Oh Palestin menangis lagi..
Episod duka Palestin mencengkam leluhur daging umat ini
Duka nestapa,teriak dan tangis hanya itu mampu diberi
Kita terleka,Israel mengejutkan kita
Kita pun tersedar, namun tidak mampu berbuat apa-apa
Disaat daging-daging umat islam kian diratah
Disaat wanita diperkosa,anak-anak tidak berdosa dibunuh
Kita hanya menyaksi sebagai bicara
Jika berbicara ibarat tanpa suara
Ya Allah
Buih-buih dilautan seperti di sabda
Kini disaksi didepan mata
Apakah air mata dan doa
Itukah pengubat luka?
Ya Allah
Saat aku terlena dibuai mimpi
Mereka menangis tiada henti
Darah mengalir ditanah air sendiri
akhirnya mati menjadi pasti
Ya Allah
Aku insan berdosa
Aku yang terleka
Membiarkan umat menderita
Disaat manusia berperang dengan masalah umat
Aku juga yang sering tewas pada diri sendiri…
2 comments:
Seorang kenalan berkata:
Kita hanya buka mata, bila ada orang "diserang dan dibunuh". Islam kita adalah bermusim. Kita lebih berminat dengan kemusnahan, instead of pembangunan. Mungkin agaknya kerana itu, Allah tak henti-henti mengurniakan kita dengan penindasan. Kerana agaknya hanya dengan ada dan berlakunya penindasan, kita jadi prihatin?
Bila diserang Mavi Marmara
Yang tidur mula terjaga
Yang pejam membuka mata
Yang diam lantang bersuara
Yang sejuk terus membara
Yang bara terus menyala
Yang baring harus bangkit
Yang bisik terus jerit
Moga jaga tidak ngantuk
Moga mata tidak tutup
Moga suara tidak serak
Moga bara tidak abu
Moga nyala tidak malap
Moga bangkit tidak lenguh
Moga jerit tidak perit
Tatkala Mavi Marmara luput dari ingatan.
Dan anak-anak Malaysia ketagihan hiburan.
Dan anak-anak Gaza menderita kelaparan.
Akan tetap ku perjuangkan, biarpun bersendirian.
Mohd Syamirulah Rahim, 1 Jun 2010.
Blognya: http://leokid.wordpress.com/
terima kasih atas perkongsian.. islam bermusim..
Post a Comment