Saturday, March 13, 2010

KASIH SAYANG ALLAH YANG TERHIJAB


Ya Allah!!

Beratnya terasa berada disisi dunia

Yang penuh dengan tipu daya

Aku yang sentiasa terpesona

Lalu tersimpang entah ke mana


Ya Allah

Kasih sayangMu menggunung tinggi

Tiada pernah melupakan hambaMu ini

Walau diri sentiasa alpa dan lalai

Engkau sentiasa memanggilku kembali


Ya Allah

Andai Rasulullah disisi

Ingin aku meluah isi hati

Ingin aku bertanya itu ini

Ingin aku pergi dari dunia ini

Bersama Rasulullah yang dikasihi


Ya Allah

hambaMu kini kembali lagi

kepadaMu Allah Ya Rabbi

Menyesali kesalahan diri

Yang tiada pernah bertepi…


Ya Allah

Terimalah hambaMu ini…

Allah tidak pernah meninggalkan kita, kasih sayang Allah terlalu tinggi, tapi kita lah manusia yang sentiasa terhijab dari mengenal erti kasih sayang tersebut. Dunia oh dunia, ramai yang terpesona, pautannya sangat istimewa, wanita, kekayaan, kemahsyuran, pujian, penghargaan..itulah yang syaitan sentiasa bisikkan kepada kita. Ruginya diri kita bila kembali kepada Allah nanti, segala-galanya terbuka, melihat rahsia demi rahsia yang selama ini terhijab kerana kesilapan kita, waktu itu tiada lagi erti kerana disitu perhentiaan yang pasti dan abadi…………

=PERINGATAN BUAT DIRI YANG MASIH MENCARI=

Tuesday, March 9, 2010

TIKA MENDUNG DI SENJA KALA

Salam wbt..artikel ini saya petik dari blog http://hazmidibok.blogspot.com/2009/08/tika-mendung-di-senja-kala.html.Berkali-kali saya membacanya,ringkas tetapi penuh dengan makna jika dihayati.







Catatan Santai Di Senja Kala 11.8.2009

Hujan yang turun sepetang ini, bermula seusai detik menunggu asar, mengundang mendung hingga ke senja. Memang semenjak dulu lagi, suasana mendung di kala senja hampir menjengah, sering saja menjentik rasa damai dan syahdu dalam diriku.

Sejak dulu lagi… ketika mengintai di tabir asrama Ihsan (sekolahku), mendung di senja kala mengundang semacam satu rasa.. bisa sahaja menghanyutkan gelora jiwa remaja yang sering berfantasi, berimaginasi… Alhamdulillah, gelora ketika itu beradun tiupan bayu dakwah islamiyah!

Sejak dulu lagi… ketika bermenung di bumbung Masjid Negeri (diploma tahfiz) melepas lelah, sesudah lenguh mengulang hafal mutiara bait-bait Al-Qur’an, mendung di senja kala mengundang satu rasa… tenang… Alhamdulillah, damai bercampur lesu itu beradun khibrah (pengalaman) memperkasa jiwa…

Demikianlah, sejak dulu lagi… ketika bersendirian di musim sejuk, sesekali menikmati mendung senja kala di celahan debu-debu Kaherah (Mesir), bumi ilmu dan perjuangan. Terasa indah, nyaman.. Alhamdulillah, keindahan itu berbaur nafas perjuangan.. Usrah, muzakarah berkelompok, serambi, madrasah, ijtimak nuqabak, kolokium fikir, mukhayyan, kuliah talaqqi dan segala-galanya itu adalah memori yang sangat indah dan terpahat di hati… Tanpa kenangan sesingkat 3 tahun itu, entah bagaimana aku di hari ini…

Alhamdulillah, kedamaian dan kesyahduan itu kembali menyentuh lagi ulu hatiku, di kala senja 11 Ogos ini.. ketika bersiap mengulangkaji kitab untuk kuliah maghrib di bilik pejabat… langit itu mendung lagi… rasa damai itu menarik ingatanku kepada adik-adik alumni Sahabat Masjid yang telah meninggalkan bumi UMP. Kenangan bersama menggerakkan usaha dakwah di kampus UMP tersingkap satu demi satu… Habis bukit di daki, ombak diharungi, sungai direnangi, pulau ditakluki untuk membina kekuatan jiwa dan penghayatan nilai buat warga UMP khususnya siswa/i. Ada kenangan yang indah, manis, sedih, luka, lucu dan pelbagai..

Agar tidak semakin jauh, hati ini hanyut dengan memori silam itu.. ku utuskan sms buat kalian. Maaf jika tidak termesej pada semuanya lantaran memori simpanan telefon yang sangat terhad. Di sini kupaparkan sms tersebut – “SESEKALI MENDUNG DI SENJA KALA, KENANGAN MANIS BERSAMA MENJENGAH TIBA, MOGA KALIAN SUKSES WALAU DI MANA”

Ada yang telah beristeri, ada yang telah bersuami, ada yang telah berkerjaya, ada yang masih mencari kerja… pesanku hanya satu.. JANGAN DILUPA PADA SEGALA KENANGAN KETIKA BERSAMA! LANTARAN BERSAMANYA ADA KEWAJIPAN DAN TANGGUNGJAWAB YANG MESTI DILAKSANA…. Semoga Allah memelihara kalian..

Ya Allah,semoga kami tidak lupa dengan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan

Friday, March 5, 2010

Munajat Seorang Hamba


Munajat Seorang Hamba

Album : Cahya Ilahi
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh Tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yang ku lakukan

Ampunan Mu Tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu Tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada Mu

Tempat hamba kembali nanti di sana

Thursday, March 4, 2010

...............????????

Bila kita jauh dari Allah
Kita akan cepat mengalah
Kerana Allah sumber kekuatan
Memberi ketika kita memerlukan


Wednesday, March 3, 2010

Catatan di kala senja buatmu teman




Tika senja menjelang tiba

Muhasabah aku seketika

Bait ini aku tujukan buatmu teman

Sebagai tanda kita pernah bersama

Melayari bahtera perjuangan

Di medan dakwah yang penuh gelora…


Temanku

Aku bersyukur kepada Dia

Kerana menghadirkan kalian didalam hidupku

Kalian umpama adik

Berupa juga abang

Memberi tika memerlukan

Menghiburkan tika ku kesunyian

Menunjuk tika ku kesesatan


Temanku

Tanpa disedari

Masa terus berlalu

Meninggalkan kita

Meninggalkan kenangan yang indah


Saat ini..

Tika kita pernah bersama

Hari-hari yang dilalui terasa bagaikan bermakna

Seakan-akan menghitung detik-detik perpisahan


Sahabatku

Andai suatu hari aku yang pergi dulu

Sudilah kiranya engkau mendoakan aku

Biarlah ikatan kita tetap utuh

Penuh kukuh dalam doa rabitah

Biar jasad kita berpisah didunia

Tetapi roh kita tetap bersatu..


Temanku..

Diriku dan dirimu

perlu bersedia mengumpul bekal

Mengambil peluang & ruang

memasak tujuan & keyakinan

Tika kita bersama

Supaya nanti bila keseorangan

Kita tidak kesesatan

Tiada arah tujuan….


P/S: Buat sahabat2 dimedan perjuangan, maafkan aku kerana gagal menjadi sahabat yang terbaik buat kalian, pesan buat bersama,ambillah peluang dan ruang tika kita bersama, biar dalam suka kita membuah ukhuwwah, dalam marah kita membuah ibrah (pengajaran), dalam duka kita memantapkan tarbiyah. Semoga kita bergembira bersama, tika menatap kekasih agung untuk menyampaikan bahawa kita adalah penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.

Ya Allah,walaupuan jasad kami berjauhan antara satu sama lain,ikatkanlah hati kami dengan ikatan roh ukhuwwah islamiyah..


Friday, February 26, 2010

Ya Rasulullah! Hari lahirmu hari ini

Catatan buat diriku yang lupa..

Detik 12 Rabiulawal menjelang hari ini, Rasulullah! Hari lahirmu hari ini,itulah ungkapan yang tiba-tiba terdetik dihatiku. Sedihnya rasa,rindunya rasa. Perasaan bercampur baur. Sedih juga kerana rupa-rupanya ada hari-hari yang berlalu tanpa mengingati Rasulullah walau lidah sering berselawat didalam solat. Bila hari ini tiba,bila banyak ungkapan “Rasulullah” disebut-sebut berulang kali. Barulah terasa sebenarnya diri ini sangat jauh dengan Rasulullah,dengan sunnah baginda. Malunya nak minta syafaat dengan Rasullah s.a.w….Allahuakbar!!!!


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah

Tahun 10 Hijriyang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.


Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.


Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.


Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

WASIAT RASULULLAH S.A.W.


“Telah bersabda Rasullah s.a.w. Jibrail sentiasa mengharap-harapkan akan menjadi manusia kerana tujuh perkara iaitu, sembahyang yang lima berimam, duduk bersama ulamak-ulamak, menziarah orang sakit, menghantar jenazah, memberi air minum, mendamaikan diantara dua orang bermusuh-musuhan dan memuliakan jiran serta anak-anak yatim. Maka bersungguh-sungguhlah engkau diatas perkara tersebut”.


Telah bersabda Rasullah s.a.w. beramallah engkau dengan lurus hati kerana Allah. Bahawasanya Allah Ta’ala tidak akan menerima melainkan orang yang lurus hatinya. Allah Ta’ala telah berfirman yang bermaksud;

“Barang siapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhanya maka hendaklah

Dia beramal yang baik den janganlah mempersekutukan Tuhan dengan apa

Juga pun”.


Sumber: http://www.ashtech.com.my/DIL/start/artikel/KHUTBAH_TERAKHIR_NABI_MUHAMMAD_S.htm