Sunday, July 4, 2010

MUTIARA SEPANJANG LI

Alhamdulillah,Latihan industri memasuki fasa 2 minggu terakhir, presentation khamis depan.Cepat sungguh masa berlalu. Hendak diceritakan pengalaman sepanjang LI ni memang banyak. Tapi untuk entry kali ni, saya hanya ingin posting MUTIARA KATA yang terbit dari hati sepanjang menjalani LI ni. Boleh pulak melayan perasaan? Eh tak,tapi perkataan yang terbit itu berupa sentuhan dari hati yang kadang-kadang untuk memujuk hati agar bersabar ketika susah, beringat ketika senang, berfikiran positif dan bersyukur selalu. Serta kata-kata yang lahir dari pemerhatian terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang di Puchong,Selangor. Terimalah kalungan mutiara yang saya simpan rapi didalam laptop ni. Hehe..

Terbaring kaku DIA didalam keranda

Di depan khalayak semua

Sunyinya Dia tanpa suara

Akhirnya berlalu di usung ke pusara


Pada sebuah perjalanan

Kita titipkan sebuah harapan

Menggarap segala keupayaan

Moga nanti bertemu kebahagiaan

Teruskan berjuang walau terbuang

Teruskan melangkah jangan menoleh

Teruskan bangkit biarpun sakit

Teruskan larian walau dirimu sendirian


Ketika kita lena di ulit mimpi

Mereka berjaga sepanjang hari

Ketika kita leka di ulit kesenangan

Mereka menderita kesakitan

Ketika perut kita kekenyangan

Mereka sengsara kelaparan

Ketika kita lalai dengan hiburan

Mereka menangis meratapi kematian

Itulah kita & itulah mereka

Saudara-saudara kita

Bangkitlah diriku & sahabat2ku

Sampai bila kita ingin berada dalam kelalaian,kelekaan?

Kemenangan itu Allah yang tentukan

Macam mana nak dapat kemenangan kalau kita jauh dari Allah?


Seketika mendung di kala senja

Menjentik syahdu didalam dada

Kerinduan kepada teman-teman yang jauh dimata

Taklifan yang membezakan kita

Semoga sukses walau dimana

Kalian tetap dalam ingatan sampai bila-bila

Ampun maaf dipinta

Ukhuwwah fillah Abadan-abada.


Bila rindu datang bertamu

Ku alun namamu didalam doaku

Walau jauh tidak bertemu

Di hati kita tetap bersatu

Ukhuwwah itu indah jika semua kerana Allah

Bersama ketika senang dan susah

Ya Allah tautkanlah hati kami penuh kukuh

Dalam setangkai doa rabitah


Ketika dahi mencecah sejadah

Aku mulai resah

Mengingati hati yang kian punah

Dosa yang kian hanyir dan bernanah

Masihkah ada untukku arah

Mengubat hati yang kian parah

Ya Allah detik untuk kembali semakin tiba

Kampong asalku bakal menjelma

Sedang aku masih seperti sediakala

Tiada apa yang berbeza

Ya Qawiy berikan secebis kekuatan

Untukku melakukan perubahan

Mencari arah tujuan sementara masih diberi kesempatan

Ya Allah kurniakan kami hati yang sejahtera

Seperti Ibrahim yang Engkau cintai

Hati yang sejahtera duniawi dan ukhrawi


Kasihku, maafkan daku kerana curang dalam mencintaiMu. Engkau memberi aku mendustai. Seringkali aku mungkiri janji yang ku lafazkan saban waktu. Galak tutur lidah menutur bicara Engkaulah yang pertama sehingga ke akhirnya tetapi sering berdusta ketika diriMu ku lupa.Semuanya terhijab dek kerana nafsu dan cinta dunia yang membuah dosa. Padahal cintaMu tetap setia ketika aku semakin berdusta.Allahuakbar!


Kadang-kadang kita lebih suka menyalahi dari memahami, menghentam dari memberi penyelesaian, memarahi dari menjelaskan. Dimana sikap kasih dan sayang sesame insan. Jadi tidak hairan jika manusia lari dari ISLAM ketika kita galak melakukan dakwah.


Buat mereka yang sentiasa berdosa, yang sering berputus asa, yang sering merasa harapan hanya sia-sia, yang sering merasa kehidupan tiada bermakna, yang merasa diri tidak pernah sempurna, yang merasa tiada arah hidup didunia…SEKETIKA.. bukalah mata,terjunlah ke lubuk hatimu yang suci. pandanglah langit tegak tinggi tanpa tiang,lihatlah bumi jauh terhampar luas. Mengapa harus kecewa dan menanggung derita?merasa harus merasa gelisah dan susah?mengapa harus bersedih dan takut? Kita tetap ada Allah, Dia begitu hampir dengan kita. Lebih dekat dari urat leher sendiri. Tadahlah tangan,mohonlah dengan penuh kehinaan,tangislah dengan penuh kehambaan. DIA TETAP SETIA DENGAN CINTA KEPADA HAMBANYA SELAGI KITA IKHLAS UNTUK KEMBALI KEPADANYA.



Buat mereka yang memiliki sekeping hati, terjunlah ke lubuk hatimu yang suci,lihatlah dengan pandangan mata hati, setiap sesuatu perkara yang terjadi. Agar kita semakin mengerti akan tujuan hidup dan mati sebelum mata tertutup rapi. Diketika tiada memberi apa-apa erti. Ya Allah bukakannlah pintu mata hati kami.


Ketika kita merasa dunia ini gelap gelita, ketika kita merasa resah gelisah didada, ketika kita merasa harapan hanya sia-sia,ketika kita merasa sangat-sangat berputus asa maka sedarilah ketika itu Allah sedang berbicara dengan kita, sedang memanggil kita, sedang menanti kita untuk kembali bertaubat kepadaNya. Masakan Allah Ya Rahim sanggup membiarkan hambaNya terkapai keseorangan. Sedangkan seorang ibu akan menegur anak-anak kecil ketika leka bermain diterik mentari kerana kasih terhadap anaknya. Inikan pula Allah Yang Maha Penyayang. Allah tidak pernah meninggalkan kita sekalipun kita sering meninggalkan Allah. Pernahkah kita merasa sesak nafas secara tiba-tiba kerana melakukan dosa?


Kita sering mengeluh kerana diuji oleh Allah swt. Sebenarnya kita terlupa ujian yang Allah berikan kerana Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya dan apabila hambaNya bertaubat padaNya dengan ikhlas, Allah memaafkan hambaNya dan Allah bertambah sayang pada hambaNya. Baiknya Allah swt cuma kita tidak sedar.


Bukanlah kebodohan dan bebijaksanaan yang menjadi persoalan utama tetapi sejauh manakah usaha yang kita lakukan untuk memastikan kebodohan berpindah kepada kebijaksanaan.



Berada DIA di satu penjuru yang jauh

Istiqamahnya DIA untuk solat berjemaah

Dengan gagah dan payah DIA melangkah

Tetap setia walau tanpa kedua tangan dan kaki.

Aku juga yang sering tewas ketika masih mempunyai tangan dan kaki..

BUTA



Sebenarnya yang buta itu bukanlah mata tetapi mata hati yang ada didalam dada. Mata hati yang memerlukan pencerahan berupa ilmu. lmu pula bukanlah sekadar pengetahuan tetapi mampu membuahkan amal dan menyuluh perbezaan baik dan buruknya setiap sesuatu perkara