Thursday, December 17, 2009

CINTA ILAHI



CINTA ILAHI
Tuhanku
betapa aku sedari
nikmat yang Kau beri
tapi mengapa aku curangi
kerna nafsu raja dihati

Enak mulut tutur bicara
kalimah syahadah sebagai pembela
tapi mengapa laku tak seindah kata
sering tersasar bagai tiada berugama
dunia ini bagai “ana yang punya”

Tuhanku…
Aku kotor
bergelumang nafsu serakah
Aku ini hina
lebih dari si capik yang meminta-minta
Aku ini buta
walau celik bisa membezakan
Aku ini angkuh
membiarkan hidayahMu berlalu
Aku ini nanah hanyir yang membusuk
Aku ini pengecut
membisu tatkala islam di hina

Tuhanku
Ampunkan aku, ampunkan aku, ampunkan aku
Menanggung dosa ku tak mampu
Memandang wajahMu aku malu
Mengenang syurga aku pilu
Menjengah neraka di situkah aku???...

Tidak Tuhanku! Tidak!!!!

Berkatalah wahai lisan
Bertasbihlah wahai dua bibir
Bertasdiqlah wahai hati
Bersaksilah duhai dua mata
Dengarkanlah si dua telinga
Ucapkanlah
Benar KAU itu yang SATU
Ucapkanlah
“Ashadu Al laa Ilaa ha Illa Allah, Wa Ashadu Anna Muhammadan Rasulullah”
Ucapkanlah
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku…….
hanya kerna
ALLAH!



JannatulFirdausi09
1 Muharram 1431H

SALAM MAAL HIJRAH 1431

KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH


Solat berjamaah sangat tinggi nilainya disisi Allah dan sangat banyak kesannya kepada penghayatan agama islam. Pahala solat berjamaah melebihi pahala solat seorang diri sebanyak 27 kali ganda. Terdapat banyak lagi pahala solat berjamaah yang tidak terdapat pada solat bersendirian. Antaranya ialah:

BIL

SOLAT BERJAMAAH

SOLAT SENDIRIAN

1

Menyahut panggilan azan

Tidak peduli panggilan Allah

2

Solat di awal waktu

Solat lewat biasanya

3

Berjalan ke masjid menambahkan pahala dan gugurkan dosa

Bermain,berbual,tidur dan lain-lain

4

Memasuki masjid dengan berselawat,berdoa dan salam

Masuk kedai atau padang bola

5

Solat Tahiyyat masjid dan salam kepada hadirin

Tahiyyat TV

6

Menunggu berjamaah

Menunggu TV

7

Mendapat doa rahmat dan keampunan para malaikat

Mendapat sokongan syaitan

8

Mendapat penyaksian para malaikat,manusia dan binatang

Berhibur bersama syaitan

9

Menjawab iqamah dan doa maqbul antara azan dan iqamah

Tak jawab Iqamah

10

Selamat dari syaitan yang lari bertempiaran ketika iqamat

Syaitan semakin dekat

11

Berdiri menunggu ihram imam

Tiada imam

12

Mendapatkan takbir bersama imam

Takbir sendirian

13

Membetulkan saf

Tiada saf

14

Memenuhkan saf

Saf dipenuhi syaitan

15

Menjawab ucapan imam samiAllahuliman hamidah

Tak jawab imam

16

Terselamat dari kelalaian

Sentiasa terlupa

17

Mengingatkan imam bila terlupa

Tiada siapa yang tegur bila lupa

18

Mendatangkan khusyu’ dan kelalaian ditampung bersama

Kurang khusyu’

19

Terselamat dari perkara yang melalaikan

Banyak lalai

20

Mengelokkan penampilan: mandi dan pakaian

Tak mandi dan berpakaian biasa

21

Solat bersama malaikat,ahli masjid dan orang alim

Solat bersama syaitan

22

Malaikat menghamparkan sayapnya

Syaitan merenjis racunnya

23

Melatih bacaan yang betul

Tidak membaca dengan betul

24

Mempelajari rukun dan sunat

Tak belajar solat

25

Melahirkan syiar islam

Meruntuhkan syiar islam

26

Mengecewakan syaitan dengan perhimpunan ibadat

Mengembirakan syaitan

27

Bekerjsama melakukan ketaatan

Menggalakkan maksiat

28

Mencergaskan orang yang malas

Bertambah malas

29

Terselamat dari sifat munafiq

Sifat munafiq semakin subur

30

Terselamat dari tomahan meningggalkan solat

Terkadang tertinggal solat

31

Jawab salam imam,beri salam kepada rakan & malaikat

Salam tidak dijawab

32

Berdoa dan berzikir berjamaah bersama imam yang faham

Malas berdoa dan tak faham doa

33

Mendapat keberkatan orang yang lebih alim dan khusyu’

Tiada keberkatan hidup

34

Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama islam

Memecahbelahkan masyarakat

35

Mengambil berat tentang waktu solat

Tidak peduli waktu dan ibadat

36

Diam dan memerhatikan bacaan imam

Tidak perhati bacaan sendiri

37

Menyebut amin bersama imam dan para malaikat

Malaikat tidak amin bersama

38

Beri’tikaf di masjid dalam keadaan suci menerima rahmat

Serabut dan tidak tenang

39

Bersalaman dengan ahli jamaah

Tiada pahala bersalaman

40

Mengetahui perkembangan masyarakat setempat

Tertinggal maklumat setempat

41

Mempelajari agama dan mengimarahkan masjid

Jahil agama dan menghina masjid

42

Solat berjamaah adalah solat secara sunnah Nabi S.A.W

Tinggal sunnah Nabi S.A.W

43

Menambahkan iman dan amal soleh

Iman semakin berkurang

Saturday, December 12, 2009

MELAYAN KEASYIKAN PADA SEBUAH KENANGAN



Awan berarak mendung seakan-akan hujan ingin menyembah bumi. Aku mengintai pada jendela,pohon kelapa melambai-lambai penuh kehijauan ditemani burung-burung berterbangan bebas di udara. Terpandang pada sebuah kawasan lapang didepan sebuah rumah usang. Rumah itu kini sepi kerana tiada lagi penghuni setelah kematian pak tih jiranku. Didepan itulah diwaktu kecil aku berkejaran berlari bermain bersama kawan-kawan sekampung. Masihku ingat permainan yang biasa aku panggil bola tin, nusuk, lepar selipar, baling bola, badminton dan lain-lain.

Kini kawasan itu masih lagi ada pengganti dengan permainan oleh generasi yang baru, sesekali mengintai dijendela aku terkenang saat diri berada ditempat mereka. Banyak sudah perubahan yang berlaku dikampungku. Anak-anak yang ketika kecil dulu kini telah besar seusai masa yang kian bertambah. Ramai pula generasi yang telah pergi dulu. Dari yang kecil sehinggalah yang besar.

Entahlah..asyik sungguh kadang-kadang melayan perasaan diwaktu kecil. Mandi sungai juga antara hobi yang tidak akan dilupakan. Jika ke sungai,sambil ditemani ayahku yang memukat ikan bersama abangku, kami akan mandi selepas itu. Mencari etak juga pernah menjadi kenangan yang indah,mana tidaknya aktiviti ini boleh menjadi medan untuk berhubung silaturahim dengan penduduk kampong apabila ramai yang turut serta turun kesungai. Sesekali lidi menhinggap kepunggung kerana mandi ke sungai tanpa pengetahuan ibu bapa. Ya lah kadang-kadang keluar mencari ikan dilopak-lopak sawah selepas penuaian padi,lepas tu mandi disungai. Walau pun bawa pulang ikan,aku turut dipukul dengan lidi mana tidaknya membiarkan ibu bapa kerisauan dirumah keluar sehari suntuk tanpa meminta kebenaran,balik-balik basah kuyup pakaian...hehe

JAL BESAR,ada yang bertanya kenapa JAL BESAR aku sendiri tidak pasti tapi penduduk kampong menyebut JAL tu kadang-kadang merujuk kepada sungai yang berada dikampung ni. Sungai itu juga menjadi saksi yang kian meragut nyawaku dalam peristiwa lemas beberapa tahun yang lalu, ya bila terkenang kematian memang kadang-kadang aku terkenang peristiwa tu. Tapi mujurlah pada waktu aku lemas ada sampan yang kebetulan datang kearah ku. Allah masih memberi peluang kepadaku. Tapi sungai itu juga pernah meragut dua nyawa beberapa tahun dulu. Yang mangsa kedua itu lemas waktu banjir sehingga menjadi liputan luas media cetak dan elektronik. Ratusan manusia memenuhi kawasan sungai untuk melihat operasi menyelamat mencari mangsa. Kebetulan waktu itu musim cuti sekolah. Arwah seingat saya baru darjah 3 kalau tak silap.

Banyak kenangan jika hendak diceritakan,ada yang mengatakan kenangan hanya untuk dikenang bukan untuk diingati.boleh terima ke?? Terpulanglah pada masing-masing untuk memberi jawapannya. Sekarang masa sudah terlalu cepat berlalu,tidak mungkin semua itu akan kembali,yang pergi tetap pergi. Kita tidak mungkin boleh berfantasi seperti doraemon yang sentiasa boleh mengembalikan masa lampau jika itu kehendak nobita. Saya menulis sekadar mengisi masa yang ada. Sekarang kita semua telah besar bermakna tanggungjawab juga samakin besar. Kita adalah KHALIFAH yang dicipta dan segala apa yang dilakukan akan dipertanggungjawab dihadapan Allah swt nanti. Wallahua’alam.

buat diriku yang masih mencari...