Wahai jiwa yang tenang..Kembalilah kepada Allah…berharaplah
kepada Allah..
Kita sudah terlalu lama meletakkan pengharapan kepada
manusia, menyangka manusia boleh membahagiakan kita, rupa-rupanya
tidak..bagaimana harus meminta kepada manusia sedangkan mereka juga lemah
seperti kita..
Kembalilah..Kembalilah..Berharaplah, berdoalah….kerana hari
itu hari yang sangat sulit..
Saat sesak bertarung dengan sakaratulmaut…Nabi pun sakit
kita sedia tahu..
Menghadapi alam kubur yang tak tahu samada cerah atau gelap,
sempit atau lapang, digigit binatang ke..kawah neraka atau taman syurga..
Seterusnya dibangkitkan dipadang mahsyar, pada hari yang
panas, gelap..bingung,kita takde apa-apa dengan keadaan telanjang..harta, anak,
kawan karib tak mampu beri apa-apa..kita keseorangan berteman amal didunia…
Seterusnya ketika menghadapi hari berhisab, lamanya berdiri
dengan panas dan sesaknya orang hanya Allah yang tahu. Bob Lokman pernah
menangis bila berceramah, saya masih ingat dialog dia lebih kurang.. “saya rasa
lama berdiri dipadang mahsyar”.
Menanti berhisab, mencari insan bernama Muhammad, mengharap
teduhan arasy. Siapakah yang diberi teduhan, 7 golongan yang dijanjikan…semoga
kita tergolong..
Bagaimana pula nak berhisab, sedangkan keadaan dosa masa tu
banyakknya Allah saja tahu..kita mengharapkan kemaafan dari Allah..Ada doa yang
kita ungkapkan selepas solat..berilah kemaafan ketika berhisab..anggota
berbicara, mulut terkunci seribu bahasa..
Seterusnya melangkah ke titian antara dua, jauh, panjang,
kecil, banyak checkpoint,,apakah kita terbang? Mengengsot? Merangkak? Wallahua’lam
Kita hanya ada dua tempat perhentian, syurga yang penuh
kenikmatan atau neraka penuh azab dan keperitan.
WAHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA ALLAH, BAGAIMANA
HATI MAMPU BERGEMBIRA KETIKA MAUT MENGEJAR KITA..
BUAT DIRIKU INSAN BERDOSA DAN KALIAN YANG SUDI MEMBACA.
SEMOGA KITA SAMA2 DIBERI KEKUATAN ISTIQAMAH SEHINGGA BERTEMU
ALLAH