Monday, June 22, 2009

MUTIARA ISNIN

Al-Ahnaf Ibn Qais berkata: “(Yang dinamakan) maruah ialah engkau tidak melakukan semasa bersendirian sesuatu (perkara) yang engkau malu (melakukannya) dihadapan khalayak”

Seorang failasuf (ahli falsafah) ditanya, “dengan apa seseorang itu patut membalas kejahatan musuhnya?” Beliau menjawab. “Dengan memperbaiki dirinya sendiri.”

Seorang failasuf yang lain ditanya, “apakah makna sifat pemurah?” Beliau menjawab. “Bersedekah dengan harta kamu dan menjauhkan diri kamu daripada harta orang lain.”

Seorang lagi failasuf ditanya, “Bagaimana saya boleh mengenali sahabat saya yang ikhlas?” Beliau menjawab, “Jangan diberi (sesuatu) kepadanya dan mintalah (sesuatu) daripadanya. Jika dia memberikanmu (apa yang kamu minta),maka itulah dia (sahabat yang ikhlas).Jika dia tidak memberikanmu (apa yang engkau minta),maka hanya Allah lah tempat memohon pertolongan.

No comments: