Wednesday, August 12, 2009

Permulaan kehidupan Ustaz Asri



Syaaban kian jauh meninggalkan kita.Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan bakal berkunjung tiba. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita dipanjangkan umur dan masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama Ramadhan pada tahun ini. Kerana qada’ dan qadar Allah yang tentukan,begitulah juga taqdir yang telah ditentukan ke atas Ustaz Asri Ibrahim (ketua kumpulan Rabbani) yang telah meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi, allahyarham meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Saya masih ingat beberapa bulan yang lalu, allahyarham pernah datang ke UMP semasa konsert K-Saintis 2 dan juga sewaktu menjayakan satu forum “Bicara Sufi” (kalau saya tidak salah). Akhirnya dalam usia 40 tahun, allahyarham telah pergi meninggalkan kita semua. Sekali lagi,sungguh tidak diduga dan dijangka oleh kita semua.Marilah juga kita berdoa supaya allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Teringat kata-kata yang disampaikan oleh seorang ustaz semasa kuliah zohor, beliau menjelaskan kebiasaannya manusia akan mati mengikut kebiasaan apa yang dilakukannya. Kita pernah mendengar bukan seorang pemain bola sepak mati secara mengejut sewaktu sedang bermain bola sepak, seorang pelakon mati ketika berlakon, seorang pelumba kereta mati ketika menyertai perlumbaan kereta,seorang pengembara rancangan tentang “planet haiwan” mati kerana di serang ikan pari ketika menjayakan rancangan tersebut. Apakah kebiasaan kita sehari-harian?

Allahuakbar,bilakah pula saya dan anda akan memulakan pengembaraan ini???
Al-Fatihah

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )


13 OGOS 2009/21 SYAABAN 1430H
2.37PM

Sunday, August 9, 2009

H1N1: antara doa yang boleh diamalkan

Ketika saya mempostingkan perkongsian terbaru ini, angka korban H1N1 kini telah mencecah kepada 26 orang (Malaysiakini). Bagaikan satu perkara biasa tatkala pengumuman demi pengumuman dibuat tentang kematian daripada wabak ini hari ke hari. Allahuakbar,sungguh mengejutkan kerana ianya merebak dengan begitu pantas.Sama-samalah kita mengambil langkah pencegahan seperti yang telah di tunjukkan oleh Islam melalui pesanan Kementerian Kesihatan Malaysia. Disamping itu juga berdoa memohon perlindungan kepada Allah s.w.t. Semoga ianya akan berakhir tidak lama lagi.

Ini antara doa yang saya dapat dari seorang sahabat untuk kita sama-sama kongsi dan amalkan.


DOA SELAMAT DARI BALA DAN KEHINAAN


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ
الأَعْدَاءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh (terhadap masalahku).


DOA BERLINDUNG DARIPADA PENYAKIT MERBAHAYA

اللَّهُمَّ إِنِّي أعُوذُبِكَ مِنْ البَرَصِ، وَالجُنُونِ، وَالجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَامِ

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari penyakit sopak, gila, kusta dan keburukan berbagai penyakit yang lain.

Friday, July 31, 2009

MUHASABAH DIBALIK MUSIBAH



SAMA TAPI TAK SERUPA!!!!!!!!!!!

H1N1 atau selesema babi sejenis satu wabak penyakit yang sehingga kini dilihat semakin merebak ke serata tempat.H1N1 yang sehingga kini masih belum ada penawarnya. Betapa maha dahsyat wabak ini merebak dengan hanya beberapa bulan telah meragut ribuan nyawa didunia ini. Saya tidak bercadang untuk mengulas sejarah atau pun angka-angka yang telah terkorban dalam wabak ini kerana terlalu banyak fakta-fakta yang boleh dibaca di internet.

Cumanya, setiap perkara yang berlaku semestinya ada sebab,hikmah yang tersendiri yang perlu kita kaji teliti dan koreksi untuk kita ambil pengajaran bukan sekadar melihat semua ini dalam bentuk logik akal semata-mata. Sama-samalah kita bermuhasabah diatas apa yang berlaku ini. Kita semua merasa bimbang tentang hal ini, jika dilihat sekarang wabak ini telah merebak hampir dikebanyakan tempat sehingga memaksa sekolah,institusi pengajian tinggi dan tempat2 yang disyaki terpaksa dikosongkan. Kadang-kadang kalau saya ikutkan hati ini,terfikir elok juga kiranya benda ni terjadi ditempat-tempat maksiat,disko,pusat-pusat judi.Barulah manusia hendak menjauhi tempat2 seumpama ini.

Mungkin kita telah mengambil langkah pencegahan dan sebagainya.Ya itulah yang seharusnya kita lakukan sebagai usaha tetapi dalam masa yang sama seharusnya kita melihat ini semua sebagai satu amaran dari Allah s.w.t kepada kita. Masakan seorang ayah sanggup melihat anaknya “tidur mati” dikala api sedang marak menjilat rumah. Sungguh Allah dengan sifatNya Yang Maha Penyayang lebih dari itu. Mungkinkah kita sebenarnya telah melakukan banyak dosa,maksiat yang mengundang kemarahan Allah s.w.t. Persolannya, adakah kita meyedari perkara tersebut? atau langsung kita tidak merasa apa-apa mungkin sebab kita terlepas dari tempias wabak ini. Saya teringat kata-kata seorang ustaz yang menerangkan betapa cantiknya islam yang mengajar kita untuk menutup mulut jika bersin,tu pun langkah pencegahan dari tersebarnya virus H1N1 ni. Mungkin kurangnya jumlah orang yang terpaksa memakai “topeng” jika islam itu dipraktikkan secara syumul.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.

Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

“Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil).”
(HR: Ibnu Majah)


Semoga Allah mengurniakan kepada kita kefahaman islam dan memberikan kita kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup serta menjauhi kita dari segala ujian yang berat seperti umat-umat terdahulu dari kita.

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman. :: SURAH ADZ-DZAARIYAT-AYAT 55 ::

Wednesday, July 22, 2009

Catatan pesakit

Alhamdulillah dengan sedikit ujian kesakitan yang di ujikan kepada saya. Bukanlah bermaksud untuk mengatakan hebatnya saya,alimnya saya,bagusnya saya tapi itulah hasrat dan cita-cita saya. Kadang-kadang bila terlalu lalai bermain dipadang yang panas terik,sesekali emak memanggil menyuruh pulang kerumah,mungkin juga kadang2 terkena satu dua rotan menghinggap ke punggung.

Sungguh Allah lebih lagi sifatNya Yang Maha Pengasih terhadap hambaNya,tetapi saya yang berkali-kali lupa dan lalai gagal mengesan “belaian” tersebut. Penyakit yang datang bertimpa-timpa membuatkan saya mengeluh tetapi mujurlah ada teman yang membantu. 2 hari saya mendapat cuti sakit dan sehingga kesaat ini suhu badan saya masih lagi tak normal tapi kena tahan. Saya jadi kuat sebab ada lagi sahabat2 saya yang lebih teruk kena demam.Manjanya diri bukan? Belum diuji dengan sesuatu yang lebih hebat sudah mulai hendak tersungkur.Sekali lagi maafkan hambaMu yang jahil ini.


Ceriakanlah dirimu dihadapan manusia demi Islam,menangislah engkau dihadapan Allah s.w.t didalam kesunyian- Saiful islam.com

RAHMAT UJIAN

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu

Salam ukhuwwah fillah.........

Friday, July 17, 2009

"Diri ini"



Diri ini terbentuk dari setitis air yang hina,
terpilih dikalangan berjuta.

Diri ini lahir ke dunia,
tanpa tahu menulis dan membaca.

Diri ini lalu menjadi seorang anak
buat kedua ibu bapanya.

Diri ini punya tanggungjawab ,
mahupun adik atau pun abang.

Diri ini menuntut ilmu untuk agama dan bangsa ,
digelar mahasiswa.

Diri ini adalah sahabat,
cermin buat rakan disekelilingnya.

Diri ini adalah rakyat,
yang mahukan kegemilangan negaranya.

Diri ini adalah bakal suami,
menyayangi dan mencintai bakal isterinya.

Diri ini adalah bakal cikgu,
mendidik generasi seterusnya.

Diri ini bakal kembali kepadaNya ,
dihisab dan bertemu penciptaNya
.


MENGEMIS KASIH

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Thursday, July 9, 2009

.......undefined



Bismillah…
“Futur” rasanya ingin memulakan bicara tentang kekalutan menghadapi kehidupan sejak akhir-akhir ini.
Bimbang rasanya hati ini bila tarbiyah tidak mampu menyerap dan meresap untuk membawa anjakan dalam diri.
Bebanan tugas pastinya mengheret kepada seribu satu pengorbanan samada masa tidur dan masa-masa yang lain.
Semoga Allah s.w.t menguatkan kita semua untuk terus istiqamah diatas jalanNya.