Monday, May 25, 2009

Demi Allah,mereka telah melakukannya!!!

Dimana kamu!?
Dimana kamu!?
Dimana kamu!?

Al-Aqsa mengharapkan,menyeru dan memanggil kaum muslimin
Dan anak-anak tanah Isra Rasulullah s.a.w dibunuh oleh kaum Yahudi
Seolah-olah mereka ini bagaikan serangga
Dan mereka menyeru kepada ummah,lindungilah kami
dan kaum wanita mencucurkan air mata mereka di Masjidil Aqsa
Mereka menjadi balu,mereka dibunuh dan kemuliaan mereka dicabuli diatas muka bumi mereka
lantas apakah yang dilakukan oleh kaum muslimin??
Kaum muslimin di baitul maqdis telah meminta pertolongan dari kalian,
dari para pemimpin kaum muslimin yang khianat
dan dari anak-anak umat islam yang mendakwa bahawa mereka ini merupakan para pengikut Rasulullah Al Musatafa s.a.w
Lantas apakah yang dilakukan oleh umat islam??
Apakah yang dilakukan oleh umat islam??
Apakah umat ini mengikuti apa yang dilakukan oleh Rasullah s.a.w
Apakah mereka melakukan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad saw??
Tidak sama sekali
Dan saya bertanya kepada kalian wahai kaum muslimin
Saya bertanya kepada kalian, bagaimanakah kelak kalian akan berhadapan dengan Allah s.w.t
Dihari kiamat,ketika kalian berdiri dihadapan Allah yang mengetahui segala yang tersirat dan tersurat
Bagaimanakah kalian akan berhadapan dengan Allah??
Ketika mana yang bersama dengan kalian adalah seorang anak dari kaum Muslimin di Palestin
Ia berkata Ya Allah,Ya Tuhan aku telah meminta pertolongan dari umat islam
Namun umat islam tidak menjawab panggilanku

Dimanakah tentera kaum muslimin
Mengapa pertolongan tentera antarabangsa yang dipinta
Dimanakah tentera Mesir
Dimanakah tentera Syria
Dimanakah tentera Jordan
Dimanakah tentera Negara-negara Teluk
Dimanakah tentera Yemen
Dimanakah tentera Algeria
Dimanakah tentera Indonesia
Dimanakah bom-bom tentera Pakistan
Dan untuk siapakah bom-bom ini dihasilkan??
Dan untuk siapakah tentera-tentera ini disediakan??
Wahai manusia
Aku bersuara untukmu dalam kesedihan,dengan kepiluan dihatiku,aku bersuara untukmu
Dan aku mengingatkanmu,suatu hari nanti kalian akan berdiri dihadapan Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui
Yang akan bersamamu pada hari kiamat adalah anak kecil yang berkata Ya Allah,Ya Tuhan umat islam telah mengecewakan aku,umat al-quran telah mengecewakan aku dan Ramadhan berlalu tanpa umat ini berbuat apa-apa
Bilakah umat islam akan bangun??
Bilakah ia akan sedar permasalahan utamanya
Bilakah umat ini akan kembali kepada islam
Apakah yang kalian nantikan lagi atas apa yang dilakukan oleh kaum kuffar
Apakah kalian menantikan sehingga kaum kuffar melakukan sesuatu yang lebih buruk dari ini
DEMI ALLAH MEREKA TELAH MELAKUKANNYA !!!


Renungan buat diri dan sahabat2 dari VIDEO KLIP “KHALIFAH”

No comments: