PERJALANAN AWAL
Gambar ini diambil sewaktu perjalanan ke tempat program. Still dalam bas. Saya tidak tahan untuk mempotretkan kebesaran Allah.
PENGEMBARAAN BERMULA.....
ADVENTURE OF CREATION (ADVOC) telah diadakan pada 1-3 Mei yang lalu.Sebenarnya masih ada sebahagian lagi gambar2 yang saya tak masukkan dalam blog ni kerana ruang yang terhad tetapi ini saya kira sudah memadai.Ikutilah catatan pengembaraan ini,semoga sama2 kita beroleh manfaat darinya.InsyaAllah
Nilah kediaman kami sepanjang 3hari 2malam...
REZEKI
Alhamdulillah makanan yang disediakan sedap,Masakan kampung saya kira.
TUPAI TERBANG
DURIAN
Ini antara modul yang telah dijalankan. Sambut buah durian. Ya memang tajam duri durian tu meyebabkan tangan saya terluka,tetapi sebenarnya rahsia untuk menyambutnya jangan melawan,terima. Sebenarnya kita mampu melakukan sesuatu diluar kemampuan kita. Itu pengajaran yang saya dapat.
EXPLOPRACE
Puas mencari next klu tapi tak jugak jumpa-jumpa last2 dapat juga hint..hehe
BERAKIT
Xde gambar..semua naik rakit.so xde yang ambik gambar..Bayangkan je la ya..hehe
KULIAH SUBUH YANG BERJAYA
Inilah pertama kalinya dalam hidup saya mendengar kuliah subuh dalam air sungai yang sangat sejuk diwaktu yang dingin.Benarlah kata Ustaz Hazmi "Saya kira kuliah subuh kali sangat berjaya" diiringi gelak ketawa peserta.
KETENANGAN AIR SEMBAHYANG
Subhanallah, sekali sekala mengambil wudhuk dengan air sungai dari bukit ni betul2 memberi kelainan.
SUBHANALLAH..KEINDAHAN ALAM YANG TIDAK MAMPU DIUNGKAPKAN
Titisan-titisan air diatas daun pisang.
Ulat tapi spesies apa saya tak pasti,yang pasti ni juga makhluk ciptaan Allah yang pasti ada kelebihan kenapa ia diciptakan.
Hijau yang penuh bermakna..
Air ini terus mengalir dari atas bukit tanpa henti walaupun halangan dari batu2 disekeliling.Saya sangat ingin memiliki sifat seperti air ini.
"tengok ada kala jengking" jerit sahabat saya. Kala jengking paling besar pernah saya lihat didepan mata saya. Saya teringat kalaulah besar itu yang saya lihat sekarang,bagaimanakah kala jengking di alam kubur nanti.Terfikir saya seketika..
Tumbuhan apa ni?? Saya pun tak pasti,yang pasti ianya menarik minat saya untuk mengambil foto tumbuhan ini.
Pemandangan dari atas bukit,indahnya alam ciptaanNya.Jelas terbukti yang kita ini terlalu kerdil.
KENANGAN TERINDAH
Yang pasti setiap apa jua pengalaman yang saya lalui sepanjang pengembaraan saya didalam hidup ini banyak mengajar erti kehidupan yang sebenarnya walaupun kadang2 saya sendiri gagal menilainya.Sepanjang pengembaraan ini saya teringat satu kata2 yang telah pun saya catatkan didalam blog ini " Mencari erti dari sesuatu yang terjadi bukanlah mudah melainkan bagi mereka yang menggunakan AKAL & HATI kerana pandangan MATA seringkali menipu diri.
Saya juga teringat kata2 ustaz Hazmi didalam hidup ini boleh jadi ada detik-detik yang akan membawa perubahan yang besar kepada kita. Detik-detik itulah yang perlu dicipta,dicari,digali dan oleh kerana itulah saya menyertai perkemahan ini kerana saya terlalu ingin mengenal SIAPA PENCIPTA SAYA.. Saya terlalu banyak dosa dan dosa2 itulah yang menghijab diri saya dari mengenal siapa Pencipta yang sebenarnya. Semoga pengembaraan yang bermanfaat ini mampu untuk membuka hati saya dan sahabat sekalian untuk lebih mengenal PENCIPTA ALAM INI.
No comments:
Post a Comment