Di riwayatkan daripada Anas bin Malik bahawasanya dia berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w sedang duduk, dan kami melihat baginda tersenyum hingga nampak gigi seri baginda. Umar bertanya kepada baginda: “Wahai Rasulullah, apakah yang membuat engkau tersenyum?”
Baginda menjawab: “Ada dua orang daripada umatku berlutut di hadapan Allah. Salah seorang daripada keduanya berkata: “Ya Rabbi, ambillah untukku kezaliman terhadap diriku yang dilakukan oleh saudaraku.” Allah bertanya: “Apa yang telah dilakukan oleh saudaramu terhadap dirimu, padahal tidak ada sedikit pun kebaikan yang tersisa daripadanya?” Kedua mata Rasulullah saw menitiskan air mata. Lalu baginda bersabda: “Perkara itu terjadi pada hari yang agung, ketika manusia mesti memikul dosa-dosa mereka. Allah berfirman kepada seorang hamba: “Angkatlah padanganmu dan lihatlah. “Maka hamba itu mengangkat padangannya. Ia berkata: “Wahai Rabbi, aku melihat sebuah bandar yang didirikan daripada emas, istana-istana daripada emas, pagar daripada mutiara untuk para nabi.shiddiqin dan para syuhada, siapakah ini?” Allah berfirman: “ Bagi orang yang membayar harganya.”Hamba itu bertanya: “Siapakah yang mampu melakukan perkara itu?” Allah menjawab: “Engkaulah yang mampu melakukannya.” Hamba itu bertanya: “Dengan apa?”
Allah menjawab: “Engkau harus mengampuni saudaramu.” Hamba itu berkata: “Ya Rabbi, aku sudah mengampuni saudaraku.” Allah berfirman: “Pegang tangan saudaramu dan bawa dia ke dalam syurga.” Lalu Rasulullah saw bersabda: “Bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan di antara kalian, kerana Allah sentiasa mendamaikan di antara orang-orang muslim.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
Rujukan: Senyuman Rasulullah menambat hati para sahabat (Hidayah Salehah)
No comments:
Post a Comment