Sunday, April 25, 2010

Ya Allah,kurniakan hati seperti Ibrahim



Ya Allah

Galak nya hatiku meluncur bicara

Tapi laku tak seindah kata

Sering tersasar dari landasan

Kerana nafsu ku yang berkepentingan


Ya Allah

Terkadang aku kecewa dengan diri

Banyak meminta dari memberi

Banyak menanti dari mencari

Banyak menyusahkan orang dari berdikari


Ya Allah

Aku seringkali berteori

Berkata itu ini dalam blog ini

yang menjadi saksi

Padahal aku jauh dariMu Ilahi.


Ya Allah

Aku terlalu beremosi

Mengikut nafsu sendiri

Kerana pautan duniawi

Kerana kepentingan diri


Ya Allah

Pandangkah Engkau kepadaku?

Sedangkan aku lemah disisi manusia dan diriMu

Sedangkan aku sentiasa menipu diriMu

dalam taubatku yang dilafazkan saban waktu


Ya Allah

Aku mohon maaf kepadaMu

kepada hamba-hambaMu

Kerana jahil dan bodoh dalam berfikir

Kerana terlalu lajak menuntun bicara

Mengajak manusia kembali

Padahal melupakan diri..


Ya Allah

Telah ku cuba dengan daya yang ada

Untuk memperbaiki diriku ini

Tapi keadaan masih tetap sama


Ya Allah

Kurniakan aku sekeping hati

Seperti Ibrahim yang Engkau cintai

Hati yang sejahtera

Duniawi dan ukhrawi….

Monday, April 19, 2010

Tika sendirian...


Satu saat, tika kita bersendirian..
bisikkan pada hati..
bhw ada Zat yang Sangat Mulia sedang setia menunggu kita..
menanti kita,
walaupun kita sering alpa padaNya..

Bisikkan berulang-ulang di setiap saat sepi kita..
hingga terasa getaran halus menyentuh ulu hati yang sangat dalam..

-Ustaz Hazmi

Wednesday, April 7, 2010

"...."


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Tika mata hati mulai terbuka,
Terlerailah hijab demi hijab,
Yang selama ini menutupi kebenaran,
Lalu mengalirlah jiwa kehambaan

Namun apakah itu hanya harapan
Atau sebuah angan-angan
Berupa penantian
Yang jawapannya pasti
Tika mata sudah tertutup rapi…

Friday, April 2, 2010

TERIMA KASIH TERLEBIH DAHULU PADA ALLAH



Alhamdulillah..

Dengan sedikit kekuatan yang Allah berikan kepada saya membolehkan saya menulis pada kali ini.
Sebelum penghargaan dan pujian di berikan kepada manusia, marilah kita terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Allah kerana Dia lah yang memberikan kita segala-galanya. Manusia hanyalah perantara dan medium yang membolehkan sesuatu perkara sampai kepada kita.

Jika kita mempunyai ibu bapa yang penyayang terhadap kita, Allah lah terlebih dahulu mencampakkan kasih sayang ke dalam jiwa ibu bapa kita untuk menyayangi kita.

Jika kita mempunyai seorang sahabat yang sangat baik terhadap kita, Allah lah terlebih dahulu yang mencampakkan kebaikan itu terhadap kawan kita untuk dikongsikan dengan kita.

Tiada apa-apa yang saya ingin tuliskan pada entry kali ini..

Cuma berterima kasihlah kepada Allah terlebih dahulu di atas segala-galanya
Sebelum aduan di tujukan kepada manusia, apa kata bentangkan dahulu sejadah.Mengadulah terlebih dahulu kepada Allah..Allah Ya sami' Yang Maha Mendengar.