Sunday, June 28, 2009

Permulaan kepada kehidupan

Alhamdulillah,saya mengajak diri dan pembaca sekalian untuk kita bersama-sama berusaha sedaya upaya menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah dengan penuh keikhlasan keranaNya.

Sesungguhnya masa terus berputar samada kita sedar ataupun tidak,hakikatnya semakin bertambah detik-detik itu memberikan kita “amaran” bahawa kematian sudah semakin hampir dengan kita.Mungkin kita sekarang berada dalam 40 hari terakhir atau boleh jadi 1 minggu atau mungkin juga beberapa detik sahaja lagi kehidupan kita diatas muka bumi ini sebelum dipanggil oleh Allah s.w.t. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hakikat tersebut. “Ya Allah panjangkanlah umur kami didalam kebaikan”.

Hari ini saya berasa agak terkejut dengan kematian seorang penyanyi popular luar Negara,Mikaeel atau namanya sebelum Islam Michael Jackson.Sungguh sangat tidak disangka pemergian beliau dalam umur 50 tahun.Tapi itulah takdir yang Allah telah tetapkan,saya bukanlah peminat beliau tetapi saya agak gembira bila mendengar perkhabaran sebelum ni yang beliau memeluk islam.Semoga Allah menempatkannya bersama orang-orang yang beriman.

Michael Jackson memeluk islam tahun lalu dengan menukar nama kepada Mikaeel sempena nama malaikat yang memberi rezeki.

Lebih mengejutkan juga bila mana mahasiswakini melaporkan seorang pelajar perempuan Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23 mati selepas jatuh dari tingkat 4 universiti kebangsaan Malaysia,ukm berasal dari Kelantan.Saya menatapi berita tersebut pada tengahhari tadi tapi waktu malam bila bercakap dengan ibu saya,orang meninggal tersebut adalah adik kepada jiran dikampung saya.Sekali lagi hati saya berkocak mengalami kejutan.Anda boleh membaca berita tersebut disini http://mahasiswakini.com/archives/3682

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang pasti kerana kita sendiri menyaksikan kematian secara praktikal berlaku kepada insan disekeliling kita,kematian adalah permulaan kepada kehidupan yang sebenar yang pasti sarat dengan kejutan yang tidak kita duga,persoalannya..apakah kita bersedia menghadapi kejutan-kejutan tersebut ???


Sama-sama kita bermuhasabah diri

Monday, June 22, 2009

MUTIARA ISNIN

Al-Ahnaf Ibn Qais berkata: “(Yang dinamakan) maruah ialah engkau tidak melakukan semasa bersendirian sesuatu (perkara) yang engkau malu (melakukannya) dihadapan khalayak”

Seorang failasuf (ahli falsafah) ditanya, “dengan apa seseorang itu patut membalas kejahatan musuhnya?” Beliau menjawab. “Dengan memperbaiki dirinya sendiri.”

Seorang failasuf yang lain ditanya, “apakah makna sifat pemurah?” Beliau menjawab. “Bersedekah dengan harta kamu dan menjauhkan diri kamu daripada harta orang lain.”

Seorang lagi failasuf ditanya, “Bagaimana saya boleh mengenali sahabat saya yang ikhlas?” Beliau menjawab, “Jangan diberi (sesuatu) kepadanya dan mintalah (sesuatu) daripadanya. Jika dia memberikanmu (apa yang kamu minta),maka itulah dia (sahabat yang ikhlas).Jika dia tidak memberikanmu (apa yang engkau minta),maka hanya Allah lah tempat memohon pertolongan.

Wednesday, June 17, 2009

Umat Islam Mesti...Bukan....

Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu
Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca
Umat Islam mesti pandai berdakwah bukan hanya pandai menyalah
Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga dibumi bertuah
Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu
Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta
Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas
Umat Islam mesti merenung bukan termenung
Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti
Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli
Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti
Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki
Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik
Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan
Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat
Umat Islam hanya berpandukan Al Quran,Hadis,Qias,Ijtima’ dan Ijtihad,kelak kita terselamat dunia dan akhirat

Mampukah kita?Bersediakah kita?
Ya Allah berikanlah kami kekuatan..

Tuesday, June 16, 2009

Kisah Rasulullah s.a.w

Pernah satu ketika Nabi Muhammad ternampak seorang perempuan tua hendak berjalan pulang dari pasar dengan membawa barang-barang yang agak banyak dan berat juga. Lalu Rasulullah menawarkan dirinya untuk membantu perempuan itu membawa barang-barang tersebut pulang ke rumahnya.

Perempuan tua itu rasa sungguh sukacita kerana ada orang yang mahu membantunya dan terus menerima pelawaan Rasulullah itu. Sambil berjalan menuju rumah perempuan tua itu, mereka berbual-bual tentang kisah-kisah yang hangat diperkatakan orang yang berlaku di Mekah ketika itu.

Cerita perempuan tua itu: “Wahai anak muda, di tempat kita sekarang ini ada seorang anak muda yang bernama Muhammad telah membawa ajaran baru. Angkara anak muda ini telah menyebabkan masyarakat kita berpecah belah”.

“Kehadiran anak muda itu dalam masyarakat kita telah banyak membuat kerosakan kepada kehidupan kita bermasyarakat. Gara-gara ajaran beliau, ahli keluarga berselisih faham, bergaduh dan pecah belah,” sambung orang tua itu lagi.

“Muhammad itu memang jahat, oleh itu janganlah sekali-kali kamu dekat dengan dia, nescaya nanti kamu juga akan dirosakkannya nanti,” tegas perempuan tua itu lagi memberi amaran kepada Rasullullah supaya tidak terpengaruh dengan orang yang dianggapnya jahat itu.

Apapun yang dikatakan oleh perempuan tua itu tentang Nabi Muhammad, Rasulullah sedikit pun tidak marah, malah hanya tersenyum saja.

Setelah sampai di rumah perempuan tua itu, perempuan tua itu bertanya kepada Rasulullah berapakah upah yang dia perlu bayar untuk kerja Rasulullah membawa barang-barang yang berat itu dari pasar sampai ke rumahnya tadi. Sebaliknya Rasulullah memberitahu perempuan tua itu, dia tidak mahukan upah dan hanya ingin membantu secara sukarela saja.
Perempuan tua itu berasa hairan dengan kebaikan anak muda itu lalu dia bertanya: “Terlalu baik kamu ini wahai anak muda, boleh mak cik tahu siapakah nama kamu?”.

Rasulullah menjawab: “Nama saya Muhammad, sayalah orangnya yang mak cik ceritakan tadi.”

Terduduk perempuan tua tadi bila dia tahu dia sedang berdepan dengan orang yang bernama Muhammad itu, yang mana selama ini dia mendengar Muhammad adalah orang yang sangat jahat.

MENCARI SPIRIT DALAM MENUNTUT ILMU

Sa'id Hawa menjelaskan bahawa perjalanan menuju Allah mempunyai dua rukun, iaitu ilmu dan zikir. Tanpa keduanya, tidak ada perjalanan menuju Allah SWT.

Ilmu adalah yang menerangi jalan dan zikir adalah bekal perjalanan dan keperluan pendakian.

Kita berhajat kepada ilmu untuk mengenali segala perintah, petunjuk, bimbingan dan peringatan Allah SWT dan mengenali hikmatnya agar kita dapat melaksanakan segala perintah tersebut serta mencapai hikmatnya, manakala kita berhajat kepada zikir agar Allah SWT bersama kita dalam perjalanan kita menuju kepadaNya.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita dalam menuntut ilmu...



Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain[1586]
[1586]. Maksudnya: sebagian ahli tafsir menafsirkan apabila kamu (Muhammad) telah selesai berdakwah maka beribadatlah kepada Allah; apabila kamu telah selesai mengerjakan urusan dunia maka kerjakanlah urusan akhirat, dan ada lagi yang mengatakan: Apabila telah selesai mengerjakan shalat berdoalah.

Buat diriku dan sahabat2 yang bakal menduduki peperiksaan final minggu depan,gud lak diucapkan.Semoga kita meletakkan pergantungan hanya kepada Allah semata-mata dan menganggap USAHA kita hanyalah "asbab" untuk berjaya.Hanya Allah sahajalah yang berhak menentukan keputusannya.Usaha+doa+tawakkal.InsyaAllah...
Mari hayati lagu ni,moga mampu memotivasikan diri..

Titian Kejayaan

Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati

Kejayaan diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya


-A is for Allah-

Perginya seorang pejuang


Pada hari Sabtu (13 Jun 2009) beberapa hari yang lepas dunia telah dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh gerakan islam yang banyak menyumbang kepada ISLAM iaitu Dr Fathi Yakan dalam usia beliau 76 tahun.Alhamdulillah mungkinkah pada waktu ini,beliau sedang mengecapi segala nikmat hasil dari usahanya selama ini di alam barzakh sana,hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sesungguhnya mencari seorang ulama' ibarat seperti mencari sebutir mutiara didasar lautan,betapa sukarnya untuk ditemui.Adanya dihargai dan disayangi dan kehilangannya sangat-sangat dirasai lebih-lebih lagi diakhir zaman ini.

Al-Fatihah...

Tuesday, June 9, 2009

DAIE


Buatmu yang bergelar daie
Ku titipkan sebuah kata-kata
Dari hatiku yang tulus ikhlas
Kerana cintanya diriku kepada engkau yang bergelar seorang daie

Bahawa dakwah yang kita lakukan adalah percuma
Bukan nya habuan yang dicari,
bukan wang yang berjuta diharapkan
Bukan pangkat yang digilai,
bukan kerana kebendaan
Tetapi kerana Allah Tuhan pemilik alam raya
Demi melihat umat kembali kepada al-quran dan sunnah

Kita dikata gila,dilempar dengan pelbagai cacian
Kita diherdik kerana dakwah yang dibawa
Kita dikata sesat bila melakukan usrah
Pedihnya hati kita bukan??
Tetapi lebih pedih bilamana melihat umat yang menderita
Ketandusan iman yang sanggup berzina disana sini,minum arak,merogol,membunuh,berjudi
Siapakah yang ingin menyelamatkan mereka??
Bilamana semua pihak menunding sesame sendiri
Ini tanggungjawab engkau bukan aku

Wahai daie
Dunia terlalu melekakan kita
Dunia mampu membeli sebuah maruah manusia
Hanya dengan wang ringgit
Dunia terlalu mengkhayalkan bila mana nafsu dikenderai syaitan
Dunia terlalu menghanyutkan bilamana kita diserang disegenap penjuru
Oleh musuh2 yang tidak akan puas untuk menghancurkan islam
Seks,sukan,nyanyian,fesyen,makanan..kita menyaksikan sendiri semua ini bukan??

Engkau mesti kuat wahai daie
Kita tidak mengharapkan ganjaran dari manusia
Pelik bukan?? Kita tidak mendapat duit pun dengan berdakwah
tapi duit kita berupa pahala disisi Allah
Pelik bukan?? pendakwah yang tidak mengharapkan apa2
dikala manusia begitu inginkan penghargaan dan pujian atas apa mereka lakukan
Kita tidak mengharapkan penghargaan walau kita sentiasa diserang
Tapi demi mencari redha Ilahi kita perlu gagahkan jua
Supaya nanti kita juga mampu bertemu dengan Rasulullah dimahsyar sana
Dan mampu memberitahu bahawa kita telah menyambung tugas Rasulullah s.a.w
Sesungguhnya tiada yang lebih manis dari mampu memeluk Rasulullah dan mengkhabarkan
Bahawa kita telah melakukan gerak kerja
apa yang Nabi tinggalkan

Ya Allah berikanlah kami kekuatan
Yang sentiasa mencari-cari apakah kekuatan untuk terus bertahan dalam dakwah
Bagaimana mewujudkan cinta dalam dakwah
Apakah sumber kekuatan Rasulullah?
Apakah yang Hassan Al-Banna cari dalam dakwah??
Kerana ramai yang mampu berdakwah TETAPI tidak ramai
Yang mampu cinta kepada dakwah
Ya Allah berikanlah petunjuk kepada hati kami…


----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jika Dakwah Adalah Kelopak Bunga Yang Mekar
Biarkan Ia Menebar Wanginya Hingga Ke Pelusuk Dunia
Jika Dakwah Adalah Jalan Yang Panjang
Maka Jangan Berhenti Sehingga Bertemu Penghujungnya Yang Terang

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PERINGATAN UNTUK DIRI YANG SELALU LUPA

Monday, June 8, 2009

Tuesday, June 2, 2009

BERUBAH DEMI ISLAM


"Alhamdulillah selesai sudah kerja aku,lepas ni boleh la berehat gembiranya terasa dalam hati",hati saya berbiacara


“boleh awak bantu saya untuk program akan datang"?tiba-tiba satu pertanyaan menghinggap ke telinga saya tatkala sedang asyik melayari internet. Saya seperti kebingungan,” arr terlepas lagi aku nak berehat,lepas ni mesti banyak kerja nak buat,dah la kerja lepas belum pun habis” hati saya melenting kemalasan.

Tapi sekali lagi dan untuk keseterusnya saya harus membuka pintu hati seluas-luasnya untuk mengatakan sudah tiba masanya untuk diri berubah,berubah bukan untuk diri tetapi untuk ISLAM,sudah tiba untuk saya memaksa diri dalam konteks mentarbiyyah hati supaya kurangkan rehat dan tidur.

Saya sering terfikir,bilakah sebenarnya saya akan berubah,berubah dalam erti melakukan sesuatu diluar kelaziman biasa,saya teringat musuh-musuh islam begitu sekali bertungkus lumus siang malam demi memastikan misi mereka melihat islam jatuh seperti kesannya kita dapat melihat sekarang, saya teringat saudara-saudara saya yang tidak mampu untuk terlena seperti kita disini. Saya tertanya-tanya apakah lagi yang saya tunggu untuk berubah??

Apakah menanti saat cemas ketika tsunami datang menghempap diri barulah saya akan sedar dari tidur yang panjang. Atau adakah saya menanti suatu insiden besar yang mampu menggoncang kehidupan ini,atau saya menanti saat malaikat maut datang untuk memenuhi janjinya?? Saya perlu membuat keputusan sekarang.keputusan untuk berubah bukan untuk diri tetapi DEMI ISLAM.KepadaMu Ya Allah aku memohon petunjuk dan pertolongan....