Sunday, January 4, 2009

PALESTIN KU!


disini kita duduk tersenyum,
menikmati semilir angin yang berhembus,
ternyata,
disana ada saudara kita yang sudah tak bernafas lagi,
dibunuh oleh sejanta-senjata yang biadab,
owh, paletine berduka..

disini kita terlelap,
menikmati indahnya tidur malam,
ternyata,
disana saudara kita gemetaran dibawah reruntuhan bangunan,
yang hancur dibombardir yahudi laknatullah,
owh, palestine merintih..


disini kita tertawa,
menikmati pesta pora awal tahun,
menikmati keindahan hidup yang bebas dari penjajahan,
ternyata,
disana saudara kita menjerit,
terkekang oleh serangan-serangan yang membabibuta,
owh, paletine berdarah..

disini kita terdiam,
menyaksikan semua yang telah terjadi,
kesaksian fakta yang telah berbicara,
tentang siapa sebenarnya penjajah..?
palestine harus merdeka..
harta dan do'a yang kita berikan,
adalah jihad perjuangan mereka..!
owh, palestine dalam keheningan.

Allahuakbar...3X!
Allahummansurna ikhwanana fiifalestine.
Allahumma izzatul muslimina fiikullimakaan.
Untukmu palestina tercinta,
Kami sambut seruanmu.


maafkan kami PALESTINE!!!!!!!!

QUNUT NAZILAH (amalkanlah memohon kemenangan kepada ISLAM)

Ya Allah,sesungguhnya kami meletakkan leher musuh2 kami kpd Engkau.Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan2 mereka.Ya Allah leburkanlah kumpulan mereka,Pecah belahkan & kacau bilaukan pertubuhan mereka,Goncangkan pendirian mereka,Dan hantarkanlah anjing2 Engkau kpd mereka.Wahai Tuhan yang gagah perkasa,Wahai Tuhan yang Maha Kuat,Wahai Tuhan yang ada bersifat murka. Ya Allah(3x) Wahai Tuhan yang menurunkan kitab, Wahai
Tuhan yang mengarakkan awan,Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab.
Kalahkan mereka(3x),Dan menangkan kami ke atas mereka.

Thursday, January 1, 2009

Azan dilaung tepat detik 12 malam di Kelantan


Kebiasaannya sambutan tahun baru dihiasi dengan nyanyian artis dan letupan bunga api, namun lain pula apa yang berlaku di Kelantan malam tadi.

Sambutan tahun baru yang diadakan serentak bagi 1430 Hijriah dan 2009 Masihi dimulakan dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Dataran Stadium.

Dan selepas itu paluan gendang oleh pelbagai kaum dimulakan mewakili masyarakat Melayu, Cina dan India.

Agak menarik juga apabila tempat duduk penonton di dalam Stadium Sultan Mohammad Ke-IV diasingkan antara lelaki dan wanita serta keluarga.

Tema sambutan tahun ini iaitu 'Hijrah Dirai,Masehi Dinanti'.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, acara yang dipersembahkan berasas garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri mengikut Enakmen Kawalan Hiburan.Image

Katanya, penerapan unsur-unsur pendidikan dan hiburan alternatif bertujuan mengajak masyarakat terutama di kalangan muda mudi berhijrah kepada kebaikan.

"Program ini diharapkan menjadi satu pendedahan baru kepada umum agar tidak menjadikan program sambutan tahun baru sebagai tempat menyuburkan maksiat dan gejala tidak sihat.


"Diharap masyarakat akan terdidik dengan lebih baik, bebas dari unsur-unsur mungkar serta menjadi contoh kepada umat sejagat dan generasi akan datang," katanya.

Biar pun hujan lebat membasahi Kota Bharu yang bermula jam 7.30 malam, namun masih ramai datang menyaksikan program tersebut yang ternyata berlainan berbanding tempat lain.

Turut hadir Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob, Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nassruddin Daud dan anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat serta ketua-ketua jabatan kerajaan.

Tidak ketinggalan juga seramai 500 ahli Kelab Penyokong PAS dari beberapa negeri yang terdiri daripada kaum India hadir meraikan sambutan tersebut.

Program dimeriahkan lagi dengan perarakan 19 ekor kuda yang membawa piala Emas Raja-Raja diiringi 19 kereta klasik, 19 motosikal klasik dan 19 motosikal berkuasa tinggi.

"Angka 19 menggambarkan PAS telah mentadbir Kelantan selama 19 tahun bermula tahun 1990," kata Takiyuddin.

Wakil-wakil kaum iaitu, Cina, India dan Siam turut diberi peluang berucap. Kemudian Tuan Guru Nik Abdul Aziz membaca doa selamat.


Penonton juga dipersembahkan hiburan yang dikendalikan Akill Hayy dan Farah Dibba. Selain itu dikir barat oleh Kumpulan Sri Budi dan Zul Wisma, manakala Rabbani menyampaikan lagu nasyid.

Deklamasi sajak oleh Hadi Muhammad dan adik Afifi turut menyentuh perasaan. Bacaan ikrar oleh sekumpulan remaja dan selawat mega bergema menjelang detik 12 malam.

Dan tepat jam 12 malam azan dilaungkan Akill Hayy dan diakhiri pertunjukkan bunga api. Image

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Johor, Logeswaran a/l Rahman berkata, beliau bersama rakan-rakan dari Selangor, Pahang, Melaka, Perak dan Pulau Pinang menyambut tahun baru di Kelantan.

"Kami sanggup datang ke Kota Bharu bagi meraikan tahun baru kerana kami beranggapan sambutan tahun baru di sini berlainan berbanding di negeri-negeri lain.

"Di sini kerajaan negeri memberi peluang kaum lain berucap di hadapan ribuan rakyat bagi menyampaikan mesej tahun baru," katanya.
SUMBER : HARAKAHDAILY.NET