MENGUBAT HATI ITU DENGAN KEMBALI KEPADA ALLAH. BERTAUBAT, ISTIGHFAR DAN MEMBUAT KEBAIKAN
Wednesday, January 13, 2010
BAIKKAN ALLAH?
Sebenarnya Allah menurunkan ujian kepada hambaNya yang berdosa kerana ingin mengkafarahkan & menghapuskan dosa-dosanya.
Orang yang baik-baik juga tidak terkecuali menerima ujian hidup dari Allah kerana Allah nak bagi pahala & mengangkat darjatnya..
Subhanallah,Baiknya Allah!!!!!
Tuesday, January 12, 2010
Perhentian yang pasti
“Fiz,kak na dah xde”,itulah sms ringkas yang aku terima sebaik sahaja pulang dari masjid menunaikan subuh pada pagi tadi. Hati seperti tidak percaya apabila mendapat tahu berita tersebut.
Kak Na adalah sepupuku seorang mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Namun pengajian di universitI tidak dapat diteruskan & terpaksa ditangguhkan apabila Allah telah mentakdirkannya mendapat kanser jika tidak salah dipanggil kanser tulang. Bengkak kecil yang disangka biasa akhirnya menjadi luar biasa apabila ianya semakin membesar dan akhirnya doktor mengesahkan kanser tersebut sudah berada ditahap kritikal.
Sudah beberapa tahun arwah terpaksa menangguhkan pengajian di UKM kerana menjalani rawatan kemoterapi dan sebagainya. Arwah seorang yang sangat kuat & tabah kerana tidak pernah menunjukkan kebimbangan dan keresahan pada wajahnya. Biarpun rambut gugur & tubuh semakin kering ,namun tidak pernah terlihat setitis air mata pun yang keluar mengalir dipipinya. Mungkin kerana faham nilai erti tarbiyah & ujian dari Allah semasa bergiat aktif dalam medan dakwah di UKM dulu.
Akhirnya dalam umurnya 24,arwah pergi dalam keadaan yang sungguh tenang, seingat saya semasa pertemuan kali terakhir kami sekeluarga melawat arwah semasa cuti lalu,arwah tetap ceria. Walaupun kuman kanser tersebut telah merebak ke peparu, namun arwah masih menggagahkan diri berjalan dengan tongkat yang disediakan.
Petang semalam,arwah mengadu meminta tolong kerana tidak tahan dengan sakit kuat dikepala. Arwah dibawa ke hospital dengan ambulan apabila keadaan semakin kritikal & tidak dapat bernafas. Sebaik xtray doctor telah mengesahkan kuman tersebut telah merebak ke bahagian otak,terlalu banyak kuman yang mengjangkiti kepala arwah. Allah merancangn segala-galanya apabila arwah meninggal jam 5 pagi tadi & selamat dikebumikan pada lebih kurang jam 11.
Mungkin itulah jalan terbaik yang Allah telah tentukan,saya menulis untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang semangat dan kecekalan arwah yang sebelum ini untuk terus bertahan,melawan meneruskan hidup walau harapan agak pudar. Sepanjang dihospital dikiri kanan ,arwah menyaksikan mereka yang senasib dengan arwah pergi menghadap Ilahi, dan arwah sendiri pernah memberitahu yang kalau ikutkan penyakit sepertinya sudah ramai yang pergi dulu.
Saya berdoa kepada Allah,semoga semangat yang ada pada arwah terus mengalir ke dalam diri saya yang masih mempunyai kudrat dan tenaga.
Kematian adalah pasti & yang paling menakutkan kematian semakin menghampiri kita untuk membawa diri kita ke perhentian yang pasti. Ya Allah,kepadaMu kami memohon petunjuk,pertolongan & keselamatan didunia & akhirat.
Al Fatihah...
Tuesday, January 5, 2010
FLIXBOROUGH
Untuk posting kali ini,sengaja penulis mencari kelainan untuk berkongsi tentang apa yang akan dipresent esok,agar ilmu dan pengetahuan tidak hilang begitu sahaja,maka penulis mengambil keputusan untuk menyimpan di blog ini.
InsyaAllah esok penulis akan present untuk subjek BKB3533 OSH IN CHEMICAL & BIOTECHNOLOGY INDUSTRIES bertajuk FLIXBOROUGH DISASTER,jom sama2 baca artikel yang dicopy dari wikipedia ni.
BERMULANYA KEJADIAN...
The Flixborough disaster was an explosion at a chemical plant close to the village of Flixborough (near Scunthorpe), Humberside (now North Lincolnshire), England, on 1 June 1974. It killed 28 people and seriously injured 36.
The chemical plant, owned by Nypro (UK) (a joint venture between Dutch State Mines and the British National Coal Board), and in operation since 1967, produced caprolactam, a precursor chemical used in the manufacture of nylon. Residents of the village of Flixborough were not keen to have such a large industrial development so close to their homes and had expressed concern when the plant was first proposed.
The process involved oxidation of cyclohexane with air in a series of six reactors to produce a mixture of cyclohexanol and cyclohexanone. Two months prior to the explosion, a crack was discovered in the number 5 reactor. It was decided to install a temporary 50 cm (20 inch) diameter pipe to bypass the leaking reactor to allow continued operation of the plant while repairs were made.
At 16:53 on Saturday 1 June 1974, the temporary bypass pipe (containing cyclohexane at 150°C (302°F) and 1 MPa (10 Bar)) ruptured, possibly as a result of a fire on a nearby 8 inch (20 cm) pipe which had been burning for nearly an hour. Within a minute, about 40 tonnes of the plant's 400 tonne store of cyclohexane leaked from the pipe and formed a vapour cloud 100–200 metres (320-650 feet) in diameter. The cloud, on coming in contact with an ignition(alat pencucuh) source (probably a furnace at a nearby hydrogen production plant) exploded, completely destroying the plant. Around 1,800 buildings within a mile radius of the site were damaged.
KESAN-KESAN KEJADIAN


Kuasa Allah mengatasi segalanya..mampukah kita menahannya??? Banyak sudah kejadian-kejadian yang berlaku disekeliling kita, sejauh manakah kita meletakkan pergantungan kepada Allah swt semata-mata atau menggunakan akal fikiran sendiri untuk melaksanakan undang-undang & peraturan??
Sunday, January 3, 2010
MEMUJUK HATI: Sebenarnya Allah sayangkan kita
Ya Allah bukakanlah pintu hati hambaMu ini agar dapat melihat kebesaran,keagungan dan kasih sayangMu..AMIN
Thursday, December 17, 2009
CINTA ILAHI

CINTA ILAHI
Tuhanku
betapa aku sedari
nikmat yang Kau beri
tapi mengapa aku curangi
kerna nafsu raja dihati
Enak mulut tutur bicara
kalimah syahadah sebagai pembela
tapi mengapa laku tak seindah kata
sering tersasar bagai tiada berugama
dunia ini bagai “ana yang punya”
Tuhanku…
Aku kotor
bergelumang nafsu serakah
Aku ini hina
lebih dari si capik yang meminta-minta
Aku ini buta
walau celik bisa membezakan
Aku ini angkuh
membiarkan hidayahMu berlalu
Aku ini nanah hanyir yang membusuk
Aku ini pengecut
membisu tatkala islam di hina
Tuhanku
Ampunkan aku, ampunkan aku, ampunkan aku
Menanggung dosa ku tak mampu
Memandang wajahMu aku malu
Mengenang syurga aku pilu
Menjengah neraka di situkah aku???...
Tidak Tuhanku! Tidak!!!!
Berkatalah wahai lisan
Bertasbihlah wahai dua bibir
Bertasdiqlah wahai hati
Bersaksilah duhai dua mata
Dengarkanlah si dua telinga
Ucapkanlah
Benar KAU itu yang SATU
Ucapkanlah
“Ashadu Al laa Ilaa ha Illa Allah, Wa Ashadu Anna Muhammadan Rasulullah”
Ucapkanlah
Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku, Matiku…….
hanya kerna
ALLAH!
JannatulFirdausi09
1 Muharram 1431H
SALAM MAAL HIJRAH 1431
KELEBIHAN SOLAT BERJAMAAH
Solat berjamaah sangat tinggi nilainya disisi Allah dan sangat banyak kesannya kepada penghayatan agama islam. Pahala solat berjamaah melebihi pahala solat seorang diri sebanyak 27 kali ganda. Terdapat banyak lagi pahala solat berjamaah yang tidak terdapat pada solat bersendirian. Antaranya ialah:
| BIL | SOLAT BERJAMAAH | SOLAT SENDIRIAN |
| 1 | Menyahut panggilan azan | Tidak peduli panggilan Allah |
| 2 | Solat di awal waktu | Solat lewat biasanya |
| 3 | Berjalan ke masjid menambahkan pahala dan gugurkan dosa | Bermain,berbual,tidur dan lain-lain |
| 4 | Memasuki masjid dengan berselawat,berdoa dan salam | Masuk kedai atau padang bola |
| 5 | Solat Tahiyyat masjid dan salam kepada hadirin | Tahiyyat TV |
| 6 | Menunggu berjamaah | Menunggu TV |
| 7 | Mendapat doa rahmat dan keampunan para malaikat | Mendapat sokongan syaitan |
| 8 | Mendapat penyaksian para malaikat,manusia dan binatang | Berhibur bersama syaitan |
| 9 | Menjawab iqamah dan doa maqbul antara azan dan iqamah | Tak jawab Iqamah |
| 10 | Selamat dari syaitan yang lari bertempiaran ketika iqamat | Syaitan semakin dekat |
| 11 | Berdiri menunggu ihram imam | Tiada imam |
| 12 | Mendapatkan takbir bersama imam | Takbir sendirian |
| 13 | Membetulkan saf | Tiada saf |
| 14 | Memenuhkan saf | Saf dipenuhi syaitan |
| 15 | Menjawab ucapan imam samiAllahuliman hamidah | Tak jawab imam |
| 16 | Terselamat dari kelalaian | Sentiasa terlupa |
| 17 | Mengingatkan imam bila terlupa | Tiada siapa yang tegur bila lupa |
| 18 | Mendatangkan khusyu’ dan kelalaian ditampung bersama | Kurang khusyu’ |
| 19 | Terselamat dari perkara yang melalaikan | Banyak lalai |
| 20 | Mengelokkan penampilan: mandi dan pakaian | Tak mandi dan berpakaian biasa |
| 21 | Solat bersama malaikat,ahli masjid dan orang alim | Solat bersama syaitan |
| 22 | Malaikat menghamparkan sayapnya | Syaitan merenjis racunnya |
| 23 | Melatih bacaan yang betul | Tidak membaca dengan betul |
| 24 | Mempelajari rukun dan sunat | Tak belajar solat |
| 25 | Melahirkan syiar islam | Meruntuhkan syiar islam |
| 26 | Mengecewakan syaitan dengan perhimpunan ibadat | Mengembirakan syaitan |
| 27 | Bekerjsama melakukan ketaatan | Menggalakkan maksiat |
| 28 | Mencergaskan orang yang malas | Bertambah malas |
| 29 | Terselamat dari sifat munafiq | Sifat munafiq semakin subur |
| 30 | Terselamat dari tomahan meningggalkan solat | Terkadang tertinggal solat |
| 31 | Jawab salam imam,beri salam kepada rakan & malaikat | Salam tidak dijawab |
| 32 | Berdoa dan berzikir berjamaah bersama imam yang faham | Malas berdoa dan tak faham doa |
| 33 | Mendapat keberkatan orang yang lebih alim dan khusyu’ | Tiada keberkatan hidup |
| 34 | Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama islam | Memecahbelahkan masyarakat |
| 35 | Mengambil berat tentang waktu solat | Tidak peduli waktu dan ibadat |
| 36 | Diam dan memerhatikan bacaan imam | Tidak perhati bacaan sendiri |
| 37 | Menyebut amin bersama imam dan para malaikat | Malaikat tidak amin bersama |
| 38 | Beri’tikaf di masjid dalam keadaan suci menerima rahmat | Serabut dan tidak tenang |
| 39 | Bersalaman dengan ahli jamaah | Tiada pahala bersalaman |
| 40 | Mengetahui perkembangan masyarakat setempat | Tertinggal maklumat setempat |
| 41 | Mempelajari agama dan mengimarahkan masjid | Jahil agama dan menghina masjid |
| 42 | Solat berjamaah adalah solat secara sunnah Nabi S.A.W | Tinggal sunnah Nabi S.A.W |
| 43 | Menambahkan iman dan amal soleh | Iman semakin berkurang |
Saturday, December 12, 2009
MELAYAN KEASYIKAN PADA SEBUAH KENANGAN
Awan berarak mendung seakan-akan hujan ingin menyembah bumi. Aku mengintai pada jendela,pohon kelapa melambai-lambai penuh kehijauan ditemani burung-burung berterbangan bebas di udara. Terpandang pada sebuah kawasan lapang didepan sebuah rumah usang. Rumah itu kini sepi kerana tiada lagi penghuni setelah kematian pak tih jiranku. Didepan itulah diwaktu kecil aku berkejaran berlari bermain bersama kawan-kawan sekampung. Masihku ingat permainan yang biasa aku panggil bola tin, nusuk, lepar selipar, baling bola, badminton dan lain-lain.
Kini kawasan itu masih lagi ada pengganti dengan permainan oleh generasi yang baru, sesekali mengintai dijendela aku terkenang saat diri berada ditempat mereka. Banyak sudah perubahan yang berlaku dikampungku. Anak-anak yang ketika kecil dulu kini telah besar seusai masa yang kian bertambah. Ramai pula generasi yang telah pergi dulu. Dari yang kecil sehinggalah yang besar.
Entahlah..asyik sungguh kadang-kadang melayan perasaan diwaktu kecil. Mandi sungai juga antara hobi yang tidak akan dilupakan. Jika ke sungai,sambil ditemani ayahku yang memukat ikan bersama abangku, kami akan mandi selepas itu. Mencari etak juga pernah menjadi kenangan yang indah,mana tidaknya aktiviti ini boleh menjadi medan untuk berhubung silaturahim dengan penduduk kampong apabila ramai yang turut serta turun kesungai. Sesekali lidi menhinggap kepunggung kerana mandi ke sungai tanpa pengetahuan ibu bapa. Ya lah kadang-kadang keluar mencari ikan dilopak-lopak sawah selepas penuaian padi,lepas tu mandi disungai. Walau pun bawa pulang ikan,aku turut dipukul dengan lidi mana tidaknya membiarkan ibu bapa kerisauan dirumah keluar sehari suntuk tanpa meminta kebenaran,balik-balik basah kuyup pakaian...hehe
JAL BESAR,ada yang bertanya kenapa JAL BESAR aku sendiri tidak pasti tapi penduduk kampong menyebut JAL tu kadang-kadang merujuk kepada sungai yang berada dikampung ni. Sungai itu juga menjadi saksi yang kian meragut nyawaku dalam peristiwa lemas beberapa tahun yang lalu, ya bila terkenang kematian memang kadang-kadang aku terkenang peristiwa tu. Tapi mujurlah pada waktu aku lemas ada sampan yang kebetulan datang kearah ku. Allah masih memberi peluang kepadaku. Tapi sungai itu juga pernah meragut dua nyawa beberapa tahun dulu. Yang mangsa kedua itu lemas waktu banjir sehingga menjadi liputan luas media cetak dan elektronik. Ratusan manusia memenuhi kawasan sungai untuk melihat operasi menyelamat mencari mangsa. Kebetulan waktu itu musim cuti sekolah. Arwah seingat saya baru darjah 3 kalau tak silap.
Banyak kenangan jika hendak diceritakan,ada yang mengatakan kenangan hanya untuk dikenang bukan untuk diingati.boleh terima ke?? Terpulanglah pada masing-masing untuk memberi jawapannya. Sekarang masa sudah terlalu cepat berlalu,tidak mungkin semua itu akan kembali,yang pergi tetap pergi. Kita tidak mungkin boleh berfantasi seperti doraemon yang sentiasa boleh mengembalikan masa lampau jika itu kehendak nobita. Saya menulis sekadar mengisi masa yang ada. Sekarang kita semua telah besar bermakna tanggungjawab juga samakin besar. Kita adalah KHALIFAH yang dicipta dan segala apa yang dilakukan akan dipertanggungjawab dihadapan Allah swt nanti. Wallahua’alam.
buat diriku yang masih mencari...