Tuesday, May 26, 2009

Senandung Al-Fatihah









Bagaimanakah nanti nasib diri saat berhadapan dengan pencipta semua ini??
Allahuakbar..


Dengan menyebut nama Mu ya Allah
Yang Maha Pengasih, Penyayang
Segala puji bagi Mu ya Allah
Pemelihara seluruh alam raya

Engkaulah Maha Pengasih dan Penyayang
Yang menguasai Hari Pembalasan
Hanyalah kepada Mu kami menyembah
Dan pada Mu kami mohon pertolongan

Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Kau beri nikmat
Bukan jalan mereka yang Kau murkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat

Monday, May 25, 2009

Demi Allah,mereka telah melakukannya!!!

Dimana kamu!?
Dimana kamu!?
Dimana kamu!?

Al-Aqsa mengharapkan,menyeru dan memanggil kaum muslimin
Dan anak-anak tanah Isra Rasulullah s.a.w dibunuh oleh kaum Yahudi
Seolah-olah mereka ini bagaikan serangga
Dan mereka menyeru kepada ummah,lindungilah kami
dan kaum wanita mencucurkan air mata mereka di Masjidil Aqsa
Mereka menjadi balu,mereka dibunuh dan kemuliaan mereka dicabuli diatas muka bumi mereka
lantas apakah yang dilakukan oleh kaum muslimin??
Kaum muslimin di baitul maqdis telah meminta pertolongan dari kalian,
dari para pemimpin kaum muslimin yang khianat
dan dari anak-anak umat islam yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah Al Musatafa s.a.w
Lantas apakah yang dilakukan oleh umat islam??
Apakah yang dilakukan oleh umat islam??
Apakah umat ini mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w
Apakah mereka melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad saw??
Tidak sama sekali
Dan saya bertanya kepada kalian wahai kaum muslimin
Saya bertanya kepada kalian, bagaimanakah kelak kalian akan berhadapan dengan Allah s.w.t
Dihari kiamat,ketika kalian berdiri dihadapan Allah yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat
Bagaimanakah kalian akan berhadapan dengan Allah??
Ketika mana yang bersama dengan kalian adalah seorang anak dari kaum Muslimin di Palestin
Ia berkata Ya Allah,Ya Tuhan aku telah meminta pertolongan dari umat islam
Namun umat islam tidak menjawab panggilanku

Dimanakah tentera kaum muslimin
Mengapa pertolongan tentera antarabangsa yang dipinta
Dimanakah tentera Mesir
Dimanakah tentera Syria
Dimanakah tentera Jordan
Dimanakah tentera Negara-negara Teluk
Dimanakah tentera Yemen
Dimanakah tentera Algeria
Dimanakah tentera Indonesia
Dimanakah bom-bom tentera Pakistan
Dan untuk siapakah bom-bom ini dihasilkan??
Dan untuk siapakah tentera-tentera ini disediakan??
Wahai manusia
Aku bersuara untukmu dalam kesedihan,dengan kepiluan dihatiku,aku bersuara untukmu
Dan aku mengingatkanmu,suatu hari nanti kalian akan berdiri dihadapan Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui
Yang akan bersamamu pada hari kiamat adalah anak kecil yang berkata Ya Allah,Ya Tuhan umat islam telah mengecewakan aku,umat al-quran telah mengecewakan aku dan Ramadhan berlalu tanpa umat ini berbuat apa-apa
Bilakah umat islam akan bangun??
Bilakah ia akan sedar permasalahan utamanya
Bilakah umat ini akan kembali kepada islam
Apakah yang kalian nantikan lagi atas apa yang dilakukan oleh kaum kuffar
Apakah kalian menantikan sehingga kaum kuffar melakukan sesuatu yang lebih buruk dari ini
DEMI ALLAH MEREKA TELAH MELAKUKANNYA !!!


Renungan buat diri dan sahabat2 dari VIDEO KLIP “KHALIFAH”

Tuesday, May 19, 2009

Erti terima kasih kita kepadaNya

Allah mengurniakan nikmat makanan dan minuman kepada kita
Kita berterima kasih dengan makan dan minum tanpa membaca basmallah apatah lagi doa,makan dengan kenyang lupa kepada golongan miskin yang kebuluran.

Allah mengurniakan nikmat kesihatan kepada kita
Kita berterima kasih dengan banyak berehat,tidur dan sangat2 liat untuk menunaikan perintah agama terutama solat tanpa kita memikirkan saudara kita yg kesakitan disana di sakiti Yahudi laknatullah,tanpa kita berfikir apakah kita bersedia menghadapi hari tua

Allah mengurniakan nikmat masa terluang
Kita berterima kasih dengan berhibur sana sini,melepak,berborak kosong tanpa mengisi masa yang ada untuk membuat amalan sebagai persediaan menghadapi kematian

Allah mengurniakan nikmat harta kesenangan
Kita berterima kasih dengan membeli apa sahaja yang nafsu ingini termasuk pakaian mewah,kereta mewah,rumah,makanan,tanpa sedikitpun kita menginfakkan untuk Islam.


Allah mengurniakan nikmat pancaindera kepada kita
Kita berterima kasih dengan mata melihat kemungkaran,lidah yang suka mengadu domba,mengumpat,megata,hidung yang sentiasa menghidu keburukan orang lain,tangan memegang kulit bukan mahram,kaki melangkah ke tempat maksiat tanpa kita berfikir nasib golongan2 yang tidak dikurniakan pancaindera yang lengkap dan tanpa kita berfikir setiap pancaindera kita akan menjadi saksi diatas apa yang kita lakukan diatas muka bumi Allah s.w.t.

Allah mengurniakan nikmat akal kepada kita

Kita berterima kasih dengan hanya berfikir untuk mencipta sesuatu yang boleh membawa kepada kesenangan hidup,berfikir sekadar memenuhi tuntutan nafsu dan kehendak dunia semata-mata tanpa kita terdetik untuk berfikir alam ini siapa penciptaNya?apakah matlamat hidup kita?kemana kita selepas mati?


Banyak nya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita
Sedikitnya Erti terima kasih kita padaNya
Apakah kita insan yang tidak tahu berterima kasih????
Sedangkan apa yang diberi terlalu banyak yang percuma
Benarlah firmanNya amatlah sedikit insan yang bersyukur..



YA RABB..AKU INGIN KEMBALI.MASIH ADAKAH TEMPAT UNTUK-KU?

Ya Allah aku lemah tanpa rahmat dan kasih sayangMu
Ya Allah walau beribu kali aku jatuh kejurang kemaksiatan,beribu kali itulah aku perlukanMu
untuk bangunkan kembali aku
Ya Allah seandainya masih ada insan2 didunia ini yang Engkau akan beri pengampunan
maka aku mengharapkan aku antara salah seorang dariNya..

Tuesday, May 12, 2009

TAWADHUK

Assalamualaikum w.b.t

Firman Allah s.w.t bermaksud:

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul[234]. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.
ALI ‘IMRAN : AYAT 144


[234]: Maksudnya: Nabi s.a.w. ialah seorang manusia yang diangkat Allah menjadi rasul. Rasul-rasul sebelumnya telah wafat. Ada yang wafat karena terbunuh ada pula yang karena sakit biasa. Karena itu Nabi s.a.w. juga akan wafat seperti halnya rasul-rasul yang terdahulu itu. Di waktu berkecamuknya perang Uhud tersiarlah berita bahwa Nabi s.a.w. mati terbunuh. Berita ini mengacaukan kaum muslimin, sehingga ada yang bermaksud meminta perlindungan kepada Abu Sufyan (pemimpin kaum Quraisy). Sementara itu orang-orang munafik mengatakan bahwa kalau Nabi itu seorang Nabi tentulah dia tidak akan mati terbunuh. Maka Allah menurunkan ayat ini untuk menenteramkan hati kaum muslimin dan membantah kata-kata orang-orang munafik itu. (Sahih Bukhari bab Jihad). Abu Bakar r.a. mengemukakan ayat ini di mana terjadi pula kegelisahan di kalangan para sahabat di hari wafatnya Nabi s.a.w. untuk menenteramkan Umar Ibnul Khaththab r.a. dan sahabat-sahabat yang tidak percaya tentang kewafatan Nabi itu. (Sahih Bukhari bab Ketakwaan Sahabat).


Rasulullah s.a.w akan tetap menjadi ikutan bagi orang-orang yang yakin dan percaya kepada hari kebagkitan,iman yang teguh. Walaupun Rasulullah tidak ada disisi kita tetapi apa yang ditinggalkan sangat2 berharga buat kita yang masih mencari erti kehidupan yang sebenarnya.

KISAH TAWADHUK RASULULLAH S.A.W

Rasulullah s.a.w adalah org yg paling tawadhuk,suka merendah diri,tidak gila hormat atau kuasa.Baginda termasuk org yg paling setia memenuhi janji,menyambung tali silaturrahim dan bersikap lemah lembut terhadap org lain.Paling baik pergaulannya,lurus akhlaknya,tidak pernah berbuat kejahatan dan sentiasa menggalakkan kpd perbuatan baik.

Rasulullah bukan termasuk org yg suka mengumpat dan mengutuk.Bukan pula termasuk org yg suka membuat pertengkaran atau pergaduhan dipasar.Tidak pernah membalas keburukan dengan keburukan serupa tetapi lebih suka memaafkan dan berlapang dada.Baginda tidak membiarkan seseorang berjalan dibelakangnya,tidak pernah membeza-bezakan dengan budak pembantunya dlm urusan makan dan pakaian.

Rasulullah tidak pernah menegur pembantunya kerana pekerjaannya yang tidak baik atau kerana tidak mematuhi perintahnya.Baginda mencintai org2 miskin dan suka duduk bersama mereka dan tidak pernah mencela org miskin krn kemiskinannya.
Diantara sifat tawadhuk baginda adalah bahawa baginda memerintahkan para sahabatnya untuk menyembelih seekor domba.

Salah sahabat berkata : “ Akulah yang akan menyembelihnya.”

Sahabat lain berkata: “ akulah yang akan mengulitinya.”

Yang lain pula berkata: “ akulah yang akan memasaknya.”

Maka baginda berkata : “ Akulah yang akan mengumpulkan kayu bakarnya.”

Para sahabat berkata: cukuplah kami sahaja yang akan mengerjakannya ya Rasulullah.”

Mendengar perkataan para sahabat sedemikian Rasulullah s.a.w berkat: “Aku sudah tahu bahawa pekerjaan ini cukup hanya kalian yg mengerjakannya.Namun aku tidak suka adanya perbezaan dgn kalian.Sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya yg berbeza ditengah-tengah rakannya.” Setelah itu baginda bangkit untuk mengumpulkan kayu bakar.

Saturday, May 9, 2009

MIMPI YANG INDAH

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan
Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti...



Ya perjalanan,perjuangan harus diteruskan walau apa pun yang berlaku..Ya Allah kami memohon keredhaanMu..

Wednesday, May 6, 2009

CATATAN SEBUAH KEMBARA

PERJALANAN AWAL

Gambar ini diambil sewaktu perjalanan ke tempat program. Still dalam bas. Saya tidak tahan untuk mempotretkan kebesaran Allah.

PENGEMBARAAN BERMULA.....

ADVENTURE OF CREATION (ADVOC) telah diadakan pada 1-3 Mei yang lalu.Sebenarnya masih ada sebahagian lagi gambar2 yang saya tak masukkan dalam blog ni kerana ruang yang terhad tetapi ini saya kira sudah memadai.Ikutilah catatan pengembaraan ini,semoga sama2 kita beroleh manfaat darinya.InsyaAllah


Nilah kediaman kami sepanjang 3hari 2malam...

REZEKI

Alhamdulillah makanan yang disediakan sedap,Masakan kampung saya kira.

TUPAI TERBANG


DURIAN

Ini antara modul yang telah dijalankan. Sambut buah durian. Ya memang tajam duri durian tu meyebabkan tangan saya terluka,tetapi sebenarnya rahsia untuk menyambutnya jangan melawan,terima. Sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu diluar kemampuan kita. Itu pengajaran yang saya dapat.

EXPLOPRACE

Puas mencari next klu tapi tak jugak jumpa-jumpa last2 dapat juga hint..hehe

BERAKIT
Xde gambar..semua naik rakit.so xde yang ambik gambar..Bayangkan je la ya..hehe

KULIAH SUBUH YANG BERJAYA

Inilah pertama kalinya dalam hidup saya mendengar kuliah subuh dalam air sungai yang sangat sejuk diwaktu yang dingin.Benarlah kata Ustaz Hazmi "Saya kira kuliah subuh kali sangat berjaya" diiringi gelak ketawa peserta.

KETENANGAN AIR SEMBAHYANG

Subhanallah, sekali sekala mengambil wudhuk dengan air sungai dari bukit ni betul2 memberi kelainan.

SUBHANALLAH..KEINDAHAN ALAM YANG TIDAK MAMPU DIUNGKAPKAN


Titisan-titisan air diatas daun pisang.


Ulat tapi spesies apa saya tak pasti,yang pasti ni juga makhluk ciptaan Allah yang pasti ada kelebihan kenapa ia diciptakan.


Hijau yang penuh bermakna..


Air ini terus mengalir dari atas bukit tanpa henti walaupun halangan dari batu2 disekeliling.Saya sangat ingin memiliki sifat seperti air ini.


"tengok ada kala jengking" jerit sahabat saya. Kala jengking paling besar pernah saya lihat didepan mata saya. Saya teringat kalaulah besar itu yang saya lihat sekarang,bagaimanakah kala jengking di alam kubur nanti.Terfikir saya seketika..


Tumbuhan apa ni?? Saya pun tak pasti,yang pasti ianya menarik minat saya untuk mengambil foto tumbuhan ini.


Pemandangan dari atas bukit,indahnya alam ciptaanNya.Jelas terbukti yang kita ini terlalu kerdil.

KENANGAN TERINDAH

Yang pasti setiap apa jua pengalaman yang saya lalui sepanjang pengembaraan saya didalam hidup ini banyak mengajar erti kehidupan yang sebenarnya walaupun kadang2 saya sendiri gagal menilainya.Sepanjang pengembaraan ini saya teringat satu kata2 yang telah pun saya catatkan didalam blog ini " Mencari erti dari sesuatu yang terjadi bukanlah mudah melainkan bagi mereka yang menggunakan AKAL & HATI kerana pandangan MATA seringkali menipu diri.

Saya juga teringat kata2 ustaz Hazmi didalam hidup ini boleh jadi ada detik-detik yang akan membawa perubahan yang besar kepada kita. Detik-detik itulah yang perlu dicipta,dicari,digali dan oleh kerana itulah saya menyertai perkemahan ini kerana saya terlalu ingin mengenal SIAPA PENCIPTA SAYA.. Saya terlalu banyak dosa dan dosa2 itulah yang menghijab diri saya dari mengenal siapa Pencipta yang sebenarnya. Semoga pengembaraan yang bermanfaat ini mampu untuk membuka hati saya dan sahabat sekalian untuk lebih mengenal PENCIPTA ALAM INI.