Monday, January 31, 2011

ALL IN ONE

PROGRAM: KEMBARA (KEMBALI KE MADRASAH RASULULLAH SAW)

TEMPAT: UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

TARIKH: 11 – 18 FEBRUARI 2011

11 februari 2011 – Perasmian Program Kembara di masjid UMP selepas solat jumaat.

12 februari 2011 – ‘Bakti Siswa UMP Di Perkampungan Balok Pine, Kuantan’

13 – 16 februari 2011 – ‘Putera Dan Srikandi Islam’

14 februari 2011 – Konsert Dan Pentomin. Penampilan Khas Kumpulan Nasyid In-Team Dan Azhan Atan ( Juara Akademi Nasyid 2008)

15 februari 2011 – Bicara Cinta Oleh Ustaz Pahrol Mohammad Juoi ( Novelis Terkenal)

16 februari 2011 – Pertandingan Sepanduk Dan Perarakan. Semua Fakult dan Staff Diwajibkan Menghantar Wakil.

17 februari 2011 – Wacana Institusi Kenegaraan Islam Oleh 3 Orang Panel Iaitu Ustaz Mansor Sulaiman (Pensyarah UMP), Ustaz Ahnar Opir ( Pensyarah UPSI) , Ustaz Roslan Md Isa ( Ketua Penolong Qadhi Bentong)

p/s – Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa







Sunday, January 9, 2011

---


Ya Allah!

Kudrat ini seperti tidak mampu

Tatkala dunia sungguh menipu

Nafsu pula meruntun memalu

Akhirnya aku terjerumus lesu

Ya Allah!

Aku lemah tanpa cintaMu

Aku rebah tanpa ihsanMu

Aku kecundang tanpa kudratMu

Ya Allah!

Izinkan aku menyentuh kembali

Rasa cinta yang ketika dulu bersemi

Jenuh membuah rasa manis dihati

Biar rintangan berkali-kali

Ya Allah!

Kini aku mengharap lagi

Untuk aku meneruskan sisa ini

Kembali dan terus kembali

Untuk terus mencari redhaMu

Walau sudah terpalit dosa

Yang kian menghijab hati.....

Monday, January 3, 2011

MENGEMIS KASIH


Mengemis kasih


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku

Sunday, January 2, 2011

AZAM 2011



Bermulanya detik ini, bermulanya saat ini, bermulanya tahun ini. Kehidupan akan berdepan pelbagai halangan dan cabaran. Ianya memerlukan pengorbanan jiwa,harta dan perasaan untuk kebaikan ummah. Semuanya agar dirimu lebih kuat, bersemangat, mempunyai sifat berdikari, menghargai kebaikan orang lain dan yang paling penting meletakkan pergantungan hanya pada Allah Ya Somad (Yang Maha Diminta).InsyaAllah..

ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR,ALLAHUAKBAR

Saturday, January 1, 2011


MUJAHADAH MELAWAN NAFSU


Kehendak nafsu walaupun sangat merosakkan tetapi sangat kita sukai. Apabila sesuatu itu sangat kita cintai, kita akan menjadi buta lalu kejahatan dilihat baik. Malah kita akan menjadi hamba kepada apa yang kita cintai.

Wednesday, December 22, 2010

AL-FATIHAH

17 Muharam 1432H b'smaan 23/12/2010: AL-FATIHAH buat nenekku..Gerak hatiku betul Ya Hadi,Ya Allah tempatkan roh nenekku ditempat orang2 beriman...

Monday, December 20, 2010

7 GOLONGAN

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah:



1. Pemerintah yang adil,


2. Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,


3. Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid


4. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah


5. Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!",


6. Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,



7. Orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.."



(HR Abu Daud dan Ibnu Majah)