Salam wbt..
Sebenarnya ini adalah tulisan saya semasa sedang menjalani Latihan Industri lalu. Tersimpan rapi dalam laptop ini. Sebelum segala kenangan berlalu pergi, ingin saya berkongsi tetap pengalaman sepanjang kembara LI lalu..terima kasih pada Allah jua atas peluang ini.
PART 1: KEMBARA BERMULA
Alhamdulillah, Latihan Industri kini sudah memasuki minggu ke-9. Seminggu sahaja lagi untuk menamatkannya. Segala puja dan puji hanya kepada Allah swt kerana mengizinkan saya untuk mengecapi nikmat berLI. Tempoh yang singkat, namun memberi pelbagai pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Sebelum masa berlalu melarikan pengalaman dan kenangan yang saya lalui ini. Maka saya meluangkan juga masa untuk menulis sebagai simpanan di blog ini. KepadaMu jua Ya Allah diri memanjatkan kesyukuran kerana memberi kekuatan untuk menulis. Ikutilah pengembaraan saya sepanjang latihan industri.
Bermulanya kisah….
Perjalanan meninggalkan bumi kelahiran Kelantan saya mulakan. Masih saya ingat di kala 8/5/2010. Hanya satu hari itu saja saya sempat pulang ke kampung. Itu pun semata-mata ingin menatap wajah kedua ibu bapa tersayang. Walaupun seketika, “roh” kasih sayang itu mampu menyentuh hati yang sangat inginkan doa,keberkatan dari ayah dan ibu.
Pagi 9/5/2010 (Sabtu), saya dan bazli menaiki kereta kancil bersama nik untuk bertolak ke UMP. Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut panas terik dan cerah untuk memudahkan perjalanan. Sungguh gembira rasanya dihati ini apabila sahabat serumah,sekelas pun dapat tempat praktikal yang sama. Paling tidak saya tidak keseorangan berada ditempat orang. Dapatlah juga meringankan kos sewa rumah dan kos hidup yang tinggi di bandar. Lagipun hidup berjemaah lebih terselamat dari sorang-sorang. Nabi bersabda,kambing yang dok seekor lebih senang di makan serigala.
Ujian pertama
Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba kami di uji oleh Allah swt apabila kereta tiba-tiba rosak. Puncanya kerana air yang sudah kering. Rupa-rupanya penutup tangki air tidak ketat, jadi air semua dah tumpah. Begitulah keringnya seketika semangat yang sedang berkobar-kobar. Keputusannya kami terpaksa menunggu ayah nik hadir untuk memperbaiki kereta tersebut. Tengah hari yang panas terik. Menanti di tepi jalan, sungguh menghauskan. Namun mujurlah sempat juga singgah dikedai untuk menghilangkan dahaga.
Kereta tersadai di tepi jalan di waktu terik mentari. Disinilah lokasi ujian pertama dihari pertama perjalanan. Diseberang jalan tersebut kami mencari air dikala panas kehausan.
Kerana perancangan Allah sentiasa saja lebih baik, maka kereta tersebut akhirnya terpaksa di tarik pulang ke pasir puteh. Pada mulanya, hati terasa sangat bimbang kerana pendaftaran bermula esok. Sempat ke tak ni, hati berbisik. Namun kerana memikirkan risiko kerosakan kereta di perjalanan nanti, akhirnya kami terpaksa akur. Keputusan yang di ambil menukar kereta dari kancil kepada viva (hikmah kejadian saya nampak selepas kejadian). Perjalanan yang dijangka awal bertukar ke lewat petang. Seingat saya menghampiri waktu Maghrib baru kami bertolak. Lega rasanya apabila dah mula bertolak.
UPM,where are you?
Lebih kurang jam 1 pagi, kami tiba di UMP. Rehat terpaksa di tangguhkan, usai sahaja Jama’ takkhir. Kami terus memunggah barang-barang ke dalam kereta. Walaupun penat tapi terpaksa bertahan. Berbekalkan sebuah peta dari google maps, kami meneruskan kembara ke Selangor mencari Universiti Putra Malaysia. Lebih kurang jam 5 pagi, kami memasuki bandar KL. Pertama kalinya sampai dengan kereta, terpaksa mencari jalan dengan barang yang sarat didalam kereta sememangnya memeningkan kepala. Apatah lagi signboard yang sangat-sangat mengelirukan.
Kata orang “Rumahku syurgaku” tapi inilah “keretaku rumahku”
Maka bermulalah episod untuk mengejutkan sahabat-sahabat yang sedang lena tidur di waktu pagi untuk bertanya jalan ke UPM. Terima kasih kpd yang sudi melayan panggilan “hangit” pagi tersebut iaitu abg adli, afiq dan aiman. Sungguh melucukan jika terkenangkan saat tersebut, kerana seperti “tawaf” satu KL semata-mata untuk mencari UPM. Dari batu caves ke KLCC,kemudian pusing entah ke mana-mana. 8.30 pagi,kami masih dalam perjalanan dan akhirnya Allah mempetemukan juga tempat yang di cari walau lewat beberapa minit. Itulah 3 jam pertama di bandar KL tersesat seketika…
“Inilah yang di cari, oh signboard!”
Melapor diri dengan banyak dibantu Kak Umi,maka kami diperkenalkan dengan Pof Dr Robiah Yunus, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM. Beliau seorang yang sangat baik hati walaupun berjawatan tinggi. Seorang yang sangat peramah. “taaruf” punya “taaruf”, akhirnya terbongkarlah jua Dr Robiah pun berasal dari Kelantan (Kadok). Apabila budu tercium,maka terkeluarlah loghat kelate..hehe. Tapi Dr Robiah sempat berseloroh, “sini tok leh kecek kelate”….To be continued,InsyaAllah.
Part 2: SEJARAH LI & KAITAN DENGAN UPM
Lebih kurang jam 2.30 petang, kami dibawa melawat tempat yang akan kami kerja nanti iaitu Solution Engineering Sdn Bhd,Taman Perindustrian Kinrara,Puchong. Syarikat ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian atas adalah ruangan pejabat. Bahagian bawah adalah ruangan fabricate, ruangan testing/demo dan juga satu bahagian pilot plant. Di bahagian pilot plant itu dinamakan solution biogen sdn bhd. Solution biogen adalah pilot plant hasil kerjasama antara Solution dan juga UPM dimana UPM diwakili Dr Robiah sendiri sebagai consultant. Di bahagian inilah kami ditugaskan untuk bekerja.
Petang itu, kami memasuki kilang tersebut bersama Dr Robiah,kak umi,syuhada dan beberapa orang staf upm. Minyak “bertaburan” di atas lantai memandangkan kawasan tersebut memproses minyak pelincir. Kami diperkenalkan dengan HK Choong seorang project Engineer dan juga Chang Teck Sin seorang Project Manager. Kali pertama melihat kilang tersebut,kebanyakan yang bekerja adalah orang cina. Kami juga turut diperkenalkan kepada staff dan juga bos company tersebut iaitu Mr Bary Lim. Beliau juga seorang yang baik apabila mencadangkan kepada staf company tersebut untuk menyediakan acomadation (rumah company) kepada kami walau pada asalnya tidak ada dalam perjanjian untuk meyediakan acomadation. Alhamdulillah, Allah lah yang memberikan rezeki ini kepada kami.
Hari tersebut,kami pulang awal dari tempat kerja. Lewat petang mencari rumah untuk disewa kerana rumah company tersebut belum konfim dapat dan tidak tahu berapa bayaran yang dikenakan. Maka sekali lagi bermula episod kembara menetap di mana sahaja yang dirasakan sesuai. Antara rumah-rumah yang sempat kami singgah bermalam ialah rumah abang kepada abang adli (USJ), kawan bazli (Shah Alam). Beberapa hari yang agak lintang pukang memandangkan rumah yang tidak menentu, jalan yang belum diterokai sepenuhnya (beberapa kali sesat), terpaksa turun awal pagi ke tempat kerja. Namun segalanya di tempuh dengan penuh kesabaran. Hehe.. Alhamdulillah sepanjang pencarian rumah abang adli banyak membantu, Dr Robiah juga turut menawarkan rumahnya untuk ditumpang sementara waktu, abang shuhairi yang setia mencari rumah untuk kami, Kak Umi yang juga turut sama membantu.
Malam yang sungguh memenatkan memandangkan segalanya berada di kondisi yang tidak menentu. Maka apabila kepala direbahkan, perasaan mula melayang maka mata mula terlelap.
Kerinduan mula bertamu
Malam-malam yang dilalui kadang-kadang dirasakan sungguh berlainan tanpa sahabat-sahabat V25 disisi. Di ketika itu jugalah saat mata kian terlelap. Kerinduan mula datang bertamu. Wajah-wajah sahabat mula membayangi fikiran. Entah kenapa perasaan sungguh lain. Mungkin sudah terlalu lama hidup bersama,makan bertalam,solat berjamaah, tidur bersama dan lain-lain. Tanpa sedar, terkadang dada mula terjentik dengan syahdu. Namun didalam doa hanya nama kalian mampu ku alunkan. Memohon semoga semua selamat. Sehingga saat saya menulis, memang sebelum mata terlelap saya akan teringat sahabat-sahabat semua. Mungkin inilah ujian di kala kejauhan.
Antara restoran yang sempat kami singgah semasa mencari rumah sewa disekitar Puchong bersama abang adli.
No comments:
Post a Comment