Friday, February 26, 2010

Ya Rasulullah! Hari lahirmu hari ini

Catatan buat diriku yang lupa..

Detik 12 Rabiulawal menjelang hari ini, Rasulullah! Hari lahirmu hari ini,itulah ungkapan yang tiba-tiba terdetik dihatiku. Sedihnya rasa,rindunya rasa. Perasaan bercampur baur. Sedih juga kerana rupa-rupanya ada hari-hari yang berlalu tanpa mengingati Rasulullah walau lidah sering berselawat didalam solat. Bila hari ini tiba,bila banyak ungkapan “Rasulullah” disebut-sebut berulang kali. Barulah terasa sebenarnya diri ini sangat jauh dengan Rasulullah,dengan sunnah baginda. Malunya nak minta syafaat dengan Rasullah s.a.w….Allahuakbar!!!!


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.


Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.


Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.


“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.


Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah

Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa

Juga pun”.


Sumber: http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/KHUTBAH_TERAKHIR_NABI_MUHAMMAD_S.htm

Tuesday, February 23, 2010

KESAKSIAN BISU BERBICARA

KESAKSIAN BISU BERBICARA


Wahai jasad yang terkujur kaku di bawah pepohonan yang rimbun di sela-sela dedaunan yang kehijauan dan hembusan angin yang tak henti-henti menuai kesaksiannya siang dan malam, dedaun kering dan rerumputan tidak pernah diam untuk menyatakan akan selalu menjadi saksi atas peristiwa kekejaman ini. Tumbuh-tumbuhan liar yang selalu mengintai atas setiap detik peritiwa dan kejadiannya dengan suka rela bersaksi dan siap untuk di angkat bicara.

Bumi bersertahamparannya telah meresapi darah-darah mu yang mengalir dan akan menyimpannya sebagai bukti di pengadilan nanti, langit yang terbentang luas telah menyasikan kebiadaban ini dengan mata terbuka. Sinaran Matahari terang adalah yang pertama-tama mengunjungi mu, dengan kucupannya dan di kemudian hari telah menyebarkan peristiwa ini kesuluruh penjuru dunia.

Kini siang dan malam mereka membicarakan peristiwa yang telah melanda diri mu, di siang hari di bawah teriknya Matahari mereka tidak pernah diam, selalu berkata-kata kamilah saksi atas meninggalalnya kamu wahai jasad yang terkujur kaku. Malam juga tak henti-henti angkat bicara tentang diri mu wahai jasad atas kepergian mu yang kini sedang terkujur kaku di liang lehat, tempat istirahat para pendahalu mu, pengistiratan para syuhada’, auliya’, dan begitu juga para anbiya’.

Wahai jasad yang lemah berkapankan kain putih tenanglah dikau di alam baqa’ sana, alam yang kekal dan menunggu hari kebangkitan untuk kamu menuntut keadilan seadil-adilnya kepada Sang Pencita. Dia (Allah) akan mengadilinya karena kekufuran dan telah menrampas apa yang bukan miliknya, tangan-tangan mereka yang merenggut nyawamu akan di minta pertanggungjawabannya, dan yakinlah bahwa kamu akan menang karena kami adalah saksi-saksi mu, dan surga sebagai balasannya.


“Istirahatlah Ibu ku di pangkuan Ilahi, Adik ku dikau kesayangi Rabbi, anak-anak mu kini akan dibesarkan oleh Ibu Pertiwi”

Oleh: Zulfikar Saifullah

Apa sumbanganku pada Islam pada hari ini?..............................

SUMBER: http://ambranews.com/1431/

Friday, February 19, 2010

Thursday, February 18, 2010

Masih tidak dapat ku lupa



“Kematian sangat menakutkan walau kepada mereka yang telah bersedia”. Sehingga ke hari ini saya masih terkesan dengan kehilangan arwah sepupu lebih sebulan yang lalu. Sungguh sekejap dan singkat rasanya saat bersama didalam kehidupan ini. Waktu ini saya sedang bercuti dikampung. Hati saya di serang gundah gulana sehingga menyebabkan tidur saya terganggu. Saya terfikir dan terus terfikir mengenai kematian, sehinggakan saya tersedar kembali jam 3 pagi lebih selepas tidur jam 1 pagi lebih. Air mata saya mengalir di kesunyian malam.Kenapa begitu sekali? saya tidak pasti apakah sebab terasa akan kehilangan arwah atau kerana terlalu takut memikirkan kematian?

Begitu banyak tanda-tanda yang menunjukkan arwah akan pergi. Jika ditelusuri bagaikan sebuah drama kehidupan yang saya tonton di televisyen,itulah yang saya rasakan. Bagaikan mimpi,itulah luahan kakak saya. Mungkin bagi mereka yang pernah kehilangan mereka orang yang tersayang lebih lagi merasai perasaan tersebut.

Entahlah, saya masih lagi tidak menyangka pemergiannya sudah lebih sebulan yang lalu,menderita kerana kanser tulang. Arwah yang saya saksikan sendiri dari seorang yang sihat sehinggalah berhadapan dengan keadaan yang sungguh kritikal. Saya mesti menulis,ada sesuatu yang saya ingin kongsikan pada pembaca blog saya. Bukan ingin menceritakan keburukan & sebagainya,paling tidak kita tahu dimana kedudukan kita sehingga ke saat ini.

Banyak cerita-cerita yang saya dengar berkenaan arwah,sewaktui emak dan ayah arwah ingin ke Mekah, arwah banyak memberi sokongan terutama kepada ayah arwah. Ayah arwah memang sangat berat untuk meninggalkan anak yang dikasihi apatah lagi dengan keadaan sakit kanser seperti itu. Tetapi arwah memujuk supaya pergi dan jangan bimbangkan keadaanya. Akhirnya ibu dan ayah arwah bertolak ke Mekah,sepanjang disana arwah sering berhubung dengan ibu dan ayah arwah. Seperti biasa kedengaran seperti seorang yang sihat dan langsung tidak menunjukkan tanda sakit. Walau hakikat arwah sakit, tetapi mampu disembunyikan setiap kali bercakap dan berhadapan dengan orang lain.

Sekembalinya ibu dan ayah arwah dari mekah, ayah arwah terkejut kerana melihat arwah sangat kurus. Sedih itulah perasaannya,manakan tidak. Bila bercakap seperti seorang yang sihat tetapi hakikatnya lain. Hari demi hari berlalu. Saat-saat terakhir kehidupan arwah,arwah berkeinginan sangat untuk berjumpa dengan semua. Arwah juga ada bertanya pada ibu arwah ada terbaca atau tidak mengenai kisah ujian setelah kembali dari mekah dari sebuah buku,arwah ada bertanya kepada adik arwah ada dengar tak lagu nasyid muhasabah cinta..rupa-rupanya lagu itu berkisar tentangnnya. Selain itu arwah juga ada memberitahu kenapa arwah merasa sangat lain,arwah ada bertanya kepada adik arwah ke ini tandanya arwah hendak meninggal? Arwah juga tidak suka dengan televisyen kerana banyak perkara melalaikan? arwah juga bermimpi yang kedua ibu bapa arwah meninggal di mekah dan arwah sendiri meninggal dunia,arwah memberitahu arwah bermimpi dimandikan,dikafan. Arwah bercakap dengan ahli keluarga sehingga ke pagi. walaupun di tegur arwah tetap bertegas untuk terus bercakap,kata arwah jika arwah tidur akan pejam selama-lamanya.Dan hari terakhir sebelum kejadiaan,arwah kelihatan gelisah.

Sangat menyedihkan juga, adik arwah ada terjumpa diari arwah yang tertulis lebih kurang “keredhaanku sehingga ke akhir hayat”. Saat arwah tidak sedarkan diri,air mata keluar mengalir di pipi apabila emak saya sendiri memohon maaf kepadanya. Mungkin ada sesuatu yang ingin diberitahu tetapi jasad sudah tidak berdaya.

Begitukah sekalikah perpisahan. Perpisahan yang memisahkan dunia dan akhirat. Seandainya kita berjauhan dari keluarga,kita menangis dan bersedih tetapi bayangkan perpisahan yang bersifat kekal abadi,lebih menyedihkan bukan?

Kini segala-gala telah terjadi, banyak hikmah yang seharusnya kita perhatikan dan kita ambil pengajaran. Saya masih ingat sewaktu dulu,kami bersama arwah berbincang tentang takutnya kematian berada sorang-sorang dalam kubur,dan kini arwah terlebih dahulu melalui semua itu. Ya Allah,kecut perut saya memikirkan semua ini,gerun,takut,resah gelisah..dan paling penting harus saya persoalkan kepada diri APAKAH PERSEDIAAN SAYA MENGHADAPI PERKARA TERSEBUT?

Masa terus berlalu,siang dan malam silih berganti,kelahiran,kematian, bumi terus berputar pada paksinya. Jasad semakin tua,umur semakin berkurang…sehinggalah suatu hari kita akan bertemu Allah swt,apakah kubur kita menjadi taman-taman syurga atau lubang-lubang neraka,2 pilihan satu keputusan. Keputusan yang ditentu oleh Allah berdasar amalan kita didunia.

Allah ampunkan hambaMu,semoga amal ibadah kita diterima olehNya…amin

Muhasabah Cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Tuesday, February 9, 2010

Mampukah aku?

Wudhuk mula membasahi tubuh untuk menunaikan solat subuh. Alhammdulillah hari ini Engkau masih menghidupkan aku. Seperti biasa sahabat-sahabat yang berada disekeliling menjadi pendorong setiap kali lemah terutama untuk solat berjamaah subuh dimasjid.

Aku termenung memikirkan masa depan,jika berada dikampus ini, kehidupanku sememangnya berjemaah start dari solat subuh,makan,beriadah dan lain-lain. Sesekali hati berbisik apakah mampu aku beristiqamah diluar dari kampus. Bimbang, risau itulah perasaan yang datang bertamu setiap kali aku bangun dari tidur. Sungguh aku masih lemah kerana disaat pejuang islam lain bertarung dengan masalah ummat,aku masih lagi bertarung dengan sifat diri yang sentiasa gagal untuk istiqamah. Semangat pula sekejap ok,sekejap tak ok.

“Tika rajin buat sungguh2,supaya nanti rahmat Allah akan datang”,itulah antara kata2 ustaz (murabbi yang dikasihi) yang sentiasa membuatkan diriku semangat untuk berjuang. Kadang-kadang tidak perlu lantunan suara,cukuplah helaan nafas yang penat seorang pejuang mampu mengocak semangat orang yang melihatnya. Terima kasih ustaz.

Ya,rahmat Allah.itulah yang aku cari. Aku mencari kekuatan,semangat untuk meneruskan perjuangan. Aku cuba untuk bingkas bangun setiap kali aku tewas. Kerana aku yakin Allah pasti bersama. Tapi perasaan itu sukar sekali untuk hadir.

Kadang-kadang aku terfikir apakah tidak adil untuk memikirkan perancangan Allah dimasa akan datang?? Tapi aku yakin aku mesti membuat persediaan kearah lapangan dakwah diluar kampus. Ya Allah jauhkan aku dari menjadi golongan yang tercicir dijalan dakwah.amen

AKU AKAN CUBA LAGI! LAGI! DAN LAGI!

Rabu (2.47am)

Thursday, February 4, 2010

MEMUJUK HATI: SESEKALI DI UJI

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan
Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa
Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah
Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya
Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Firman Allah swt:

1.Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. At-taghabun: Ayat 15

2.Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). Az-Zumar: Ayat 49

3.Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu. Saba: Ayat 21

4.(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Ar-Rum : Ayat 37