Wednesday, August 26, 2009

SABAR


Buat mereka yang sentiasa SABAR dalam perjuangan...
Ini hanyalah sebahagian ayat didalam al Quran yang menyebut tentang sabar.
Semoga Allah menjadikan kita orang-orang yang sabar dalam menghadapi apa jua ujian yang mendatang.


153. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu[99], sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar-Al-Baqarah

45. Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'-Al-Baqarah

155. Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar-Al-Baqarah

142. Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad[232] diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar-Ali 'Imran



Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi

Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Sunday, August 23, 2009

1.39am : Ada sesuatu

Hari ini 3 Ramadhan,1.39 am..Mata saya masih segar berpinar,fikiran ligat melayang berfikir,hati kadang-kadang dilanda gundah gulana.Berfikir apa? Terlalu banyak perkara yang bersarang difikiran. Saya menatap wajah Ustaz Asri Rabbani bersama saya ketika konsert yang lalu,hati tiba-tiba sayu kerana amat merasa kehilangannya dalam keadaan yang tidak terduga. Rupa-rupanya Ramadhan yang lalu adalah terakhir buatnya.


Blog ini sememangnya menjadi wadah kepada saya untuk mentransformasikan masalah kepada penulisan.Kadang-kadang menulis boleh membuat hati tenang kerana mampu meluahkan apa yang ada dihati.Tetapi sudah pasti ketenangan yang sebenarnya ialah bila mampu menangis saat diri menghadap Sang Pencipta.Terima kasih kepada mereka yang sudi membuka dan membaca apa yang saya tulis.

Ramadhan oh Ramadhan,cepatnya berlalu.Malam ini dah masuk 3 Ramadhan. Bimbangnya hati bila tidak mampu mengisi ruang-ruang yang ada sempena Ramadhan ini dengan sebaiknya. Sepanjang Ramadhan ni saya terpaksa tidur lewat kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan,kadang-kadang sampai 3 pagi. Saya takut jika tidak berkesempatan untuk bermunajat disepertiga malam dalam masa Ramadhan ini yang masih berbaki sedangkan dosa terlalu banyak tidak terhitung.

Saya bergelut antara tuntutan diri,tuntutan lain dan Ramadhan.Yang pasti Ramadhan sering tewas..

Ya Allah aku akan cuba lagi..

Manusia bukan robot



“Kenapa tak datang subuh berjamaah,”? Asyik tiada kat masjid je waktu subuh..
Jawapan saya : Kita yang datang ke masjid belum tentu Allah tentukan syurga. Jangan hanya tahu nak mengkritik orang lain,apakah usaha kita untuk membantunya? Miscall pagi-pagi,ada buat tak?

“Sepatutnya kau kena buat gitu,bukan buat macam ni”,
Jawapan saya: Kenapa hanya tahu menyuruh orang lain,alangkah baiknya jika perbuatan kita itu menjadi dialog utama untuk mengajak orang lain mencontohi kita.Kalau orang tak buat kita yang buat,kita dahulukan diri.

“Mana dia,x sampai-sampai lagi,dah pukul 2.10 petang ni,janji pukul 2petang”,?
Jawapan saya: Manusia bukan robot untuk sentiasa menepati keadaan dan citarasa yang dikehendaki. Sepatutnya perlukan jawapan kepada persoalan kenapa lewat,kesesekan lalu lintas? Emak tiba-tiba tak boleh bernafas?Kawan tiba-tiba pengsan dan perlukan pertolongan?

Kesimpulan: Satu lagi perkara penting untuk dipelajari oleh kita sebagai manusia ialah memahami manusia lain…Tapi bagaimana ya??????
Itu hanyalah persepsi pada pemikiran penulis,terpulang kepada anda untuk menilainya!!

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan


Hari ini saya termenung seketika,Ramadhan datang lagi.Rasanya terlalu cepat Ramadhan datang tanpa saya rasa sempat untuk membuat persediaan..

"Setiap manusia inginkan perubahan,semoga perubahan itu hadir ke dalam diri saya dan anda semua sempena Ramadhan ini. Selamat menyambut Ramadhan...

Tuesday, August 18, 2009

Terkorban kerana Pengorbanan


Pengorbanan sememangnya dituntut didalam islam apatah lagi jika ingin mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri. Kita pernah membaca kisah para Nabi dan para sahabat yang melakukan pengorbanan sehingga terkorban sebagai syuhada.

Itu adalah kisah mereka yang terhasil dari madrasah Rasulullah s.a.w, generasi Al-Quran yang sangat luar biasa imannya hasil celupan tarbiyyah Rasulullah s.a.w. Sungguh imannya sangat berbeza berbanding dengan kita pada hari ini. Apakah masih ada generasi seperti itu dimasa sekarang atau mungkin akan datang ???

Hari ini,saya melihat satu lagi peristiwa pengorbanan. Pengorbanan yang akhirnya menyebabkan iman terkorban. Peristiwa yang saya maksudkan adalah peristiwa biasa iaitu pengorbanan seorang “pelajar” mengurangkan masa tidur diwaktu malam sehingga menyebabkan terkorbannya solat Subuh di keesokkan harinya. Boleh jadi pengurangan waktu itu adalah kerana tugas dan tanggungjawab yang terpaksa dilakukan sebagai seorang pelajar seperti kebiasaannya menyiapkan assignment dan lain-lain atau mungkin juga lebih malang saya katakan jika berjaga malam semata-mata melakukan perkara-perkara yang kurang memberi faedah seperti menonton movie dan bermain game dan lain-lain.

Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang yang bila melakukan sesuatu,dia melakukan dengan bersungguh-sungguh. Dalam hal ini, saya boleh mengangguk kepala untuk bersetuju malah sangat-sangat “respect” kepada mereka yang sanggup berjaga malam melakukan pengorbanan untuk study tetapi saya sesekali akan menggeleng kepala untuk tidak bersetuju jika Solat Subuh terkorban menjadi mangsa pada keesokkan harinya.

Begitu juga dengan menonton movie ataupun bermain game, sesekali saya mengatakan ianya tidak secara total salah, sebagai manusia biasa sesekali kita juga memerlukan masa untuk berhibur tetapi bolehkah berhibur sehingga mengabaikan kewajipan kita sebagai seorang Islam ??? Inilah fenomena yang sekian lama saya perhatikan berlaku kepada diri saya sendiri dan insan-insan disekeliling saya. Apakah pelajaran yang diterima tidak berupaya mendidik diri kita menjadi insan yang dapat mengimbangkan tuntutan dunia dan akhirat??

Saya pernah mengadukan hal ini kepada seorang Ustaz.
“Sebenarnya ianya melibatkan pengurusan masa oleh diri sendiri, Study ni waktu pagi pun boleh.Tidur awal kemudian bangun pagi,Ustaz tersebut menerangkan kepada saya sambil memberi cadangan”

Saya juga kadang-kadang terjebak ke kancah peristiwa yang saya sebutkan ini.Sesungguhnya saya bukanlah orang yang selayaknya untuk membincangkan hal ini. Sesekali saya teringat firman Allah s.w.t

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan
(Surah As-Saff: Ayat 2-3)

Semoga Allah mengampunkan saya… (Astaghfirullahala’zim)

Adakah Kau Lupa


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Wednesday, August 12, 2009

Permulaan kehidupan Ustaz Asri



Syaaban kian jauh meninggalkan kita.Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan bakal berkunjung tiba. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita dipanjangkan umur dan masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama Ramadhan pada tahun ini. Kerana qada’ dan qadar Allah yang tentukan,begitulah juga taqdir yang telah ditentukan ke atas Ustaz Asri Ibrahim (ketua kumpulan Rabbani) yang telah meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi, allahyarham meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Saya masih ingat beberapa bulan yang lalu, allahyarham pernah datang ke UMP semasa konsert K-Saintis 2 dan juga sewaktu menjayakan satu forum “Bicara Sufi” (kalau saya tidak salah). Akhirnya dalam usia 40 tahun, allahyarham telah pergi meninggalkan kita semua. Sekali lagi,sungguh tidak diduga dan dijangka oleh kita semua.Marilah juga kita berdoa supaya allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Teringat kata-kata yang disampaikan oleh seorang ustaz semasa kuliah zohor, beliau menjelaskan kebiasaannya manusia akan mati mengikut kebiasaan apa yang dilakukannya. Kita pernah mendengar bukan seorang pemain bola sepak mati secara mengejut sewaktu sedang bermain bola sepak, seorang pelakon mati ketika berlakon, seorang pelumba kereta mati ketika menyertai perlumbaan kereta,seorang pengembara rancangan tentang “planet haiwan” mati kerana di serang ikan pari ketika menjayakan rancangan tersebut. Apakah kebiasaan kita sehari-harian?

Allahuakbar,bilakah pula saya dan anda akan memulakan pengembaraan ini???
Al-Fatihah

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )


13 OGOS 2009/21 SYAABAN 1430H
2.37PM

Sunday, August 9, 2009

H1N1: antara doa yang boleh diamalkan

Ketika saya mempostingkan perkongsian terbaru ini, angka korban H1N1 kini telah mencecah kepada 26 orang (Malaysiakini). Bagaikan satu perkara biasa tatkala pengumuman demi pengumuman dibuat tentang kematian daripada wabak ini hari ke hari. Allahuakbar,sungguh mengejutkan kerana ianya merebak dengan begitu pantas.Sama-samalah kita mengambil langkah pencegahan seperti yang telah di tunjukkan oleh Islam melalui pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Disamping itu juga berdoa memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. Semoga ianya akan berakhir tidak lama lagi.

Ini antara doa yang saya dapat dari seorang sahabat untuk kita sama-sama kongsi dan amalkan.


DOA SELAMAT DARI BALA DAN KEHINAAN


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ
الأَعْدَاءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).


DOA BERLINDUNG DARIPADA PENYAKIT MERBAHAYA

اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari penyakit sopak, gila, kusta dan keburukan berbagai penyakit yang lain.