Telah lama dia pergi
Menghadap diri kepada Ilahi
Namun melupakannya tidak sama sekali
Kerana insan sepertinya sentiasa dicari
Kini masa begitu pantas sekali
Tanpa disedari
Hampir setahun sudah berlalu
Bagaimana keadaan dia agaknya
Perginya tetap pergi
Lamanya tidak didengari
Khabarnya yang semakin sepi
Jauhnya dia menanti
Dia pergi dulu dariku
Dia menemuinya dulu dariku
Dia merasainya dulu dariku
Dia terlebih dahulu berbanding aku
Doaku hanya satu
Walau dirimu sepi tanpa khabar
Ku harapkan dirimu bergembira disana
Bersama orang-orang yang dicintaiNya
Berhibur dialam sana
Didalam taman-taman syurga
Yang padanya kenikmatan abadi…
Buat dia yang telah pergi….
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment