Wednesday, September 15, 2010

LAN MINAH SALEH




Pagi 3 syawal mencetuskan pelbagai kisah yang mampu memberi pengajaran buat kehidupan saya. Kali ini saya ingin berkongsi tentang kisah hidup yang saya temui pagi tadi. Memulakan langkah untuk ke Ijtimak Aidilfitri dibalai Islam,KB. Saya menunggu bas di pekan berhampiran rumah saya. Tiba-tiba diri disapa oleh seseorang yang tidak dikenali bertanya tentang diri saya sambil menceritakan tentang kehidupannya. Pada mulanya saya agak menaruh sedikit prasangka lantaran ditegur oleh orang yang langsung tidak pernah saya jumpa, apatah lagi saya kenal dan dengan ramah sekali dia melayan saya.

Melihat pada raut wajahnya, matanya yang keruh, tubuhnya yang agak kurus. Rupa-rupanya tersirat satu cerita tentang sebuah takdir ketentuan Allah swt. Orang yang saya kenali ialah “Lan”. Saya masih ingat dia beritahu saya jika kekampung telaga bata (merujuk kampungnya),tanya orang mana rumah Lan Minah Salleh, ada la orang kenal. Saya mengagak memang tidak mustahil jika orang mengenalinya lantaran begitu peramah bergaul dengan semua orang. Saya melihat dia seorang yang suka mencari kawan.

Saya agak terkejut bila diberitahu rupa-rupanya dia ada barah otak. Sejak tahun 2007 lagi di mendapat penyakit tersebut. Katanya setiap kali dia sakit, kepalanya akan rasa sakit yang teramat sangat dan badannya sejuk seperti berada dalam peti ais.”Allah, bila sakit hanya Allah saja tahu”,kata-kata tersebut keluar dari mulutnya. Sedang saya berbual dengan lan, tiba-tiba muncul pula seorang ustaz (tok guru), kami bersalaman. Sedang berbual-bual, tiba-tiba lan sakit kepala. Saya agak panik kerana dia memegang kepalanya kerana sakit dan mulutnya seperti terkumat-kamit membaca sesuatu. Bila sentuh tangannya memang sejuk. Saya menawarkan diri untuk membeli ubat untuknya setelah diberitahu dia terlupa bawa ubat. Tanpa membuang masa saya bergegas ke kedai dan membiarkannya bersama ustaz tadi.

semasa saya melintas jalan, tiba-tiba datang sebuah kereta. Lan dan ustaz tersebut masuk kedalam kereta tersebut. Saya menduga mereka akan meninggalkan saya apabila saya melihat mereka masuk kedalam kereta tersebut,rupa-rupanya tidak. Lan setia menunggu saya. Kami bertolak ke Kota Bharu sama-sama. Semasa dalam perjalanan, lan memberitahu semasa dia sedang sakit tadi, ustaz tadi pegang dia dan terus kurang sakit kepalanya. Saya mengangak ustaz itu bukan orang biasa. Mesti tinggi ilmu agama. Ia betul, ustaz itu merupakan guru disebuah pondok di Setiu. Dia datang kesini semata-mata untuk bermesyuarat bagi meningkatkan mutu pondok disini.

“Barah tahap berapa dah?”, tanya salah seorang penumpang dalam kereta tersebut. “Tahap 4”,lan menjawab ringkas. Saya agak terkejut, waktu tersebut saya hanya membayangkan tahap 4 hanyalah seperti menunggu kematian. Fikiran saya terlayang kepada arwah sepupu yang meninggal beberapa bulan dulu kerana juga kanser tahap kritikal sepertinya. Sekarang Lan berumur 34 tahun. Erm bagusnya lan, dia ke KB pun semata-mata nak shopping beli barang untuk anak-anak saudaranya. “Hari ini kurang sakit sikit, tu yang boleh keluar”,katanya. Dia bagitahu sepatutnya doktor nak bedah tapi kos pembedahan menelan belanja RM2O ribu, memang tak mampu ditanggung olehnya.” Ustaz tadi menawarkan untuk dia ke pondok setiu berikhtiar cara kampong, saya sempat menulis alamat yang diberikan ustaz itu untuk lan.

Lebih kurang ½ jam perjalanan,kami tiba di KB. Selepas membayar RM3. Saya berpisah dengan Lan kerana ingin meneruskan perjalanan ke Balai Islam. Masa tu saya naik bas 39. “InsyaAllah,jumpa kat mana-mana tegur la”,katanya. Dia berjalan terus ke shopping kompleks.

Apa yang saya dapat dari cerita di atas? Saya ingin katakan kepada diri, kenapa aku tidak pandai nak bersyukur kepada Allah swt. Sihatnya tubuh badan aku, aku tidak sakit seteruknya. Aku mampu bangun pagi, aku mampu bergerak kesana kemari. Ya Allah, nikmatnya terasa sihat. Telah beberapa orang yang saya jumpa menderita kanser dan akhirnya pergi dulu dari saya. Saya seperti bertanya pada diri apakah nikmat sihat ini aku gunakan sebaik-baiknya??? Jawapan saya tidak. Saya sering tewas pada nikmat senang.

Rupa-rupanya diluar sana masih ramai insan yang jauh menderita kesakitan berbanding diri saya. “ Kadang-kadang sakit pada waktu malam sehinggakan tak boleh tidur”, kata-kata Lan terngiang-ngiang ditelinga saya. Saya mampu tidur lena. Ya Allah, terasa hinanya diri saat aku mampu tidur lena. Kadang-kadang saya semakin bingung kerana saya semakin tidak pandai bersyukur. Saya merasa tempias ayat Allah yang menyebut “ Sungguh sedikit manusia yang bersyukur”.

P/S: Dalam dada saya berdoa supaya Allah memberikan kekuatan kepada Lan untuk berhadapan dengan ujian tersebut dan Allah memberikan jalan yang terbaik untuk kehidupannya.

12/9/2010..11.27pm


No comments: