Sungguh besar nikmat-nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, Itulah Allah swt yang terkenal dengan sifatNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Sejenak, mari kita bermuhasabah dan menginsafi diri, kita renung dan hayati sedalam-dalamnya akan nikmat yang sedia ada kita miliki yang Allah anugerahkan pada kita.
Sedar atau tidak. Nikmat yang paling besar yang kita dapat waktu ini ialah nikmat IMAN & ISLAM, besarnya nikmat ini kerana menentukan arah tujuan hidup kita, keadaan pengakhiran hidup kita samada bertemu syurga atau neraka. Beruntungnya kan sebab kita lahir dari perut ibu yang beragama ISLAM, satu-satunya agama yang diredhai disisi Allah, sejenak mari kita pandang kepada manusia yang ditakdirkan oleh Allah untuk hidup sebagai bukan islam, jauh dari penghayatan islam, kehidupan yang tidak tahu arah tuju, malah ada yang mati tanpa sempat memeluk islam. Pernahkah anda melihat, dan mempunyai kawan-kawan yang bukan islam, apa beza kita dengan mereka? Bagaimana agaknya kehidupan mereka diakhirat kelak waktu dihadapkan didepan Allah?
Seterusnya, sewaktu kita bangun pagi-pagi, kita mampu bernafas menyedut oksigen. Kita rasa nyaman tanpa merasa sesak nafas, bayangkan kalau tiba-tiba kita bangun dan nafas terasa sesak, sakit dada untuk bernafas. Pernahkah anda merasa demikian? Saya pernah merasa, susahnya terasa waktu itu. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita pernafasan yang sempurna. Dan tahukah kita ada yang tidur waktu malamnya, kemudiaan matanya terus terpejam tanpa dapat dibuka lagi. Allah telah menjemputnya kembali. Pernahkah kita mendengar tentang orang yang mati sewaktu tidur? Saya pernah dengar, jadi bersyukurlah sebab Allah masih bagi peluang untuk kita bernafas dan menjalani hidup ini, mungkin Allah memberikan kita peluang untuk bertaubat atas segala dosa-dosa lampau.
Seterusnya lagi, kita di anugerahkan kesihatan tubuh badan. Badan yang sihat, bebas dari sebarang penyakit. Ketahuilah bahawasanya sungguh ramai manusia yang menderita berada dihospital sekarang kerana ditimpa pelbagai penyakit, boleh jadi ada antara mereka adalah dari ahli keluarga kita, saudara-saudara kita atau mungkin sahabat-sahabat kita. Bila tidak sihat, banyak kerja yang terganggu. Andai ditanya kepada mereka apa yang mereka inginkan, mestilah mereka inginkan kesihatan yang baik. Pulih seperti orang lain, bayangkan kalau anda menderita lemah jantung, kalau dah tahap kronik. Orang pengsan didepan anda pun,anda boleh diserang lemah jantung. Bayangkan kalau anda diserang penyakit batu karang, sakitnya menahan apabila ingin membuang air kecil. Bayangkan anda ingin membuang air besar, sakit perut yang teramat tetapi sembelit.. Saya pernag bertemu dengan orang yang macam ni.Seterusnya ada yang dihinggapi penyakit kanser, terpaksa bertahan dengan kemoterapi, sakitnya hanya Allah yang tahu, gugur semua rambut, tubuh kurus kering.Malah ada diantara mereka dipanggil menghadap Allah dengan penyakit mereka tersebut. Namun semua terpaksa ditempuh kerana itu adalah ujian Allah swt. Saya pernah menyaksikan golongan-golongan tersebut,anda?
Lagi..Kita dianugerahkan oleh Allah dengan nikmat pancaindera yang sempurna, ada tangan dan kaki. Mari..Mari lihat dan pandanglah sekeliling kita, berapa ramai manusia yang dilahirkan cacat, saya pernah bertemu dengan manusia yang tidak mempunyai kedua tangan dan kaki, tapi sangat komitmen solat berjemaah lima waktu dimasjid. Saya pernah bertemu dengan manusia yang cacat, terpaksa menggunakan kerusi roda dan berjalan dengan menggunakan tangan untuk melangkah kedalam tandas. Kita juga mungkin pernah bertemu dengan manusia yang pada asalnya sihat, kemudiaan apabila kemalangan atau terkena penyakit, tangan atau kakinya terpaksa dipotong. Subhanallah, Allah masih lagi mengekalkan anggota-anggota badan kita dengan sempurna. Seterusnya, lihatlah pada mata anda. Eh rupa-rupanya ada manusia yang dilahirkan dengan buta. Pernah bertemu dengan orang yang buta? Subhanallah, ramainya orang buta diluar sana, samada hidup berdikari dan sebahagian mereka mengemis. Lagi, kita mempunyai pendengaran yang baik, boleh mendengar. Kita mempunyai lidah yang mampu bercakap. Sekali lagi, pandanglah sekeliling, lihat pula manusia ada yang dilahirkan bisu, pekak. Anda pernah bertemu dengan golongan yang bisu dan pekak? Saya pernah..susahnya nak berkomunikasi, akhirnya terpaksa menggunakan bahasa isyarat. Kita? Sangat-sangat sempurna pancaindera, jadi bersyukurlah.
Ermm…lagi, Pernah merasa kebuluran? Tak de makanan untuk dimakan? Perut kelaparan tapi terpaksa ditahan kerana tiada duit untuk membeli makananan. Saya rasa kebanyakan kita tidak pernah hidup kebuluran, malah sebahagian kita boleh makan secara bermewah setiap hari, malah ada yang sampai melakukan pembaziran. Lebih teruk dari itu, timbul pula pelbagai jenis penyakit kerana terlebih makan. Subhanallah, cuba renung sekeliling, saat kita makan dan hidup dalam kekenyangan, ada manusia yang hidup menderita kelaparan, malah ada yang kebuluran. Lihatlah saudara-saudara kita yang berada di Negara lain, ada yang kurus kering kerana menderita tiada makanan. Malah ada yang meninggal dunia kerana terpaksa menahan lapar. Ya Allah, kita cukup-cukup bertuah!
Lagiii… kita dianugerahkan dengan nikmat kedamaian. Damainya disini bermaksud bebas dari peperangan. Sungguh besar kesan nikmat ini untuk kehidupan kita. Malah lenanya kita tertidur sehingga terlepas dari solat subuh kerana empuknya katil kita. Subhanallah.. Cuba lihat Negara saudara kita seperti Palestin, Afghanistan, Kashmir..Bagaimana agaknya hidup dalam suasana peperangan. Setiap hari mendengar dentuman peluru dan bom, Sungguh tidak lena untuk tidur kerana berdepan dengan ketakutan. Malah peperangan ini jugalah yang telah membunuh mereka, ibu, ayah dan ahli keluarga turut menjadi korban. Bayangkan, andai kita berada ditempat mereka..dan yang menjadi mangsa itu adalah dari keluarga kita. Apa perasaan kita?
Tiba-tiba jari saya lenguh nak menulis, fikiran menerawang terlalu banyak nikmat-nikmat yang Allah berikan, itu belum mengambil kira pecahan-pecahan nikmat yang kecil didalam salur pembulu darah, bagaimana ianya dialirkan dgn sempurna seperti lirik lagu Maher Zain, Subhanallah, cukuplah untuk mengingati semua nikmat-nikmat yang disebutkan ini memberikan alasan yang sangat kuat untuk kita menangis, Allah terlalu bersifat Pengasih dan Penyayang, tetapi kita sering nampak apa yang tiada, yang ada didepan mata seringkali dilupa.. Sehinggalah kita kehilangan nikmat-nikmat tersebut. Untuk menginsafi diri, pandanglah manusia yang jauh lebih diuji dari kita..Malukan pada Allah? NILAIAN SYUKUR KITA TERLALU KECIL BERBANDING DENGAN APA YANG ALLAH BAGI.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
No comments:
Post a Comment