Saturday, February 14, 2009

VALENTINE'S DAY D TELUK CEMPEDAK



Sekolompok manusia terkapai-kapai mencari TUHAN
Dimanakah Tuhan????
Teluk Cempedak menjadi saksi pencarian mereka
Lalu siapakah yang akan menunjukkan kepada mereka
Dimanakah TUHAN..
Aku tersentuh tatkala melihat kenikmatan yang disalah erti
Keghairahan mencari keseronokan lalu terbabas
Melintang pukang entah ke mana…
Inilah hanyalah sebahagian dari mereka,masih ramai diluar sana
Risalah di edar tanpa berkira siapakah mereka
Walau apa keadaan mereka..
Ada yang sibuk tenggelam di dalam pelukan kekasih,
Ada yang sibuk melayari keasyikan cinta bertemankan lilin
Melambangkan keagungan cinta dimalam VALENTINE DAY
Ada yang berpegangan tangan antara satu sama lain
Saling berkongsi perasaan tentang cinta mereka
Ada yang riuh rendah merasa gembira bermain ombak pantai
Hilau tawa menenggelamkan kedinginan malam..
INDAHNYA CINTA MEREKA..TETAPI MUNGKIN TERLUPA
SIAPA YANG MENGANUGERAHKAN PERASAAN CINTA
LALU MELUPAKAN PENCIPTA CINTA….
Siapakah yang ingin menunjukkan kepada mereka
Kalau bukan kita..
Rasulullah mendoakan UMMATNYA di kedinginan malam yang hening
Hassan Al Banna tidak lena tidur memikirkan masalah UMMAH
Saudara Ann Wan Seng tidur ½ jam kerana kesibukan memerikan kefahaman kepada
UMMAH..lalu siapakah pula kita?? Apa pula yang kita lakukan untuk UMMAH???

Firman Allah s.w.t bermaksud:

104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.
SURAH ALI IMRAN : AYAT 104

Ya Allah tunjukkan kepada kami jalan-jalan yang lurus,jalan yang Engkau tunjukkan kepada mereka2 yang dikurniakan NIKMAT,bukan jalan2 Engkau murkai bukan pula jalan2 mereka yang sesat.dan janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau tunjukkan jalan yang benar.Engkaulah Tuhan yang melimpah-limpahkan rahmat.kepada Engkaulah kami dikembalikan..AMIN