Thursday, October 29, 2009

Muhasabah Ukhuwwah


Salam,saya sangat tertarik dengan cerita nih yang dicopy dari tulisan seseorang...

“Seorang dipilih untuk dijadikan bahan ukhuwwah”, lalu di torture habis-habisan untuk melihat sejauh manakah ukhuwwah antara mereka semua.
Yang lain terkedu melihat gelagat fasi yang bagaikan nak rak menghukum yang seorang ni.
Mana ukhuwwah antum semua? Terdengar seorang fasi melaungkan suara.

Masih ingatkah ini semua??

Masuk hari keempat berprogram,bila yang seorang ni kena torture ngan fasi. Dah ada ahli kumpulan yang boleh membackupnya. Boleh siap tolak fasi balik. Alhamdulillah mungkin ukhuwwah telah mantap.

Rupa-rupanya semua yang dilalui semasa program tersebut hanyalah ilusi teori yang hanya tertulis pada sekeping kertas. Teori ukhuwwah,praktikalnya semasa berdepan dengan situasi. Disitulah nilai ukhuwwah yang sebenarnya.

Saya tertanya kepada diri seandainya saya mati meninggalkan dunia ini, masihkah ada nilai ukhuwwah dimana sahabat2 lah yang akan menjadi orang pertama yang akan menziarahi saya,menolong mengebumikan saya.

Nampaknya saya perlu semakin mengkaji apakah nilai ukhuwwah yang sebenarnya. Mungkin pada pandangan kita,ukhuwwah yang mantap apabila sering kali bersama ketika makan,bermain,belajar dan lain..ya itulah antara ukhuwwah secara fizikal bukan ikatan yang diikat dengan roh.

Ikatan roh lah sebenarnya yang menyatukan hati kita walau jarak memisahkan kita. Macam mana nak makan bersama,bermain bersama kalau sudah jasad semakin berjauhan antara satu sama lain. Apakah yang akan menyatukan kita? Jawapannya ialah roh kita.

Berapa ramaikah antara kita yang sering berdoa untuk sahabatnya yang lain?

Berapa ramaikah antara kita yang menangis dalam berdoa untuk sahabatnya?

Berapa ramaikah diantara kita yang ikhlas menegur sahabatnya tanpa ada kepentingan diri?

Berapa ramaikah diantara kita yang sanggup miscall subuh jika sahabatnya tiada?

Ukhuwwah manis jika dituturkan dengan lidah tetapi menjadi tawar bila berdepan dengan praktikal. Kadang-kadang menjadi lebih pahit untuk ditelan bagi orang yang berhadapan dalam situasi masalah yang memerlukan sokongan sahabatnya.

Mungkinkah saya perlu bermuhasabah diri kembali dan berpijak dibumi yang nyata, saya bukanlah insan yang hidup pada zaman Rasulullah waktu baginda dibaling batu ada sahabat yang sanggup menjadi dinding walau diri terluka. Tika ular ingin mematuk baginda, ada sahabat yang sanggup mengorbankan diri sehingga air mata menjadi bicara.

Kesimpulannya bergantunglah pada Allah,dekatkan diri dengan Allah. Bermuhasabahlah diri selalu...


Saya sendiri pun masih gagal menilai erti ukhuwwah yang sebenar!!

Tuesday, October 27, 2009

segalanya MilikMu



Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuantan
Oh Tuhan

Monday, October 26, 2009

HIKMAH hidupku

Entah apakah yang sebenarnya sedang Allah rencanakan kepada kehidupanku sejak akhir-akhir ini. Bermula dengan kemalangan yang berlaku 2 minggu lepas.Sekarang laptop ku dan kawan ku pula telah hilang. Aku mengintai apakah hikmah disebalik semua kejadian ini.

Bagaikan tiada ungkapan yang mampu ku perkatakan melainkan “ku serahkan seluruh jiwa dan raga hanya pada Allah”. Jika Allah mentakdirkan ini yang terbuat buat kehidupanku. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka. Sungguh ujian-ujian yang dilalui menjadi kaffarah yang maha besar di atas dosa-dosa yang pernah aku lakukan.

Solat hajat,taubat dan bacaan Al-Quran menjadi pengubat kepada jiwa yang resah. Ketenangan kembali kedalam diri saat dahi mampu mencecah sejadah,saat alunan bait al-quran mampu dituturkan. Bukankah kita dan semua yang ada pada kita adalah milik Allah ? CUKUPLAH untuk memberi erti apa yang ada pada kita berhak untuk Dia ambil kembali…

Ya Allah,janganlah Engkau pikulkan aku dengan bebanan yang berat yang tidak terdaya aku memikulnya.

11.45pm ISNIN (26/10/09)

Wednesday, October 21, 2009

Harapan

Ya Allah
Semakin kaki bertatih melangkah
Terasa semakin lemah dan kaku
Semakin lama diriku melangkah
Semakin jauh aku dariMu

Ya Allah
Aku kebingungan dalam keadaan
Apakah yang sebenarnya terjadi
Apakah yang harus aku lakukan
Di saat dan waktu ini

Ya Allah
Bagaikan jasad tanpa nyawa
Bagaikan jasad tanpa roh
Bagaikan terbang tanpa sayap
Bagaikan berenang tanpa air
Diri terumbang dalam pelukan ganas
Kehidupan dunia..

Ya Allah
Fitnah badai datang melanda
Menghempap diri kerana dosa
Dosa yang semakin bernoda
Aku bagaikan tiada daya
Untuk terus bertahan
Sampai bila?

Ya Allah
Sungguh ku akui
Jiwa ini terlalu rapuh
Iman ini terlalu lemah
Sekejap diatas lamanya menyepi dibawah

Ya Allah
Harapanku kini hanyalah padaMu
Terimalah aku kembali……
Berilah kekuatan kepada kami
Untuk melayar bahtera perjuangan
Agar sampai ke destinasi yang dituju
Dalam pelayaran membawa beban yang berat..


7.02am ( Khamis: 22/10/09 )


P/S:Perasan tak jika kita semakin mendekatkan diri kepada Allah, kita semakin di uji oleh Allah.kenapa?

Jawapan:
Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Surah Muhammad,47:31..dan sungguh ,kami benar2 akan menguji kamu hingga kami mengetahui orang2 yg bnr2 berjihad dan brsabar diantara kamu. Dan akan kami uji perihal kamu’

Tuesday, October 6, 2009

SAKSI MESIR



Alhamdulillah,hari ini terasa sangat terharu apabila cita-cita sahabat baik ku (dikampung) MOHD HAZIR CHE HASHIM untuk belajar di Mesir akhirnya tercapai.
Sudah sekian lama kita meniti hari yang indah,suka,duka,pahit,manis bersama dikampung pasti akan ku ingat selalu terutama saat pulang ke kampung nanti tanpamu teman.

Disini ku paparkan SMS pertama kalinya dirimu dari MESIR diblog ku untuk menjadi saksi permulaan kepada kembara diri mu mencari ilmu di sana dalam bidang Syariah selama 4 tahun. InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan bersua lagi…


Hazir : Slm pih..aku smpai dh mesir.loni dk brehat d rmh klate sblm g muhafazah lain… (1.26pm)

Aku: Wsalam..oo yo ko…alhamdulillah lah slamat sapa..pukul brapo doh sano? Sini 1.40tghhari.Berehatlah dulu (1.38pm)

Hazir: Loni 7.40pg..letih pih dk tukar naik flight..nk lepah imigresen kastam tu bkn mudoh.tp xpo cabaran..lpah ni bnyk lg cabaran (1.44pm)

Aku: Oo..gtu lah biaso dok negara ore..Em,betul lepah ni lg bnyok cabran..xpolah berehat la dulu. Eh nati tulih la gapo2 pengalame lucu2,pah2 kelik cerito kat aku..Hehe..Selamat berjuang..Smo2 doa untuk kjyan kite..moga2 nanti kito boleh jadi org2 yg brguna ntuk agama..Nati msej plak lain kali deh..Brapo sen tau tuh duit abih msj.Hehe..k2..Selamat2.mga brjaya dalam kembra di MESIR
(1.51pm)




Catatan Selasa : 6/10/09 bersamaan 16 syawal 1430H 9.17PM)

p/s: kadang-kadang diriku juga terfikir untuk mengembara kesana…bila ye?


Selamat Berjuang
Album : Teman Sejati
Munsyid : Brothers
http://liriknasyid.com


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku(sahabatku)
Semoga Alloh berkatimu (berkatimu)
Kenangan indah bersamamu (bersamamu)
Takkan kubiar dia berlalu (ooooo)
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya


Ramadhan kini telah pergi..
Kembalikan diri kepada fitrah insani..
Bukan bererti yang dimulai dibulan Ramadhan
ditinggalkan kembali..
Sama-samalah bermuhasabah diri..
Salam Dihulur, Maaf Dipinta..
"Taqabbalallahu minna wa minkum"
Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".



Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Rujukan: zaharudin.net

Tuesday, September 15, 2009

Catatan di akhir Ramadhan

6.44 pagi. Suara ayam sahut-sahut kedengaran berkokokan seakan-akan memanggil manusia bangun menunaikan solat Subuh. Suasana dikampung memang begini, sesekali kedengaran suara anak-anak ayam yang berkeliaran dihadapan rumah. Entahlah saya tidak memahami bahasa binatang seperti Nabi Sulaiman.

Hari ini 26 Ramadan, bererti Ramadhan semakin melambai untuk meninggalkan kita. Sungguh sekejap rasanya “tetamu” ini hadir. Ibarat sepetang bersamanya. Yang pasti Ramadhan datang dan pergi silih berganti setiap tahun cuma kita bila pergi pasti tidak akan kembali.

“ Jadi kita bersiap sedia awal-awal dengan persediaan sebagai bekalan di hari akhirat,
Kita berdoa supaya Allah hidupkan kita dengan iman,matikan kita dengan iman”,
pesan seorang ustaz.

Siapa mampu menjamin dirinya mati didalam keadaan beriman? Mati dalam keadaan sudah bertaubat? Mati dalam keadaan bersih dari segala dosa?

Analogi kehidupan ini di ibaratkan seperti satu perjalanan dilautan,kita adalah penumpang sebuah kapal. Kapal melabuhkan sauh berhenti disebuah pulau yang sangat indah. Kita dipesan agar mencari bekal sebanyak mungkin sepanjang dipulau tersebut kerana perjalanan selepas ini masih jauh untuk diteruskan.

Tentu sekali kita dapat bayangkan bagaimana keadaan penumpang-penumpang yang singgah dipulau itu tadi. Ada yang bersungguh-sungguh mengerah tenaga mengumpul bekalan, bimbang kalau-kalau bekalan tidak cukup. Ada yang lalai terpesona dengan keindahan dan keseronokan dipulau itu tapi masih ingat pesanan supaya mencari bekalan. Dan ada juga yang langsung terlupa untuk mengumpul bekalan kerana sangat terpaut dengan keseronokan berada dipulau tersebut.

Akhirnya,masa untuk berlabuh sudah berakhir. Kapal akan meneruskan perjalanan. Siapa untung, siapa rugi??

Dimana kita? Tepuk dada tanya iman.

Wahai diri dan sahabat-sahabatku sedarlah berapa lama sangat kita akan hidup diatas muka bumi ini. 100 tahun? 1000 tahun? Sangatlah rugi seandainya kita sanggup menggadaikan sebuah kehidupan yang kekal abadi dek kerana terpaut dan terpesona kepada keseronokan hidup yang sementara.

Ya Allah, perjalanan kehidupan disana sangatlah jauh. Banyaknya kesulitan disini. Apakah diri ini mampu bertahan dengan pautan keseronokan dunia yang terlalu banyaknya.

Ramadhan akan berlalu pergi,mampukah amalan ramadhan yang lalu menjadi titik tolak permulaan kepada bulan yang akan datang ataukah amalan akan berakhir sebaik ramadhan pergi. jika kita melakukan sesuatu amalan kerana Ramadhan maka Ramadhan akan berlalu pergi tetapi jika melakukan amalan kerana Allah,Allah akan sentiasa ada bersama kita.

7.33 am (26 Ramadhan 1430H)
Catatan ini adalah muhasabah paling utama untuk diri penulis sendiri yang terlalu banyak berdosa.