Saturday, August 28, 2010

PERPISAHAN INIKAH MAKNANYA

Semakin Ku Usir Rasa Rindu

Semakin Ia Datang Bertamu

Menjengah Ke Ruang Fikiran

Mengingati Dirimu Wahai Teman


Bila Kita Jauh Tidak Bertemu

Akulah Insan Yang Menanggung Sayu

Bila Engkau Tiada Disisi Menemani

Akulah Insan Yang Akan Tercari-Cari


Sungguh Memeritkan Menanggung Kesakitan

Menghadapi Sebuah Perpisahan

Apakah Maknanya Kepada Sebuah Pertemuan

Andai Perpisahan Menjadi Akhiran


Terkadang Aku Bingung Dalam Berteman

Terkadang Aku Takut Mencari Kawan

Terkadang Aku Risau Untuk Mengukuhkan Ikatan

Terkadang Aku Tidak Inginkan Persahabatan


Namun Erti Sebuah Kehidupan Harus Diteruskan

Perjalanan Harus Ditempuh

Pertemuan Dan Perpisahan Akan Bersilih

Kerana Itulah Takdir Yang Ditentukan Allah.

28.8 SELAMAT HARI LAHIR BUATMU!


Dingin malam ini diliputi kabus berombak tebal, namun sepintas lalu ia pergi hilang dari pandangan. Begitulah dengan kehidupan ini, tiada yang kekal abadi melainkan Allah swt. Ya Allah, sungguh seketika hamba bermusafir di tanah ini. Dan tanah ini juga bakal menjadi saksi kepulangan hamba nanti. Ya Allah ucapan mereka mengingatkan daku pada kematian yg aku sendri lupakan.

28/8/2010..SELANGKAH LAGI MENUJU KEPADA KEMATIAN

Ya Allah,ampunkanlah dosaku, kedua ibu bapaku,keluargaku, guru2 ku, sahabat2ku dan kaum muslimin dan muslimat samada masih hidup atau telah meninggal dunia. Ya Allah panjangkanlah umurku dalam kebaikan, sihatkanlah tubuh badanku, ikhlaskanlah hatiku, tenangkahlah hatiku, hidupkan aku dengan iman,matikan aku dengan iman dan masukkan aku dalam syurgaMu dengan IMAN. Ya Allah aku memohon keredhaanMu didunia dan juga akhirat.AMIN

Thursday, August 19, 2010

Kehilangamu kesakitanku

Indahnya saat kita bersama

Suka dan duka silih berganti

Membina ukhuwwah atas dasar cinta

Mencari keredhaan Ilahi


Sedang asyik kita bercerita

Engkau rebah dipangkuan ku

Katamu itu hanya gurauan senda

Ku ketawa melihat gelagatmu


Suatu hari yang tidak disangka

Gurauanmu rupanya suatu dusta

Engkau rebah tanpa di duga

Nadimu ku rasa tiada terdaya


Rupanya engkau pergi dulu dariku

Aku tercengang dalam kebingungan

Kehilanganmu kesakitan buatku

Segala kenangan tiba terbayang diingatan


Ketika jasadmu terbaring kaku dipersemadian

Ku siram air mawar menyapa tubuhmu

Air mataku mengalir tiada henti

Sederas air yang menjirus tubuhmu


Tiba masanya kain putih membaluti tubuhmu

Ketika itu wajahmu bagaikan mengerti

Bahawa perjalananmu adalah menuju kekasih dinanti

Dari senyummu yang terukir telah terbukti


Ku kucup dahimu yang penuh ketenangan

Linangan air mataku menitis di dahimu

Aku tidak mampu menahan kehilangan

Seorang insan yang pernah ku sayang


Terbaring kaku dirimu didalam keranda

Disembahyang didepan semua

Sunyinya dirimu tanpa sebarang suara

Akhirnya dirimu berlalu diusung ke pusara


Ku terus memujuk diriku

Bahawa kehilangamu suatu takdir ketentuan

Dalam doa ku alun namamu

Semoga bahagia berada disana.

Sunday, August 15, 2010

BINGKISAN 5 RAMADHAN

Ramadhan akan tetap datang

Walau hadirnya tanpa kita undang


Ramadhan akan tetap menjanjikan ganjaran

Walau kita beribadah penuh kemalasan


Ramadhan akan tetap menjanjikan keampunan

Walau kita lengah mencari keredhaan


Ramadhan akan tetap menjanjikan keberkatan

Walau kita langsung tak mengendahkan


Ramadhan akan tetap menjanjikan rahmat

Walau didada tiada keyakinan tersemat


Ramadhan akan tetap menjanjikan peluang

Walau kita sering mengelak untuk berjuang


RAMADHAN AKAN TETAP MEMBERIKAN 1001 KEBAIKAN

WALAU KITA MEMPERSEMBAHKANNYA DENGAN PENUH KEBURUKAN


Dan suatu ketika

Ramadhan akan tetap pergi

Cuma kita belum tentu disini


Catatan seketika disisi masjid dikala jenuh melayan karenah nafsu yang keberatan..

Selamat meneruskan pesta ibadah, kawallah pemakanan supaya kita tidak bermalasan untuk beribadah walau iftar Jamie selalu banyak makanan lebih..hehe

Thursday, August 12, 2010

GERIMIS




Gerimis


tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi

kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi

gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali

menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi

kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti

gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita didunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba

lagu:fadzli (far east)
lirik:ITO lara

AL FATIHAH BUAT SAHABATKU ASSUANDIE YANG MENINGGAL PADA 8/8/2010. SEMOGA ROH DI KAU DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. MASIHKU INGAT KENANGAN KITA BERSAMA WALAU HANYA SETAHUN. SETIAP HARI RAMADHAN AKU MASIH MENGINGATIMU KERANA SUNGGUH TIDAK AKU SANGKA, AL FATIHAH

Wednesday, August 11, 2010

BUAT DIA YANG TELAH PERGI



Telah lama dia pergi

Menghadap diri kepada Ilahi

Namun melupakannya tidak sama sekali

Kerana insan sepertinya sentiasa dicari


Kini masa begitu pantas sekali

Tanpa disedari

Hampir setahun sudah berlalu

Bagaimana keadaan dia agaknya


Perginya tetap pergi

Lamanya tidak didengari

Khabarnya yang semakin sepi

Jauhnya dia menanti


Dia pergi dulu dariku

Dia menemuinya dulu dariku

Dia merasainya dulu dariku

Dia terlebih dahulu berbanding aku


Doaku hanya satu

Walau dirimu sepi tanpa khabar

Ku harapkan dirimu bergembira disana

Bersama orang-orang yang dicintaiNya


Berhibur dialam sana

Didalam taman-taman syurga

Yang padanya kenikmatan abadi…

Buat dia yang telah pergi….

Al-Fatihah

KU CUBA MENGHULUR CINTA

Ya Allah ketika ku cuba menghulurkan cintaku

Aku sedar cintaku tidak setanding cintaMu

Ya Allah ketika ku cuba menghulurkan cintaku

Aku sedar cintaku sarat dengan kepentingan didalam dada

Ya Allah ketika ku cuba menghulurkan cintaku

Aku sedar cintaku hadir bermusim-musim

Ya Allah ketika ku cuba menghulurkan cintaku

Aku sedar cintaku sentiasa didahului dengan nafsu

Ya Allah ketika ku cuba menghulurkan cintaku

Aku sedar cintaku hina dan jijik untuk dipersembahkan padaMu

Ya Allah ketika ku cuba menghulurkan cintaku

Aku sedar cintaku tidak setanding sahabat-sahabat terdahulu

Namun aku tetap cuba menghulurkan cintaku

Untuk meraih redhaMu

Namun aku tetap cuba mempersembahkan cintaku

untuk meraih cintaMu..


7.33 AM, 12/8/10

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN & KEMATIAN

Jam menunjukkan jam 1.46 am. Baru saja pulang ke kolej kediaman kk4. Saya berfikir dan terus berifikir. Berada di beranda hadapan bilik. Suasana malam 1 Ramadhan ini dirasakan sayu sekali, entah kenapa dada tiba-tiba menjadi sebak. Saya mengingati sahabat2 dan insan2 yang telah dulu pergi. Cepatnya masa berlalu. Ramadhan datang lagi, Ya Allah syukur Engkau masih memberikan daku peluang untuk bertemu denganMu. Ramai yang telah pergi sebelum Ramdhan. Apakah ini juga Ramadhan terakhir buat saya. Saya tidak mampu menjangkakanya. Setahun sudah berlalu. Pastinya segalanya sarat dengan pelbagai peristiwa yang langsung tidak diduga..ALLAH,ALLAH,ALLAH,ALLAH,,I HAVE NO WORDS…

Saturday, August 7, 2010

BARAK ALLAHU LAKUMA






BARAK ALLAHU LAKUMA


We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير