Terbaring kaku DIA didalam keranda
Di depan khalayak semua
Sunyinya Dia tanpa suara
Akhirnya berlalu di usung ke pusara
Pada sebuah perjalanan
Kita titipkan sebuah harapan
Menggarap segala keupayaan
Moga nanti bertemu kebahagiaan
Teruskan berjuang walau terbuang
Teruskan melangkah jangan menoleh
Teruskan bangkit biarpun sakit
Teruskan larian walau dirimu sendirian
Ketika kita lena di ulit mimpi
Mereka berjaga sepanjang hari
Ketika kita leka di ulit kesenangan
Mereka menderita kesakitan
Ketika perut kita kekenyangan
Mereka sengsara kelaparan
Ketika kita lalai dengan hiburan
Mereka menangis meratapi kematian
Itulah kita & itulah mereka
Saudara-saudara kita
Bangkitlah diriku & sahabat2ku
Sampai bila kita ingin berada dalam kelalaian,kelekaan?
Kemenangan itu Allah yang tentukan
Macam mana nak dapat kemenangan kalau kita jauh dari Allah?
Seketika mendung di kala senja
Menjentik syahdu didalam dada
Kerinduan kepada teman-teman yang jauh dimata
Taklifan yang membezakan kita
Semoga sukses walau dimana
Kalian tetap dalam ingatan sampai bila-bila
Ampun maaf dipinta
Ukhuwwah fillah Abadan-abada.
Bila rindu datang bertamu
Ku alun namamu didalam doaku
Walau jauh tidak bertemu
Di hati kita tetap bersatu
Ukhuwwah itu indah jika semua kerana Allah
Bersama ketika senang dan susah
Ya Allah tautkanlah hati kami penuh kukuh
Dalam setangkai doa rabitah
Ketika dahi mencecah sejadah
Aku mulai resah
Mengingati hati yang kian punah
Dosa yang kian hanyir dan bernanah
Masihkah ada untukku arah
Mengubat hati yang kian parah
Ya Allah detik untuk kembali semakin tiba
Kampong asalku bakal menjelma
Sedang aku masih seperti sediakala
Tiada apa yang berbeza
Ya Qawiy berikan secebis kekuatan
Untukku melakukan perubahan
Mencari arah tujuan sementara masih diberi kesempatan
Ya Allah kurniakan kami hati yang sejahtera
Seperti Ibrahim yang Engkau cintai
Hati yang sejahtera duniawi dan ukhrawi
Kasihku, maafkan daku kerana curang dalam mencintaiMu. Engkau memberi aku mendustai. Seringkali aku mungkiri janji yang ku lafazkan saban waktu. Galak tutur lidah menutur bicara Engkaulah yang pertama sehingga ke akhirnya tetapi sering berdusta ketika diriMu ku lupa.Semuanya terhijab dek kerana nafsu dan cinta dunia yang membuah dosa. Padahal cintaMu tetap setia ketika aku semakin berdusta.Allahuakbar!
Kadang-kadang kita lebih suka menyalahi dari memahami, menghentam dari memberi penyelesaian, memarahi dari menjelaskan. Dimana sikap kasih dan sayang sesame insan. Jadi tidak hairan jika manusia lari dari ISLAM ketika kita galak melakukan dakwah.
Buat mereka yang sentiasa berdosa, yang sering berputus asa, yang sering merasa harapan hanya sia-sia, yang sering merasa kehidupan tiada bermakna, yang merasa diri tidak pernah sempurna, yang merasa tiada arah hidup didunia…SEKETIKA.. bukalah mata,terjunlah ke lubuk hatimu yang suci. pandanglah langit tegak tinggi tanpa tiang,lihatlah bumi jauh terhampar luas. Mengapa harus kecewa dan menanggung derita?merasa harus merasa gelisah dan susah?mengapa harus bersedih dan takut? Kita tetap ada Allah, Dia begitu hampir dengan kita. Lebih dekat dari urat leher sendiri. Tadahlah tangan,mohonlah dengan penuh kehinaan,tangislah dengan penuh kehambaan. DIA TETAP SETIA DENGAN CINTA KEPADA HAMBANYA SELAGI KITA IKHLAS UNTUK KEMBALI KEPADANYA.
Buat mereka yang memiliki sekeping hati, terjunlah ke lubuk hatimu yang suci,lihatlah dengan pandangan mata hati, setiap sesuatu perkara yang terjadi. Agar kita semakin mengerti akan tujuan hidup dan mati sebelum mata tertutup rapi. Diketika tiada memberi apa-apa erti. Ya Allah bukakannlah pintu mata hati kami.
Ketika kita merasa dunia ini gelap gelita, ketika kita merasa resah gelisah didada, ketika kita merasa harapan hanya sia-sia,ketika kita merasa sangat-sangat berputus asa maka sedarilah ketika itu Allah sedang berbicara dengan kita, sedang memanggil kita, sedang menanti kita untuk kembali bertaubat kepadaNya. Masakan Allah Ya Rahim sanggup membiarkan hambaNya terkapai keseorangan. Sedangkan seorang ibu akan menegur anak-anak kecil ketika leka bermain diterik mentari kerana kasih terhadap anaknya. Inikan pula Allah Yang Maha Penyayang. Allah tidak pernah meninggalkan kita sekalipun kita sering meninggalkan Allah. Pernahkah kita merasa sesak nafas secara tiba-tiba kerana melakukan dosa?
Kita sering mengeluh kerana diuji oleh Allah swt. Sebenarnya kita terlupa ujian yang Allah berikan kerana Allah rindu untuk mendengar rintihan hambaNya dan apabila hambaNya bertaubat padaNya dengan ikhlas, Allah memaafkan hambaNya dan Allah bertambah sayang pada hambaNya. Baiknya Allah swt cuma kita tidak sedar.
Bukanlah kebodohan dan bebijaksanaan yang menjadi persoalan utama tetapi sejauh manakah usaha yang kita lakukan untuk memastikan kebodohan berpindah kepada kebijaksanaan.
Berada DIA di satu penjuru yang jauh
Istiqamahnya DIA untuk solat berjemaah
Dengan gagah dan payah DIA melangkah
Tetap setia walau tanpa kedua tangan dan kaki.
Aku juga yang sering tewas ketika masih mempunyai tangan dan kaki..
1 comment:
assalamualaikum...
mohon copy.. makanan iman yg lazat...moga tsabat di jalan NYA.. amin YA RABB...
Post a Comment