Indahnya saat kita bersama
Suka dan duka silih berganti
Membina ukhuwwah atas dasar cinta
Mencari keredhaan Ilahi
Sedang asyik kita bercerita
Engkau rebah dipangkuan ku
Katamu itu hanya gurauan senda
Ku ketawa melihat gelagatmu
Suatu hari yang tidak disangka
Gurauanmu rupanya suatu dusta
Engkau rebah tanpa di duga
Nadimu ku rasa tiada terdaya
Rupanya engkau pergi dulu dariku
Aku tercengang dalam kebingungan
Kehilanganmu kesakitan buatku
Segala kenangan tiba terbayang diingatan
Ketika jasadmu terbaring kaku dipersemadian
Ku siram air mawar menyapa tubuhmu
Air mataku mengalir tiada henti
Sederas air yang menjirus tubuhmu
Tiba masanya kain putih membaluti tubuhmu
Ketika itu wajahmu bagaikan mengerti
Bahawa perjalananmu adalah menuju kekasih dinanti
Dari senyummu yang terukir telah terbukti
Ku kucup dahimu yang penuh ketenangan
Linangan air mataku menitis di dahimu
Aku tidak mampu menahan kehilangan
Seorang insan yang pernah ku sayang
Terbaring kaku dirimu didalam keranda
Disembahyang didepan semua
Sunyinya dirimu tanpa sebarang suara
Akhirnya dirimu berlalu diusung ke pusara
Ku terus memujuk diriku
Bahawa kehilangamu suatu takdir ketentuan
Dalam doa ku alun namamu
Semoga bahagia berada disana.
No comments:
Post a Comment