Saturday, July 4, 2009

TAKUT



Ya Allah
Jujur hati ini berbicara
tentang ketakutan yang membelit jiwa
sejak diri menerima amanah yang berat itu

Ya Allah
Jujur hati ini berbicara
ketakutan itu kian menggusarkan jiwa
hari demi hari menanti diri dimedan itu
apakah mampu aku menghadapinya

Ya Allah
Jujur hati ini berbicara
terasa ada satu bebanan yang sangat berat
terpaksa di pikul dipundak ini
Mengapa ketakutan itu begitu sekali
adakah kerana bimbang kaki yang bakal mengheret ke neraka???
atau kerana khayalan perasaan syaitan semata-mata???
Jujur aku tidak mengerti…

Ya Allah
Jujur hati ini berbicara
Diturutkan hati ini ingin dilepaskan saja bebanan ini
Tapi..
ku mengerti Engkau tidak pernah rugi
kerana bakal tiba yang lebih baik dari diriku
Malah akulah yang merugikan diri sendiri
mencampakkan diri kepada azabMu
yang bakal menimpa diri orang-orang yang lari dari medan juangMu


Ya Allah
Jujur hati ini merayu
semoga bebanan ini dipikulkan keatas diriku
kerana Engkau mengetahui bahawa aku berupaya memikulnya

Ya Allah
Sentuhlah hati ini agar ku mampu mengerti
akan perjuangan menuntut seribu satu pengorbanan
yang bakal membuang daki dosa yang lalu

Ya Allah
hulurkanlah keikhlasan kepada hati kami
berikanlah kami kekuatan
pandanglah kami dengan rahmat dan belas dariMu
kepadaMu kami merayu….
Allah,Allah,Allah,Allah…Ya Allah…..





KG JAL BESAR
5.36 PM
4/7/2009

Sunday, June 28, 2009

Permulaan kepada kehidupan

Alhamdulillah,saya mengajak diri dan pembaca sekalian untuk kita bersama-sama berusaha sedaya upaya menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah dengan penuh keikhlasan keranaNya.

Sesungguhnya masa terus berputar samada kita sedar ataupun tidak,hakikatnya semakin bertambah detik-detik itu memberikan kita “amaran” bahawa kematian sudah semakin hampir dengan kita.Mungkin kita sekarang berada dalam 40 hari terakhir atau boleh jadi 1 minggu atau mungkin juga beberapa detik sahaja lagi kehidupan kita diatas muka bumi ini sebelum dipanggil oleh Allah s.w.t. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hakikat tersebut. “Ya Allah panjangkanlah umur kami didalam kebaikan”.

Hari ini saya berasa agak terkejut dengan kematian seorang penyanyi popular luar Negara,Mikaeel atau namanya sebelum Islam Michael Jackson.Sungguh sangat tidak disangka pemergian beliau dalam umur 50 tahun.Tapi itulah takdir yang Allah telah tetapkan,saya bukanlah peminat beliau tetapi saya agak gembira bila mendengar perkhabaran sebelum ni yang beliau memeluk islam.Semoga Allah menempatkannya bersama orang-orang yang beriman.

Michael Jackson memeluk islam tahun lalu dengan menukar nama kepada Mikaeel sempena nama malaikat yang memberi rezeki.

Lebih mengejutkan juga bila mana mahasiswakini melaporkan seorang pelajar perempuan Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23 mati selepas jatuh dari tingkat 4 universiti kebangsaan Malaysia,ukm berasal dari Kelantan.Saya menatapi berita tersebut pada tengahhari tadi tapi waktu malam bila bercakap dengan ibu saya,orang meninggal tersebut adalah adik kepada jiran dikampung saya.Sekali lagi hati saya berkocak mengalami kejutan.Anda boleh membaca berita tersebut disini http://mahasiswakini.com/archives/3682

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang pasti kerana kita sendiri menyaksikan kematian secara praktikal berlaku kepada insan disekeliling kita,kematian adalah permulaan kepada kehidupan yang sebenar yang pasti sarat dengan kejutan yang tidak kita duga,persoalannya..apakah kita bersedia menghadapi kejutan-kejutan tersebut ???


Sama-sama kita bermuhasabah diri

Monday, June 22, 2009

MUTIARA ISNIN

Al-Ahnaf Ibn Qais berkata: “(Yang dinamakan) maruah ialah engkau tidak melakukan semasa bersendirian sesuatu (perkara) yang engkau malu (melakukannya) dihadapan khalayak”

Seorang failasuf (ahli falsafah) ditanya, “dengan apa seseorang itu patut membalas kejahatan musuhnya?” Beliau menjawab. “Dengan memperbaiki dirinya sendiri.”

Seorang failasuf yang lain ditanya, “apakah makna sifat pemurah?” Beliau menjawab. “Bersedekah dengan harta kamu dan menjauhkan diri kamu daripada harta orang lain.”

Seorang lagi failasuf ditanya, “Bagaimana saya boleh mengenali sahabat saya yang ikhlas?” Beliau menjawab, “Jangan diberi (sesuatu) kepadanya dan mintalah (sesuatu) daripadanya. Jika dia memberikanmu (apa yang kamu minta),maka itulah dia (sahabat yang ikhlas).Jika dia tidak memberikanmu (apa yang engkau minta),maka hanya Allah lah tempat memohon pertolongan.

Wednesday, June 17, 2009

Umat Islam Mesti...Bukan....

Umat Islam mesti berilmu bukan hanya menungkat dagu
Umat Islam mesti banyak membaca bukan melihat orang baca
Umat Islam mesti pandai berdakwah bukan hanya pandai menyalah
Umat Islam mesti bermaruah bukan berbangga dibumi bertuah
Umat Islam mesti menjaga waktu bukan membazir waktu
Umat Islam mesti kaya jiwa bukan kaya harta
Umat Islam mesti bekerja keras bukan pemalas
Umat Islam mesti merenung bukan termenung
Umat Islam mesti mengkaji bukan berangan tidak bererti
Umat Islam mesti berhati-hati bukan membuta tuli
Umat Islam mesti disegani bukan ditakuti
Umat Islam mesti bersatu hati bukan hasad dan dengki
Umat Islam mesti berpolitik bukan main-main politik
Umat Islam mesti menang bukan kalah dalam perjuangan
Umat Islam mesti mensyukuri bukan kufur nikmat
Umat Islam hanya berpandukan Al Quran,Hadis,Qias,Ijtima’ dan Ijtihad,kelak kita terselamat dunia dan akhirat

Mampukah kita?Bersediakah kita?
Ya Allah berikanlah kami kekuatan..

Tuesday, June 16, 2009

Kisah Rasulullah s.a.w

Pernah satu ketika Nabi Muhammad ternampak seorang perempuan tua hendak berjalan pulang dari pasar dengan membawa barang-barang yang agak banyak dan berat juga. Lalu Rasulullah menawarkan dirinya untuk membantu perempuan itu membawa barang-barang tersebut pulang ke rumahnya.

Perempuan tua itu rasa sungguh sukacita kerana ada orang yang mahu membantunya dan terus menerima pelawaan Rasulullah itu. Sambil berjalan menuju rumah perempuan tua itu, mereka berbual-bual tentang kisah-kisah yang hangat diperkatakan orang yang berlaku di Mekah ketika itu.

Cerita perempuan tua itu: “Wahai anak muda, di tempat kita sekarang ini ada seorang anak muda yang bernama Muhammad telah membawa ajaran baru. Angkara anak muda ini telah menyebabkan masyarakat kita berpecah belah”.

“Kehadiran anak muda itu dalam masyarakat kita telah banyak membuat kerosakan kepada kehidupan kita bermasyarakat. Gara-gara ajaran beliau, ahli keluarga berselisih faham, bergaduh dan pecah belah,” sambung orang tua itu lagi.

“Muhammad itu memang jahat, oleh itu janganlah sekali-kali kamu dekat dengan dia, nescaya nanti kamu juga akan dirosakkannya nanti,” tegas perempuan tua itu lagi memberi amaran kepada Rasullullah supaya tidak terpengaruh dengan orang yang dianggapnya jahat itu.

Apapun yang dikatakan oleh perempuan tua itu tentang Nabi Muhammad, Rasulullah sedikit pun tidak marah, malah hanya tersenyum saja.

Setelah sampai di rumah perempuan tua itu, perempuan tua itu bertanya kepada Rasulullah berapakah upah yang dia perlu bayar untuk kerja Rasulullah membawa barang-barang yang berat itu dari pasar sampai ke rumahnya tadi. Sebaliknya Rasulullah memberitahu perempuan tua itu, dia tidak mahukan upah dan hanya ingin membantu secara sukarela saja.
Perempuan tua itu berasa hairan dengan kebaikan anak muda itu lalu dia bertanya: “Terlalu baik kamu ini wahai anak muda, boleh mak cik tahu siapakah nama kamu?”.

Rasulullah menjawab: “Nama saya Muhammad, sayalah orangnya yang mak cik ceritakan tadi.”

Terduduk perempuan tua tadi bila dia tahu dia sedang berdepan dengan orang yang bernama Muhammad itu, yang mana selama ini dia mendengar Muhammad adalah orang yang sangat jahat.

MENCARI SPIRIT DALAM MENUNTUT ILMU

Sa'id Hawa menjelaskan bahawa perjalanan menuju Allah mempunyai dua rukun, iaitu ilmu dan zikir. Tanpa keduanya, tidak ada perjalanan menuju Allah SWT.

Ilmu adalah yang menerangi jalan dan zikir adalah bekal perjalanan dan keperluan pendakian.

Kita berhajat kepada ilmu untuk mengenali segala perintah, petunjuk, bimbingan dan peringatan Allah SWT dan mengenali hikmatnya agar kita dapat melaksanakan segala perintah tersebut serta mencapai hikmatnya, manakala kita berhajat kepada zikir agar Allah SWT bersama kita dalam perjalanan kita menuju kepadaNya.

Semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita dalam menuntut ilmu...



Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain[1586]
[1586]. Maksudnya: sebagian ahli tafsir menafsirkan apabila kamu (Muhammad) telah selesai berdakwah maka beribadatlah kepada Allah; apabila kamu telah selesai mengerjakan urusan dunia maka kerjakanlah urusan akhirat, dan ada lagi yang mengatakan: Apabila telah selesai mengerjakan shalat berdoalah.

Buat diriku dan sahabat2 yang bakal menduduki peperiksaan final minggu depan,gud lak diucapkan.Semoga kita meletakkan pergantungan hanya kepada Allah semata-mata dan menganggap USAHA kita hanyalah "asbab" untuk berjaya.Hanya Allah sahajalah yang berhak menentukan keputusannya.Usaha+doa+tawakkal.InsyaAllah...
Mari hayati lagu ni,moga mampu memotivasikan diri..

Titian Kejayaan

Mengejar kejayaan
Mengharung rintangan
Dengan iringan doa restu
Ayah serta ibu, ku menjejak ilmu

Sedetik yang berlalu
Impianku satu
Gemilang diri, peribadi
Dengan ikrar janji, kata ditepati

Kejayaan diimpikan
Usaha kita perlukan
Kejayaan hasrat kita

Kecemerlangan satu wawasan
Yakini diri tempuh cabaran
Bersama kita buktikan

Zaman berzaman teguh harapan
Semurni impi kita pastikan
Berjaya hingga akhirnya


-A is for Allah-

Perginya seorang pejuang


Pada hari Sabtu (13 Jun 2009) beberapa hari yang lepas dunia telah dikejutkan dengan pemergian seorang tokoh gerakan islam yang banyak menyumbang kepada ISLAM iaitu Dr Fathi Yakan dalam usia beliau 76 tahun.Alhamdulillah mungkinkah pada waktu ini,beliau sedang mengecapi segala nikmat hasil dari usahanya selama ini di alam barzakh sana,hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sesungguhnya mencari seorang ulama' ibarat seperti mencari sebutir mutiara didasar lautan,betapa sukarnya untuk ditemui.Adanya dihargai dan disayangi dan kehilangannya sangat-sangat dirasai lebih-lebih lagi diakhir zaman ini.

Al-Fatihah...