbanganku ini masih menebal
Apabila kudengar
Dengungan kumbang perosak
Yang cuba menyedut madumu
Walaupun tampa relamu

Ratuku..
Kebimbanganku bertambah lagi
Apabila aku melihat bunga yang tak segan silu
Melampiaskan kecantikannya ketika sedang mekar
melupakan kuntuman sebelum ini yang melindunginya

Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga
Masih wujudkah lagi ratu idaman hatiku
Kerana apa yang aku lihat hari ini
Semakin banyak bunga-bunga gugur
Bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku..
Bukanlah ku harap
Kau segigih SITI HAWA
Yang belari-lari antara safar dan marwah
Bukan juga sesetia AINUL MARDIYYAH
Menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku..
Akuilah hakikat yang tersurat
Engkau bukanlah SITI KHADIJAH
Mahupun SITI FATIMAH
Engkau bukan AISHAH
Bukan juga RABIATUL ADAWIYYAH
Wanita suci terpuji
Kerana..
Aku tak layak berharap sedemikian rupa



Cukuplah sekadar
Kau cuba mencontohi bunga-bunga itu
Kembang mekar mewangi
Sehingga keharumannya
Melewati pintu-pintu syurga
Jangan kau risau ratuku
Kadangkala musim berganti
Sehingga bunga tak dapat mekar
Tapi..
Itu hanya ujian buatmu

Ratuku..
Esok musim bunga pasti akan tiba
Dan kau akan mampu berkembang lagi
Cuma yang kuharapkan ketika itu
Kau jagalah kelopak mu itu
Jangan sampai
Tangan-tangan kasar memetikmu lagi
Jangan goda kumbang-kumbang ganas menghisap madumu
Jangan biarkan gagak-gagak hitam merosakan serimu
Kerana kau ratu idaman kalbu

Ratuku..
Aku bukanlah
Memandang kecantikanmu
Walaupun kadangkala
aku tertarik memandangmu
Tapi..
Bukan itu yang kuharapkan
aku yakin ratuku
Masih ada sinar harapan
Yang mampu membuatmu tersenyum lega
kerana..akan kutemui
Ratu yang benar-benar ratu..

Berlari ke langit




Bila ku memandang ke langit
Ingin sekali aku berlari ke langit
terbang tinggi ke atas sana
bebas seperti burung-burung
yang mampu melihat keagungan Allah

Bila ku memandang ke langit
Hatiku terasa begitu tenang
Melihat keagunganMu dan kebesaranMu Tuhan
Tanpa ku rasa sangsi lagi Engkaulah
Tuhan Yang Maha Agung
Tempat aku mengharapkan pertolongan

Bila ku memandang ke langit
Hatiku hiba dan sayu
Memikirkan nasib diri
Saat berhadapan dengan Yang Maha Pencipta
Yang Maha Agung,Maha Kuat,Maha Hebat
Apakah nasib diriku nanti

Namun langit yang terbentang luas ini
Akan terus ku terokai dalam sisa masa yang masih ada
agar nanti aku semakin menghayati
ERTI SEBUAH KEMBARA MENCARI TUHAN








SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAHUAKBAR

Saturday, April 11, 2009

Akhlak Rasulullah s.a.w

Masih ingatkah dengan seorang pengemis buta yang pernah hidup di sudut pasar madinah pada zaman Rasulullah? Dia selalu berkata setiap harinya kepada setiap orang yang mendekatinya, “Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.”

Namun, kita ketahui setiap pagi Muhammad, Rasulullah Saw. mendatanginya dengan membawakan makanan dan tanpa berucap sepatah kata pun. Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu, sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya adalah Rasulullah saw. Beliau melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah Saw., tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis yahudi yang buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah Saw., yakn Abu Bakar r.a. berkunjung k rumah anaknya, Aisyah r.a., yang tidak lain tidak bukan merupakan istri Rasulullah Saw. dan beliau bertanya kepada anaknya itu, “Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab, “Wahai ayah, Engkau adalah seorang ahli sunah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja, “Apakah itu?” Tanya Abu Bakar r.a. “Setiap pagi Rasulullah selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis yahudi buta yang ada di sana,” kata Aisyah r.a. Keesokan harinya AbuBakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis tersebut. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu, lalu memberikan makanan kepadanya.

Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, pengemis tersebut marah sambil menghardik, “Siapa Kamu?” Abu Bakar r.a. menjawab, “Aku orang yang biasa mendatangimu.” “Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” bantah si pengemis buta itu. “Apabila ia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut in mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan kepadaku,” Lanjut pengemis itu.

Abu Bakar r.a. tidak bisa menahan air matanya, ia menangis sambil brkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukanlah orang yang biasa mendatangimu. Aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad, Rasulullah saw.”

Seketika itu, pengemis itupun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a. dan lantas berkata, “Benarkah demikian?” Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawakan makanan setiap pagi, ia begitu mulia..” Pengemis itupun akhirnya bersyahadat dhadapan Abu Bakar r.a. saat it juga dan sejak hari itu ia menjadi muslim



MENCARI ERTI DARI SESUATU YANG TERJADI BUKANLAH MUDAH MELAINKAN BAGI MEREKA YANG MENGGUNAKAN AKAL DAN HATI KERANA PANDANGAN MATA SERINGKALI MENIPU DIRI.

Wednesday, April 8, 2009

VIRUS MAHA DAHSYAT

Alhamdulillah,pertama sekali saya mengajak diri saya dan sahabat-sahabat sekalian untuk meningkatkan perasaan syukur kita kepada Allah dengan berusaha merapatkan diri kepada Allah dengan penuh kehinaan sebagai hambaNya dimuka bumi ini.


Entah kenapa tiba-tiba fikiran saya melayang,hati dihimpit keresahan tatkala melihat gelagat2 sahabat2 saya di kafetaria sejak akhir-akhir ini. Saya merasa bimbang apakah akan berlaku jika keadaan ini berterusan,keadaan ini yang saya maksudkan ialah kecenderungan lelaki dan perempuan yang menjadikan alasan untuk belajar berdua-duan di kafetaria,jika sekalipun bersama dengan kumpulan yang ramai (melebihi 2 orang) jarak pula tidak dijaga,rapat dan dekat malah boleh sampai bersentuhan antara satu sama lain. Saya tidak berhak untuk mengkritik tetapi ingin mencari persoalan di sebalik kemerebakan virus ini yang begitu cepat seakan-akan sukar dibendung lagi.

Saya sendiri tertanya-tanya apakah peranan yang sepatutnya saya dan anda pembaca sekalian lakukan untuk membendung virus ini. Apakah mengambil jalan endah tak endah dalam erti kata “tidak mahu menjaga tepi kain orang lain”, atau sekadar menjadi pengkritik kepada masalah atau lebih malang turut mencampakkan diri ke dalam gejala ini.

Lantas saya teringatkan kepada saudara2 kita di Palestin,Iraq,Selatan Thailand,Kashmir,Bosnia,Chechnya, Algeria dan lain-lain yang tidak disebutkan disini yang semakin terhimpit dengan pengkhianatan mereka yang TIDAK PERNAH PUAS untuk merobek dan mengoyak akidah umat islam dengan slogan-slogan yang mengaburi umat islam. Mereka menderita,didera,dirogol,dibunuh malah lebih kejam dibakar selepas dibunuh. Apakah kita tidak mengetahui akan hal ini???


Tapi kita disini seakan-akan tenggelam dalam arus yang air yang deras mengalir. Benarlah sebenarnya ujian kesenangan itu sebenarnya adalah lebih maha dahsyat berbanding ujian kesusahan.Kesenangan sebenarnya melekakan kebanyakan kita disini lantas saya teringatkan ayat alquran yang ada menyebut AMAT SEDIKIT MEREKA YANG BERSYUKUR,kitakah itu yang termasuk dalam golongan yang sedikit ATAU KITA YANG BUKAN DARI GOLONGAN YANG SEDIKIT TERSEBUT.Nauzubillah..

Saya mengharapkan sahabat2 sekalian mampu membuka perbincangan kepada permasalahan ini.
APAKAH PERANAN KITA???

Sunday, April 5, 2009

Siapa jamin??

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini Allah masih menghidupkan kita kerana kasihNya Allah memberi peluang kepada kita untuk memahami erti kehidupan yang sebenarnya sebelum kembali kepadaNya di alam yang kekal abadi. Subhanallah,Alhamdulillah,Allahuakbar,semakin panjang langkah kaki ini semakin banyak dosa-dosa yang menjenuhkan titik hitam dihati..Astaghfirullahala'zim maafkan kami Ya Allah...

Teringat penulis bila mana membelek-belek helaian buku sirah, melihat kegagahan,ketangkasan dan paling penting keimanan dan ketaqwaan sahabat2 pada zaman Rasulullah membuatkan penulis termenung panjang. Ya Allah jauh iman kami berbanding mereka. Bayang saat2 khutbah terakhir Rasulullah, betapa terkesannya dengan ungkapan baginda sehingga sahabt mampu mengalirkan air mata,bayangkan saidina umar yang kita sediri sedia maklum akan keimanannya bimbang akan jika semua ke syurga,ada seorang yang akan ke neraka dan dialah yang dimaksudkannya. Bayangkan pengorbanan sahabat2 dimedan perang sehingga ada yang gugur syahid,tapi mereka dijamin syurga dari lidah Rasulullah sendiri tapi kita..??

Siapa yang mampu menjamin kita untuk ke syurga,siapa?siapa?siapa?
Tiada sesiapa mampu menjamin diri kita saat berhadapan dengan Allah s.w.t bagaimana keadaannya nanti..
Menangislah mengenangkan iman kita,menangislah mengenangkan nasib yang bakal kita tempuhi di alam yang kekal abadi,menangislah kerana tiada siapa yang mampu menjamin kita syurga ataupun sebaliknya,Nauzubillah...

Wallahua'lam

RAYUAN PARA ABID

Airmata keinsafan
yang mengalir
di malam sepi
inilah dia
pelembut jiwa
bagi mendapat
kasih Ilahi

Rintihan di sepertiga malam
dari seorang
hamba yang daif
kerna mengenang
segala dosa
moga mendapat keampunan
dari ilahi

setiap kekasih Allah
menempuhi jalan ini
untuk mereka memiliki
kejayaan

Ayuh bersama
kita susuri
perjalan kekasih Allah
agar kita
tiada rugi
dalam meniti hidup ini

terangi airmata ini
titisannya paling berharga
buat menimba api neraka
moga selamat di titian sirat
syurga abadi