Saturday, June 25, 2011

ERTI REZEKI, NANTI MENGERTI


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah mengurniakan pekerjaan kepadaku. Sekarang sangat susah untuk mendapatkan pekerjaan. Ramai antara kawan-kawanku yang baru saja tamat belajar tetapi masih tidak mendapat pekerjaan. Aku bersyukur kerana aku antara yang Allah pilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pekerja, dan tanggungjawab yang lebih besar yang sepatutnya aku sedar adalah pekerja kepada Allah swt.

Alhamdulillah, aku diterima untuk bekerja di tempat aku menjalani Latihan Industri dulu, itu pun selepas aku merisik dan bertanya kembali Supervisor ku kalau-kalau dia perlukan orang untuk membantu projeknya. Pertanyaanku tidak sia-sia kerana sememangnya dia perlukan orang untuk membantu projeknya. Waktu ini pelbagai perasaan menyelubungi diriku. Cemas, takut, risau dan lain-lain.

Lusa, aku akan memulakan kerja sebagai RA (research assistant) di syraikat Solution Engineering di Puchong, kali ini aku berseorangan tidak seperti waktu aku LI dulu 3 orang. Tak sabar rasanya nak bekerja, aku berharap aku dapat menjadi seorang pekerja yang ikhlas, jujur dan amanah kerana wang yang bakal aku perolehi sebagai gaji akan dipersoalkan oleh Allah nanti.

Aku sudah bernazar, gaji pertama yang bakal aku dapat akan aku berikan dalam jumlah tertentu kepada ma dan abahku. Aku terlalu banyak terhutang budi dan jasa dengan kebaikan ma dan abah. Ma dan abah telah berkorban segala-galanya. Aku semakin pasti dan aku semakin yakin. Aku juga dari keluarga yang susah seperti orang lain. Ya Allah tak mampu nak ucapkan dengan kata-kata tatkala melihat kesungguhan dan pengorbanan kedua ibubapa. Sebak rasanya didada ini.

Ma dan abah selalu pesan, kalau mereka susah kat kampong takpe. Tapi anak-anak dia yang berjauhan kalau susah nanti takde sapa nak tolong. Ma pesan supaya bekerja molek2, dan jaga diri bila bekerja.

Ya Allah, hanya padaMu aku memohon, supaya aku sentiasa ingat akan pesan kedua orang tuaku, tidak lupa diri dengan kesenangan,jadikan aku anak yang soleh. Semoga kebajikan dan kerja yang bakal aku lakukan akan menjadikan pahala untuk kedua ibu bapaku. Ya Allah padaMu aku memohon kemaafan, kekuatan dalam kembara untuk mencari sebuah rezeki.

Aku tahu ERTI REZEKI, SUSAH, PAYAH, PENGORBANAN KEDUA IBU BAPA, NANTI AKU AKAN MENGERTI. UNTUKKU, AKU MESTI BERSEMANGAT DAN BERMOTIVASI,MOGA AKU MENJADI LEBIH MATANG.

No comments: