Friday, December 5, 2008

Berkorbanan atau Terkorban !!!

Setiap kali kita menerima tanggal 10 Zulhijjah, pastinya lembaran silam akan bermain di lubuk sukma , memutarkan kembali kisah seorang hamba Allah yang taat melaksanakan perintah Al-Rabb , di samping kesabaran seorang anak dan seorang ibu dalam mematuhi perintah Allah.

Betapa agung keluarga ini yang sanggup membuang resah hati seorang insani demi erti sebuah ketaatan. Allah berfirman di dalam Al-Quran menyatakan ketulusan hati Nabi Ibrahim :

'Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).
(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)! Nabi Ibrahim menjawab: Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.'

Bayangkan suasana ketika Allah memerintahkan nabi Allah Ibrahim untuk menyembelih anak kesayangannya sendiri, Ismail Alaihissalam.


Sungguh perintah ini sangat menyayat hati. Hati ayah manakah yang akan tergamak menyembelih darah dagingnya sendiri? Hati ibu manakah yang tidak akan tersentuh apabila anak kesayangannya ditakdirkan mati di tangan suaminya sendiri. Seakan dunia ini sudah tidak punya ertinya lagi seandainya kehidupan ini dilalui tanpa insan tersayang.

Pengorbanan seorang manusia yang sangat luar,menjadi bisa mempertaruhkan ketakqwaan berbekalkan keikhlasan & ketaatan. Ujian yang sangat hebat dari Allah s.w.t yang mungkin menjadi hilangnya kewarasan akal untuk berfikir bagi kita manusia biasa bila mana anak sendiri yang ditatang bagai minyak yang penuh di jadikan korban untuk di sembelih

Namun apabila di sana berlaku pertembungan antara tuntutan Allah dan runtunan jiwa, mukmin sejati akan pasrah dan tunduk memuliakan perintah penciptanya. Itulah yang berlaku dalam keluarga soleh ini.

Si ayah melemparkan rasa kasihannya demi kerana Allah.
Si ibu tega menyeka air matanya semata-mata rindu kepada cinta Allah.
Si anak sabar dalam menghadapi ujian kematian semata-mata kerana redha dan menyakini bahawa diri ini adalah kepunyaan Allah.

Namun Allah tidak berlaku zalim terhadap hambanya. Arahan yang dikeluarkan hanya untuk mencuit hati insan sepanjang zaman agar menginsafi erti sebuah pengorbanan.

'Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.'

Persoalannya adakah kita benar-benar meletakkan ketaatan kepada Allah melebihi segala-galanya? Adakah benar kita telah menjadi seorang yang mempraktikkan ikrar setia harian kita dan ia benar-benar terlaksana?

Kita sedih dengan apa yang menimpa generasi Muslim yang kian parah jati dirinya. Akhlak yang merudum, keperibadian yang kian bernanah memburukkan lagi usaha untuk mencari redha Allah.

Budaya ikhtilat ( pergaulan bebas ) yang menyemarakkan api nafsu di kalangan muda mudi yang sunyi daripada syariat Islam semakin menjadi-jadi. Sang jejaka sudah tidak segan silu untuk menodai sang gadis demi cinta kononnya . Kemudahan teknologi dan tamadun moden yang ada , digunakan bagi memohon murka dan kebencian Allah.
------------------------------------------------------------------------
APAKAH KITA MENANTI DIRI DIUSUNG KE MASJID ???
------------------------------------------------------------------------

Budaya untuk mengimarahkan rumah Allah semakin dipinggirkan. Rumah Allah sepi tanpa dihiasi dengan solat berjemaah tanda kepatuhan kepada Allah , seakan-akan tidur dan dunia lebih besar daripada menyahut panggilan Allah.

Apakah ini tanda bahawa ruh pengorbanan nabi Ibrahim sekeluarga sudah mampu untuk kita realisasikan dalam kehidupan kita sehari-hari? Adakah ini model terbaik kepada satu peribadi yang bakal menjadi galang ganti kepada perjuangan para nabi? Nabi SAW menyatakan:

'Demi Allah! Bukanlah kefakiran yang paling aku takutkan bakal menimpa kamu tetapi aku aku takut seandainya kamu akan dibentangkan dunia di hadapanmu lantas kamu bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya sebagaimana umat sebelummu berusaha untuk mendapatkan dunia lantas dunia menghancurkan kamu sebagaimana dunia telah menghancurkan umat sebelum kamu.'

Sudah sampai masanya kita kembali menyatakan ketaatan kita kepada Allah dengan meninggalkan perkara-perkara mungkar yang semakin membarah di kalangan kita agar Allah memberikan peluang kepada kita untuk dipilih menjadi penggerak ummah bertuah ini.Allah berfirman:

'Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).'

Ibadah korban yang disyariatkan pada hari raya Idul Adha ini merupakan simbolik kepada memperingati pengorbanan yang luar biasa yang dipersembahkan oleh Nabi Allah Ibrahim sekeluarga. Korban di sisi Islam dilaksanakan semata-mata mengharap redha Allah Taala berbeza dengan korban yang dilaksanakan oleh masyarakat jahiliyyah yang dipersembahkan kepada Al-Latta dan Al-Uzza.

Allah tidak menginginkan darah serta daging binatang yang disembelih namun keikhlasan yang lahir daripada hambaNya akan menganugerahkan penerimaan ibadah tersebut. Menifestasi pengorbanan ini perlu diserapkan untuk mendarah daging dalam setiap jiwa umat Islam.

Namun, seandainya kita meneliti realiti keadaan umat Islam hari ini, kita akan dapati betapa jauhnya mereka dengan nilai pengorbanan yang meletakkan kemahuan Allah itu di puncaknya. Umat Islam sangat parah dengan pelbagai penyakit yang membawa kepada kejauhan daripada kasih sayang Allah.

Mereka dihinggapi dengan penyakit krisis keyakinan terhadap kemampuan Islam sebagai jawapan dalam semua permasalahan. Betapa ramai di kalangan umat Islam yang tidak mahu berjuang untuk meletakkan Islam kembali dijulang. Islam dianggap sebagai upacara keagamaan semata-mata. Islam dianggap bukan penyelesaian kepada masalah kenegaraan, politik, ekonomi, sosial dan undang-undang.

Teori ortodok memisahkan agama daripada kehidupan masih dianuti. Mereka cuba untuk meracuni jiwa muslim agar beriman dengan kata-kata yang menjadi asas teori sekularisme:

Serahkan urusan pemerintah kepada pemerintah dan serahkan urusan Allah kepada Allah

Ulamak dipersenda. Kata-katanya dianggap kolot dan ketinggalan zaman. Budaya hiburan tanpa batasan Islam semakin menular di dalam jiwa muda-mudi Islam. Ulama bisu cuba untuk memesongkan agama Allah semata-mata kerana sekelumit habuan dunia . Agama Allah cuba untuk dicabuli.

Undang-undang Allah dianggap sebagai undang-undang rimba yang hanya membawa negara kepada kemunduran. Murtad semakin menjadi-jadi. Zina seperti perkara biasa.

Demi tuhan Kaabah ! Allah sama sekali tidak akan memberikan kemenangan kepada umat Islam selagi mana ummat ini tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah. Allah akan terus menjadikan umat ini hina di sisi musuh selagi mana mereka masih lagi betah untuk mengabdikan kehidupan mereka dengan sistem jahiliyyah moden rekaan tangan-tangan manusia yang dicipta tanpa mengambil peduli kehendak Allah Rabbul Alamin.

'Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah.'

Kata pujangga:

· apabila iman sudah lenyap maka tiada lagi erti keamanan,
· dan sesungguhnya tiada erti kehidupan dunia bagi orang yang tidak mendirikan agama,
· sesungguhnya orang yang redha menjadikan kehidupan dunianya sunyi daripada agama,
· dia telah menjadikan kehancuran itu sebagai teman karibnya.

Sesungguhnya kita ini merupakan satu ummat yang dimuliakan oleh Allah semata-mata kerana Islam. Apabila kita cuba untuk mencari kemulian selain daripada Islam maka yakinlah bahawa kita akan dihina oleh Allah Taala.

Wahai hamba Allah ! Wahai insan yang mengakui kebesaran dan keagungan Allah. Adakah kamu mengambil segala apa yang berlaku ini sebagai satu tarbiah dan tazkirah buat diri kamu? Adakah kamu masih lagi berasa aman daripada kemurkaan Allah?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MATAHARI TERBENAM, BEGITU JUGA KITA AKAN KEMBALI PADA ALLAH BILA TIBA MASANYA
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah kamu tidak memikirkan langsung walau sejenak bahawa Allah mampu untuk menghancurkan kamu dan insan sekelilingmu , lantaran maksiat dan perderhakaan yang kamu persembahkan kepada Rabbul Alamin? Apakah kamu masih menyangka bahawa azab yang pedih daripada Allah yang pernah ditimpakan kepada umat sebelummu seakan-akan satu dongengan yang tidak akan sama sekali menimpamu?

Insafilah duhai sahabat yang bakal menjadi pewaris perjuangan para nabi dan rasul agar kita benar-benar berusaha untuk menjadi hamba Allah yang berusaha untuk membentuk syakhsiah yang terpuji. Pasakkan kembali ruh pengorbanan Nabi Ibrahim, Ismail dan Hajar di sanubari kita.

Berusahalah untuk kalian meraih cinta abadi daripada Rabbul Izzati dengan usaha gigih meninggalkan segala sifat cela yang hanya akan mengundang benci dan murka dariNya.

Wahai hamba Allah yang beriman kepada aqidah Islam yang Maha Suci. Marilah kita sama-sama memikirkan nasib umat Islam yang semakin hari semakin tenat dibunuh, ditindas dan dianiaya tanpa sebarang dosa.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
MARI KITA BANGKIT MEMBELA ISLAM,ISLAM TIDAK PERLUKAN KITA TAPI KITA YANG PERLUKAN ISLAM
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Allah taala mampu untuk memberikan kemenangan kepada umat Islam apabila umat bertuah ini sudah sedar dan mahu kembali menyandang amanah jihad bagi memastikan kitab Allah dan sunnah RasulNya kembali menjuarai sistem kehidupan sejagat.

Artikel dipetik dan di ubahsuai dari iluvislam

Tuesday, November 11, 2008

Kesucian cinta IKHLAS tak diundang !!!!

Lumrah kehidupan kita sebagai hambaNya adakala nya gembira adakala nya berduka sentiasa silih berganti yang mana menambahkan lagi kemanisan dalam kehidupan seharian. Itulah yang terjadi kepada setiap orang,hari ini belum tentu berulang pada hari esok jika hari ini menikmati kegembiraan belum tentu hari esok menjanjikan kegembiraan seperti sekarang.kita merancang Allah juga merancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang.

Apa yang penting susah atau senang biarlah hati kita tetap terikat dengan Allah (semoga Allah bagi kekuatan kepada hati penulis) kerana indah nya kehidupan kita jika sedetik mata berkelip ingat Allah,sedetik jantung berdegup mengingati Allah,selangkah berjalan mengingati Allah,Syukurnya Allah kerana diatas limpahan nikmat yang menggunung tinggi sehingga terkadang sangat malu untuk kami meminta yang lain lagi. Astagfirullahala’zim..

MARI KITA HAYATI NI!!!
(sekali sekali penulis terasa ingin mengukir kata)




Ya Allah menitis airmata kami
Mengenangkan nasib diri
IMAN & ISLAM yang kami kecapi hari ini
betapa tidak ternilai harganya

Andai dipertaruhkan wang yang bertimbun
nikmat inilah yang paling bermakna buat kami

Namun terkadang jiwa kami resah
Apakah pengakhiran kami bersama dengan IMAN & ISLAM
yang kami kasihi
Kami merayu menghina diri kepadamu Ya Rabbi
semoga setiap SAAT & DETIK yang kami lalui
sentiasa dibawah keredhaanMu
Semoga pengakhiran kami nanti juga begitu

Indahnya hidayahMu
luruh air mata kami mensyukuri nikmatMu
Semoga perasaan kasih dan cinta kami
bersamaMu Allah melebihMi segala-galanya.

Ampunkanlah segala dosa-dosa kami
yang kami lakukan selama ini
Sesungguhnya disetiap jantung kami yang berdegup
disetiap nafas yang kami sedut
disetiap langkah yang kami atur
disetiap kali kami sujud
Disetiap itulah kami memohon kemaafan kepadaMu Ya Allah
kerana seringkali memungkiri janji padaMu…

Wallahua’lam

Penulis pernah terdengar dari ustaz masa kat matrik orang bukan islam memeluk islam bila dengar lagu ni, kata-kata simple tapi maksudnya SANGAT MENDALAM..


********************
IMAN MUTIARA
********************
Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau berentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
JIKA TIDAK KEMBALI PADA ALLAH

JIKA TIDAK KEMBALI PADA ALLAH
.....



WADNESDAY 1.12 A.M...

Sunday, November 9, 2008

Jejak2 roda kehidupan!!!!!




Hari ini lembaran yang baru membuka tirai, roda masa kehidupan terus berputar selagi nafas masih dipinjamkan oleh Allah s.w.t kepada kita bererti tanggungjawab dan tugas kita sebagai hambaNya mestilah dilaksanakan sebaiknya agar bila tiba suatu hari bila mana saat kembalinya kita kepada Allah s.w.t, segala amalan yang dipersembahkan adalah yang terbaik.


Teringat penulis akan kata-kata dari lirik sebuah lagu “syurga itu terlalu manis bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,bukan sedikit janji yang ditagih” . Kita mengimpikan syurga tetapi sejauh manakah usaha kita kearah itu. Kita mendambakan redha Allah, tetapi sejauh manakah pengorbanan yang kita lakukan semata-mata untuk mencari keredhaanNya.

Jika kita meneliti kembali sirah perjalanan ISLAM pada zaman Rasulullah kita akan dapat melihat pengorbanan yang besar dilakukan oleh mereka antaranya Zinnirah seorang muslimat yang sanggup berkorban demi mempertahankan akidah yang telah meresapi kedalam hatinya.

Mari kita hayati apakah PENGORBANAN yang Zinnirah lakukan. Beliau dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. beliau menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda S.A.W berdakwah secara sembunyi-sembunyi di kalangan rakan karib baginda. dalam sejarah Islam, golongan yang pertama memeluk Islam inilah yang banyak menerima ujian daripada Allah

Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.


Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awak keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.


Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keislamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Seetlah diselidiki, nyatalah bahawa hambanyameniggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah dan agama Islam sebelum keislamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.w. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anaknya perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum Muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.




"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan." Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah memeprtahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. hatinya dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.

Sebenarnya penulis sendiri masih terkapai-kapai mencari erti kehidupan yang sebenar. Secara ikhlasnya iman ini sentiasa turun naik seperti roda sekejap di atas dan sekejap dibawah.

Dan kesakitan akan terasa bila berada dibawah tetapi sebaliknya bila iman berada diatas kenikmatan dapat dirasai mungkinkah ini yang dikatakan kemanisan iman,penulis sendiri pun sukar membezakan kannya kerana tidak berani untuk mengatakan bahwa ini adalah kemanisan iman.




Kadang-kadang perasaan2 yang tidak diduga juga sering hadir, sifat mazmumah yang sentiasa menanti masa menerkam ke jiwa penulis cukup menyebabkan penulis sendiri takut. Namun kita sebenarnya perlu tetap melangkah,ini adalah antara cabaran-cabaran yang bukan sahaja perlu dihadapi tetapi perlu di lawan sehabis daya melalui kewarasan akal dan pertimbangan emosi agar hati kita tidak menjadi sarang untuk sifat mazmumah bermaharajalela, semoga dengan itu akan terbit pula sinar mahmudah yang akan melahirkan akhlak yang iklas,jujur dan istiqamah untuk berkorban.
Wallahua'lam

Thursday, November 6, 2008

Maafkan orang islam KHOO KAY KIM




Bismillahirrahmanirrahim…
“Kita sebagai mahasiswa mestilah ambik cakna tentang isu-isu semasa perihal yang berlaku disekeliling kita” inilah antara kata-kata bakal YDP kita yang baru sufi yang acap kali dilontarkan kepada kita. Ish benda sama la cakap, benda sufi ni ??? detik hati penulis (sori sufi termengumpat dalam hati).

Dah la penulis tak minat sejarah ajak plak gi program ni..huhu..entah kenapa akhirnya selepas makan direstoran keluarga berbekalkan 2 biji roti canai kosog dan secawan teh 0 panas, langkah penulis dikuatkan oleh Allah s.w.t ditambahkan lagi dengan ajakan member2 untuk ke dewan bankuet mendengar forum sempena HARI INTEGRITI NASIONAL yang mana panel ialah Profeser Emiritus Dato' Khoo Kay Kim. Jam menunjukkan 9 lebih..ish boringnya dengar ni, bosan r citer ni bisik penulis ke telinga ALANG (bukan nama sebenar)..dia tersenyum..hehe..mengantuknya!!!..tesengguk-sengguk dah ni TAPI penulis masih menguatkan mata untuk terus bertahan, Alhamdulillah mata penulis tiba-tiba menjadi segar tatkala penonton-penonton mula bertanyakan soalan,pelbagai isu dikupas.


Alhamdulillah walaupun panel yang dijemput bukanlah seorang islam tapi mampu mengetahui islam, mampu berbicara tentang ISLAM, syukur kepada ALLAH kerana penulis dipilih menghadiiri ceramah ini, sememangnya membuka minda sebagai seorang mahasiswa.Menyentuh soal pendidikan, apa yang dapat penulis ambik pointnya, pendidikan kita masih lagi terkongkong,kebanyakan pelajar mahasiswa/I dididik untuk mendapat A dan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan,menghafal sesuatu perkara untuk score A, di tonjolkan dengan pekerjaan yang bakal diperolehi jika cemerlang dsbgnya. Ya ianya tidak salah, tapi kita sebenarnya terlupa satu perkara, kita kurang dididik ilmu yang diperolehi adalah untuk diamalkan,mengahafal bukan pendidikan, kita juga terlupa mendididik akhlak muda remaja..

kesannya lihatlah sekarang jika cemerlang dalam peperiksaan sekalipun, budaya kurang sihat seperti berdating , merokok,melepak di pusat membeli belah,tidak menutup aurat(4 muslim) masih berleluasa di ipt seluruh negara, so dimana pendidikan yang sebenarnya???? Solution system kita perlu diperbetulakn.

Banyak lagi isu2 lain yang telah dikupas antaranya soal politik,kebudayaan,hak istimewa orang melayu dan lain2. Ada juga antara soalan2 panel yang mampu mencuit hati penulis antaranya dari seorang pensyarah yang berbunyi “prof saya nak prof jawab dengan ikhlas pada hari jumaat yang barakah ini, dari hati prof “APAKAH PAS MAMPU MENTADBIR NEGARA KITA 1 HARI NANTI???

Ada juga soalan2 pedas dari pelajar2 kita yang antara lain menyifatkan BAHAWA SAYA SEAKAN-SEAKAN DITIPU OLEH SEJARAH SEBAB MENURUT PEMBACAAN SAYA TERDAPAT SEBAHAGIAN TOKOH2 TERTENTU SAJA YANG DIANGKAT SEBAGAI ORANG YANG BERJASA PADA NEGARA DAN YANG LAIN TIDAK PULA DI BERITAHU dalam buku teks dan sebagainya…( rasa kenal orang tanya soalan ni..heheheh)

DAN PALING PENTING ADA SUATU KATA2 YANG KELUAR DARI MULUT SEORANG PROFESOR BUKAN ISLAM INI BILA MANA BERBINCANG TENTANG KEAGAMAAN IALAH KATANYA ‘MASALAHNYA ORANG ISLAM TIDAK FAHAM ISLAM, TAPI ORANG ISLAM TIDAK MEMBERI PENJELASAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM, ISLAM AGAMA UNIVERSAL BUKAN HANYA UNTUK MELAYU SAHAJA,ORANG ISLAM MUBALIGH YANG PERLU MENYAMPAIKAN ISLAM KEPADA ORANG BUKAN ISLAM, ADA SATU CONTOH KADANG2 BILA NON MUSLIM BAGI SALAM, ORANG ISLAM CAKAP ISH MANA BOLEH BUKAN ISLAM UCAP SALAM, KADANG2 JUGA MASA ORANG2 ISLAM SEDANG BERBINCANG TENTANG ISLAM BILA NON MUSLIM DATANG ORANG ISLAM BOLEH KATA TAK LEH DENGAR SEBAB BUKAN ISLAM DAN SEBAGAINYA.. WHY NOT??

Bagaikan panahan yang menusuk jiwa tatkala mendengar ucapan ini, hati penulis tersentuh bila mana ianya di ucapkan oleh seorang yang bukan islam, apakah jawapan kita?? Apakah peranan kita?? Sanggupkah setiap detik dan saat kita sanggup membiarkan mereka yang bukan islam disekeliling kita tidak faham tentang islam??? Tidakkah terdetik dihati kita perasaan kesihan kan mereka kerana tidak faham tentang islam??
Tidakkah kita merasa bersalah kerana tidak member penjelasan yang sebenar tentang islam kepada mereka?? Tidakkah kita rasa bersalah jika kita membiarkan 1 saja non muslim mati tanpa ada sedikit pun perkhabaran tentang keindahan islam yang sempat kita ceritakan kepadanya??? Apakah kita tidak rasa bersalah tatkala menghadap Tuhan, tanpa sedikit pun kita tidak sempat menyampaikan kebenaran satu2nya ajaran islam kepada orang bukan islam??? Tidakkah kita takut andai satu saat nanti orang bukan islam menuntut dihadapan Allah bahawa kegagalan dia mengenal islam disebabkan orang islam yang tidak pernah menceritakan ISLAM kepada mereka??? Astaghfirullahala’zim berdosanya kita ya !!!

JADI FIKIR-FIKIR KANLAH!!!! Apakah solution yang seharus kita lakukan, disini kita dapat melihat kewajipan kita seharusnya menyampaikan dakwah kepada mereka, kita sebagai orang islam seharusnya mengubah mindset kita dalam memahami islam sesuai dengan keadaan semasa mungkin kita perlu lebih banyak mengkaji bagi mencari jawapan dan bertindak segera , TAPI DALAM MASA YANG SAMA JUGA TIDAK MENGABAIKAN DAKWAH KEPADA ORANG2 ISLAM SENDIRI (SAHABAT2,KELUARGA,ROOMATE DSBNYA)SEKADAR PERKONGSIAN DARI HATI penulis..apa yang baik semuanya dari Allah dan yang kurang itulah kelemahan penulis sendiri …hakikatnya kedua-duanya dari Allah… (mintak maaf tak pandai nak susun ayat,kalau ada salah dan silap minx sahabat2 betulkan)

Thursday, October 30, 2008

SEBELUM MATA TERLENA


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu

YANG SEMAKIN HAMPIR & YANG PALING HAMPIR


Hari ini 1 zulkaedah 1429H, fasa zulkaedah memulakan gerak langkah bererti bulan Syawal telah ditinggalkan. Saat bait kata-kata ini disatukan, jam telah menunjukkan angka 6.15PM. Senja kian hampir bererti juga siang bakal melabuhkan tirai menandakan malam hampir menjelma, begitulah putaran kehidupan seharian.

MASA SEMAKIN PANTAS, WAKTU SEMAKIN SUNTUK..peperiksaan final semakin hampir. Lalu bagaimanakah persediaan diri kita??


WAHAI SEMUA PEJUANG YANG DISAYANGI, KIRANYA EXAM INI MEDAN BERJUANGMU, MAKA BERTARUNGLAH SEDAYA UPAYAMU KERANA ALLAH.BEBERAPA PURNAMA BERLALU,KAU TELAH DPERTURUNKAN SEGALA ILMU DARI MAHAGURUMU, MAKA MANFAATKANLAH IA SEMAMPU AKALMU UNTUK MEMARTABATKAN KEDUDUKAN UMMAH.BUKAN SEMATA-MATA UNTUK KEPUASAN DIRI. TUHANMU TIADA AKAN MENILAI NATIJAHNYA TETAPI YANG DINILAI IALAH KESUNGGUHANMU.BERJUANGLAH WAHAI PEJUANG DENGAN KALIMAH TUHANMU DENGAN ILMU YANG TELAH DIPINJAMKAN SEMENTARA KEPADAMU. YANG SELEBIHNYA, KAU SANDARKAN SAJA PADA KETENTUANNYA.


Dan YANG PALING PENTING, KITA SEMAKIN KECEMASAN WAKTU untuk beramal kerana kematian semakin & paling hampir dengan kita,maut kian mengejar,rumah pula saban hari mengusir pergi. Lalu bagaimanakah pula persediaan kesana?? Tepuk dada Tanya iman..!!!! Wallahua’lam

Wednesday, October 29, 2008

Untukmu SAUDARIKU!!!


Wahai Gadis Solehah..
Dari Jauh Kumelihat Gerak Gerimu..
Tunduk Memandang Bumi..
Terselindung Disebalik Hijabmu.
Wajah Yang Penuh Nur..
Yang Sentiasa Mengingati Mati..
Yang Mencintai Allah dan Rasul..
Yang Takut Azab Allah.
Kau Ibarat Permata Berharga..
Digilap, Dibalut, Dan Disimpan Rapi.
Wahai Gadis Solehah..
Di Sudut Hatiku..
Aku Bangga Dengan Imanmu..
Taqwamu, Akhlaqmu, Amalanmu..
Jua Perjuanganmu Menegakkan..
Kesucian Syari'at Yang Telah Ditetapkan Allah.
Wahai Gadis Solehah..
Kau Pertahankan Hijabmu..
Walaupun Dunia Memandang Hina..
Tetapi Allah Melihatmu Dengan Penuh Bangga.
Akhlaqmu Kau Pelihara..
Maruahmu Rapi Dijaga..
Tutur Katamu Melambangkan Sifat Keibuanmu Yang Sejati..
Pabila Bertemu Dengan Bukan Muhrimmu..
Kau Tunduk Memandang Bumi..
Mengingatkanku..
AMirul Mukminin Di Zaman Rasulullah SAW.