Allah mengurniakan nikmat makanan dan minuman kepada kita
Kita berterima kasih dengan makan dan minum tanpa membaca basmallah apatah lagi doa,makan dengan kenyang lupa kepada golongan miskin yang kebuluran.
Allah mengurniakan nikmat kesihatan kepada kita
Kita berterima kasih dengan banyak berehat,tidur dan sangat2 liat untuk menunaikan perintah agama terutama solat tanpa kita memikirkan saudara kita yg kesakitan disana di sakiti Yahudi laknatullah,tanpa kita berfikir apakah kita bersedia menghadapi hari tua
Allah mengurniakan nikmat masa terluang
Kita berterima kasih dengan berhibur sana sini,melepak,berborak kosong tanpa mengisi masa yang ada untuk membuat amalan sebagai persediaan menghadapi kematian
Allah mengurniakan nikmat harta kesenangan
Kita berterima kasih dengan membeli apa sahaja yang nafsu ingini termasuk pakaian mewah,kereta mewah,rumah,makanan,tanpa sedikitpun kita menginfakkan untuk Islam.
Allah mengurniakan nikmat pancaindera kepada kita
Kita berterima kasih dengan mata melihat kemungkaran,lidah yang suka mengadu domba,mengumpat,megata,hidung yang sentiasa menghidu keburukan orang lain,tangan memegang kulit bukan mahram,kaki melangkah ke tempat maksiat tanpa kita berfikir nasib golongan2 yang tidak dikurniakan pancaindera yang lengkap dan tanpa kita berfikir setiap pancaindera kita akan menjadi saksi diatas apa yang kita lakukan diatas muka bumi Allah s.w.t.
Allah mengurniakan nikmat akal kepada kita
Kita berterima kasih dengan hanya berfikir untuk mencipta sesuatu yang boleh membawa kepada kesenangan hidup,berfikir sekadar memenuhi tuntutan nafsu dan kehendak dunia semata-mata tanpa kita terdetik untuk berfikir alam ini siapa penciptaNya?apakah matlamat hidup kita?kemana kita selepas mati?
Banyak nya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita
Sedikitnya Erti terima kasih kita padaNya
Apakah kita insan yang tidak tahu berterima kasih????
Sedangkan apa yang diberi terlalu banyak yang percuma
Benarlah firmanNya amatlah sedikit insan yang bersyukur..
YA RABB..AKU INGIN KEMBALI.MASIH ADAKAH TEMPAT UNTUK-KU?
Ya Allah aku lemah tanpa rahmat dan kasih sayangMu
Ya Allah walau beribu kali aku jatuh kejurang kemaksiatan,beribu kali itulah aku perlukanMu
untuk bangunkan kembali aku
Ya Allah seandainya masih ada insan2 didunia ini yang Engkau akan beri pengampunan
maka aku mengharapkan aku antara salah seorang dariNya..
No comments:
Post a Comment