Thursday, December 16, 2010

UBATILAH HATI ITU




Saat kita mula menjauh dari Allah, maka hadirlah segala kekusutan dan permasalahan yang membelenggu fikiran.Kita termenung sendirian mencari-cari ubat kepada permasalahan yang timbul. Hati kita tidak tenteram kepada kehidupan. Ada penolakan yang berlaku didalam jiwa tatkala kita terleka dengan pautan dunia. Kita kegelisahan dengan serpihan mazmumah yang sentiasa mencari ruang didalam hati kita. Kita mungkin kebingungan mengapa terkadang kita merasa diri riak, ujub, hebat pada pandangan manusia lain.

Semakin kita tempis bayangan mazmumah semakin ia hadir. Bisikan-bisikan halus mempengaruhi jiwa kita. Itulah syaitan yang sentiasa tidak pernah jemu untuk mengusir manusia dari terus mentaati Allah. Syaitan hadir didepan, belakang malah segenap penjuru semata-mata untuk merosakkan kita. Kita mula mencari manusia lain, padahal tiada sesiapa pun mampu mengatasi masalah kita. Roh kita sakit ubatnya bukan manusia, andai jasad yang sakit maka doktor boleh memberikan ubat. Andai roh yang sakit, itu tanda Allah sayangkan kita..Allah memanggil kita, Allah berbicara lagi dengan kita tentang hakikat menjadi seorang hamba yang tabiatnya dijadikan sentiasa dalam keadaan kegelisahan.

Andai hati sakit, ambillah Al-Quran sebagai ubat, solat berjemaah perlu diperteguhkan, pandanglah sekali lagi langit dan segala ciptaanNya agar kita kembali sedar bahawa hakikatnya kita adalah hamba bukan Pencipta….

Friday, December 10, 2010

HATIKU BERBICARA LAGI...


Ya Allah

Tidak pernah hati ini merasa begini

Pertemuan yang sungguh memberi erti

Biarpun hanya seketika

Namun jenuh membuah rasa


Ya Allah

Terasa indah ukhuwwah islamiyyah

Di pasak kukuh dengan ikatan akidah

Jauh lebih memberi keyakinan

Melebihi ukhuwwah kerana keturunan


Ya Allah

Di penghujung waktu senja

Terasa bahangnya kian terasa

Perpisahan yang bakal menjelma

Kerana itu telah ditakdirNya


Ya Allah

Dulu aku tidak mengerti apa-apa

Dulu aku bergelumang dengan dosa

Namun hadirnya mereka merubah segala

Kerana kekuatan dan sokongan mereka


Ya Allah

Lewat waktu ini

Hati ingin berbicara lagi

tentang nasib diri

Tanpa sahabat dan teman disisi

Mampukah diri ini bertahan?

Ketika dunia begitu memautkan…


Ya Allah

Bukan aku tidak yakin kepadaMu

Bukan aku tidak yakin dengan kekuatanku

Namun aku khuatir seperti Nabi sabdakan

Kambing seekor senang menjadi hidangan

Bukankah itu satu peringatan


Ya Allah

andai mereka tiada lagi disisi

andai tiada siapa menemani

dilangkah dan medan dakwah ini

Engkaulah yang ku harapkan

sehingga nafasku ke akhiran…

Wednesday, December 8, 2010

TAHUKAH ENGKAU, DIMANA IA BERSEMAYAM?


TAHUKAH ENGKAU, DIMANA IA BERSEMAYAM?

Tahukah engkau dimana ia bersemayam?

Dialah saudaramu..ke mana ia melangkah?

Sanggupkah matamu memandangnya?

Sedang matanya tak sanggup menatapmu?

Saudaramu hidup laksana sejarah

Berjalan beriringan mengikut langkahmu

Tanpa bahasa yang dapat menyapa

Bercucur air mata jika bersua

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu

Engkau bermurah hati tanpa pamrih

Memupus duka nestapa yang ia derita

Engkau memikul beban berat tanggungannya

Ketika letih pilu merasuk kedua bahunya

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu

Engkau selimutkan tirai di sekujur tubuhnya

Ketika syaitan datang memperdayanya

Engkau tersenyum bangga dengan ramuan buah akhindit

Engkau bahagia pula dengan kesuburan

Ladang dunia saudaramu

Jika bumi menghimpitnya

Hanya hatimu tempat mengadu

Tuesday, December 7, 2010

Nota Dakwah: Berubah Menjadi Daie' Mutaharik

Oleh : BroHamzah

Salam Ma’al Hijrah 1432 buat seluruh ummat Islam khususnya di Malaysia, dan umumnya di seluruh dunia.

Hijrah, bererti kita bertekad untuk berubah dan berubah. Berhijrahkah kita?

Hijrah, kita akan sentiasa meningkat dan tertingkat.
Keimanan dan kecintaan kepada Allah SWT semakin bertambah
Amal yang kuat dan nyata kian meningkat maju
Dan diri semakin bersemangat untuk bermujahadah meninggalkan dosa dan maksiat

Marilah kita kuatkan keazaman dan tekad di jiwa untuk berubah.
Berubah untuk menjadi daie’

Menjadi Daie’ Mutaharik.
Penyeru kebenaran yang bergerak, proaktif, dinamik dan sentiasa bersemangat waja!

Ini Jalannya ; Dakwah, Tarbiyah dan Jihad

Saya teringat satu kata-kata seorang Salafussoleh yang disebut semula Oleh Ibnu Al-Qayyim dalam Kitabnya, Miftah Dar al-Sa’adah. Katanya :

“ Alangkah hebatnya agama ini sekiranya mempunyai lelaki yang berjiwa besar.”

Berjiwa besar dan berpandangan jauh adalah ciri pemuda yang kita idam-idamkan dalam gerakan sebaran kebenaran. Kerana apa? Kesyumulan dalam dakwah merupakan satu ketinggian dan kemuliaan. Hanya pemuda mukmin yang kuat dan beriman dengan keyakinan kepada Allah SWT yang mampu mendokongnya.

Inilah jalan yang sedang kita lalui. Satu jalan yang tinggi. Satu jalan yang akan membersihkan dan menyucikan kita. Seorang sahabat Rasulullah SAW yang telah dipersaudarakan dengan Abu Darda’ iaitu Salman telah mengungkapkan kata-kata yang menyentuh hati :

“ Sesungguhnya bumi tidak dapat menyucikan seseorang. Tiada yang dapat menyucikan seseorang hamba kecuali amalnya.”

Inilah jalan yang akan menjadi bekalan untuk kita. Amalan dimedan inilah yang sebenarnya menyucikan kita. Semulia-mulia pekerjaan ialah tugas amar makruf nahi mungkar. Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam Kitabnya yang menggugah syuur seluruh Dai’ Haraki iaitu Al-Muntalaqtelah memberi ungkapan yang jelas tentang hakikat tugasan dakwah :

“ Demi Allah, sesungguhnya dakwah ini adalah tugas lelaki sejati. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. Orang-orang yang takut menghadapi rintangan, gangguan dan pertarungan, maka kumpulan tersebut terdiri dari angkatan lelaki yang berjiwa kecil, kerdil dan mementingkan diri sendiri.”

Syeikh Abdul Qadir al-Kailani Rahimahullah dalam bukunya “Futuh ul-Ghaib” menukilkan dengan himmahnya tinggi :

“Sesiapa yang inginkan darjat yang tertinggi di Syurga, dia hendaklah berada di martabat yang tertinggi di dalam kehidupan dunia.”

Dalam memberi komentar ungkapan ini, Muhammad Ahmad Ar Rasyid menyatakan bahawa :

“ Tidak ada martabat yang tertinggi di dunia ini kecuali martabat dakwah dengan melakukan kerja-kerja dakwah kepada Allah SWT.”

Ungkapan Jiwa Abdul Qadir Audah ini amat menyedarkan :

“Dakwah ini adalah kepunyaan Allah bukannya milik individu. Allah telah mengajar orang-orang beriman bahawa dakwah terikat dengan kehendakNya bukan kepada para duah, nasib setiap individu daripada dakwah ialah sesiapa yang beramal untuknya maka Allah akan memuliakannya dengan sebab amalnya, sesiapa yang meninggalkan beramal untuk dakwah maka Allah akan menjauhkan kebaikan daripadanya dan dakwah tidak akan mendapat mudarat sedikitpun.”

Dakwah, inilah Jalan terpantas dan tercepat meraih Redha Allah SWT.

Jalan inilah yang akan memuliakan kita

Namun, tidak semua mampu mendokongnya.

Jalannya sukar, penuh ujian dan dugaan. Suatu jalan yang menuntut banyak pengorbanan. Ya pengorbanan. Pengorbanan wang ringgit, tenaga, masa, buah fikiran hatta nyawa sekali pun.

Daie’ Mutaharik

Seorang daie’ yang sejati adalah seorang rijal yang mencintai dakwah dengan sepenuh jiwa dan hatinya. Rijal yang hatinya mencintai Allah SWT dengan kecintaan yang sebenarnya. Sesungguhnya, rijal yang memikul amanah dan bebanan dakwah ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.

Saya kongsikan, beberapa ciri yang harus ada pada seorang daie’ yang bergerak ( mutaharik) dalam jalan dakwah dan tarbiyah. Daie’ yang dinamik dan sentiasa menjiwai gerak kerja dakwahnya dengan proses didikan islamiyah yang syumul dan kamil. Antara ciri-ciri daie’ mutaharik :

1)- Amil ( Pekerja) – Keperluan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan komitmen yang tidak berbelah bagi. Semangat di dalam jiwanya sentiasa membara dan tidak pernah pudar walaupun dihimpit dengan pelbagai ujian, cabaran dan dugaan.

2)- Mufakir ( Pemikir) –Sentiasa berfikir permasalahan ummah dan berusaha mencari jalan penyelesaiaan. Imam Hassan al-Banna pernah berkata : “ Bahawasanya, aku sangat merindui seorang pemuda yang tidak dapat melelapkan matanya kerana memikirkan permasalahan ummah.”

3)- Saja’ah (Berani)- Berani dalam mengemukan idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan dan cetusan untuk menggerak dakwah secara bersepadu.

4)- Muntij ( Proaktif) – Kayu ukur kepada gerak kerja dan amal seorang daie’ adalah amalan yang berkualiti dan bermutu. Dan amalan yang dilakukannya berfokus kepada amalan yang qawi’. Mereka sentiasa cergas dan aktif dalam melaksanakan usaha-usaha dakwah tanpa mengabaikan proses tarbiyah imaniyah terhadap diri mereka.

Jadilah daie’ mutaharik, daie’ yang sentiasa bergiat aktif dalam gerakan usahanya.
Sentiasa memelihara niat dan keikhlasan dalam bekerja.
Sentiasa mempertingkatkan ibadah ruhiyahnya dengan tekad yang mendalam.
Dan, menjaga hubungan hatinya dengan Allah SWT sepanjang masa.

Pesanan Murabbi – Abu Umar

“ Mehnah-mehnah di sepanjang jalan dakwah adalah dapur pembakar yang akan membakar semangat. Melebur kelemahan jiwa untuk memudahkan proses membentuk keperibadian yang benar dan tahan diuji sebagai persiapan untuk memikul tanggungjawab yang berat dan besar. Jika kau hajati syurga Allah marilah bersamaku menyinsing lengan merintis onak dan duri serta menongkah arus masyarakat.”

Semoga hijrah pada tahun ini, memberikan suatu suntikan ruh hijrah yang segar dan membangkitkan. Perubahan itu, adalah untuk membumikan setiap apa yang kita fahami, sedari dan yakini.

Seringkali saya sebut berkaitan hijrah dan perubahan : “ Sesiapa yang berubah kerana terpaksa, sebenarnya dia adalah mangsa. Namun sesiapa yang berubah kerana kesedaran diri kerana Allah SWT insyaAllah dia akan bahagia.”

Penutup :

1)- Hijrah, ia bermula dengan diri kita. Hijrah dan berubah agar kita tidak kalah. Berubah menjadi insan dan individu yang luar biasa ia bermula dengan anda!

2)- Hijrah untuk terus-menerus mempertingkatkan diri dalam proses peningkatan tarbiyah diri. Tarbiyah untuk berubah. Berubah menjadi lebih baik.

3)- Masa dan detik kehidupan terus berlalu. Jika kita tidak merancang kehidupan kita untuk melakukan perubahan, kita perlu persoalkan kemana umur kita akan dihabiskan? Ya, hidup ini adalah perjalanan pulang kepada Allah SWT, Pemilik kehidupan. Sedetik umur kita bertambah maka selangkah kita menghampiriNya. Kata Hassan Al Basri "Wahai anak Adam, kamu adalah hari-hari yang terkumpul. Apabila berlalunya satu hari maka berlalulah sebahagian dari DIRIMU." – Abu Umar.

Sunday, November 21, 2010

KASIH SAYANG ALLAH

Pertolongan dan kasih sayang Allah di dunia ini bukan untuk orang yang taat sahaja. Orang yang bermaksiat sekalipun masih mendapat percikan kasih sayang Allah. Dan sesungguhnya, kalau Allah mahu, Allah boleh balas perbuatan maksiat itu on the spot. Saat si pelaku maksiat itu melakukan maksiat lagi. Tapi, kerna betapa besarnya kasih sayang Tuhan kita, Dia masih bersabar dengan dosa-dosa hamba-hamba-Nya. Kerana Maha Penyayangnya Dia, Dia tidak membalas dosa hamba-hamba-Nya yang melakukan maksiat secara langsung.

“Dan Tuhanmulah yang Maha Pengampun, lagi mempunyai rahmat. Jika Dia mengazab mereka kerana perbuatan mereka, tentu Dia akan menyegerakan azab bagi mereka.” (QS Al-Kahfi: 58)

“Sekiranya tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu semua di dunia dan di akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar.” (QS An-Nur:14)

“Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya.” (QS An-Nur 21)

Ingatkah kita pada kata-kata-Nya? Allah menyuruh kita berpaling kepada-Nya. Kembalilah kepada-Nya. Bacalah kata-kata Tuhan kita yang seterusnya ini. Rasakan dengan hati kita yang paling dalam. Allah mengatakan ini dengan kasih sayang-Nya yang tanpa batas.

“Katakanlah,”Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” ” (QS Az-Zumar: 53-54)

Allah datang dengan ampunan. Allah berkata kepada kita,”Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” Pertanyaannya kini, “Sesungguhnya apa yang Allah kehendaki dari kita?” Pertanyaan ini telah dijawab oleh Allah dalam firman-Nya:

“Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (QS An-Nisa’: 27-28)

Sesungguhnya Allah itu Ash-Shabur, yakni Tuhan yang Maha Penyabar. Tahukah kita betapa teruknya ketika seorang kafir mengatakan yang Allah itu mempunyai anak? Betapa dasyatnya anggapan Allah itu mempunyai anak sehinggakan dgn anggapan mereka itu hampir saja langit pecah, bumi terbelah dan gunung2 runtuh.

“Dan mereka berkata,’(Allah) Yang Maha Pengasih mempunyai anak’. Sungguh, kamu telah membawa sesuatu yang sangat mungkar, hampir saja langit pecah, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh (kerana ucapan itu), kerana mereka menganggap (Allah) Yang Maha Pengasih mempunyai anak. Dan tidak mungkin bagi (Allah) Yang Maha Pengasih mempunyai anak.” ( QS Maryam: 88-92)

Sampai-sampai Rasulullah saw bersabda, ”Tak ada seorang pun yang mendengar sesuatu yang menyakitkan yang lebih sabar dari Allah. Dia telah disekutukan dan dianggap memiliki anak, tetapi Dia membiarkan dan memberi mereka rezeki. ” – (HR Ahmad)

Rahmat-Nya meliputi seluruh manusia sampai orang kafir sekalipun. Apakah Allah mencegah rezeki orang kafir? Selamanya, bukanhkah ini suatu rahmat? Walaupun mereka bermaksiat kpd Allah dan tidak menyembah-Nya? Apakah Allah menghentikan bekalan udara yang dihirupnya? Tidak, walaupun bumi dan langit ini milik-Nya. Itulah rahmat Allah dan mudah-mudahan mereka kembali kepada-Nya. Betapa Allah itu Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Penyabar.

Suatu hari datanglah seorang pakcik tua kepada Nabi Ibrahim, lalu Nabi Ibrahim mengajaknya ntuk makan bersama. Kemudian Nabi Ibrahim menyalakan api agar makanan itu lekas matang. Tiba2 saja, pakcik tua itu mendekati tungku api tersebut lalu menyembahnya, kerana dia menyembah api. Lalu Nabi Ibrahim berkata,”Pergilah, apakah engkau menyembah api?” Maka pakcik tua itu berdiri lalu meinggalkan rumah Nabi Ibrahim.

Seketika itu Allah mengutus Jibril kepada Nabi Ibrahim seraya berkata,”Wahai Ibrahim mengapa engkau tidak mahu bersabar sesaat sedangkan Aku bersabar terhadapnya selama 60 tahun.”

Kemudian pakcik tua itu muncul dari arah belakang Nabi Ibrahim dan mengajaknya makan bersama. Dia berkata lagi,”Mengapa engkau diam saja?” Lalu Nabi Ibrahim berkata,”Rabbku telah menegurku tentang engkau.” “Rabb Yang Maha Pengasih, Dia berhak disembah,” jawab pakcik tersebut dan dia pun masuk Islam.

Dialah Allah Yang Maha Esa dan Dzat tempat bergantung seluruh makhluk. Dia didurhakai, tapi tetap bersabar. Banyak orang yang tidak menunaikan hak Allah, tapi Allah memaafkan.

Setiap saat Tuhan membelai kita, menjaga kita dan menolong kita tapi kita sering tidak menyedarinya. Saya ingin kongsikan lagi cerita:

Ibnu Qudamah dalam satu karyanya berjudul Tawwabin, menceritakan kisah menarik tentang kasih sayang dan pertolongan Tuhan. Ibnu Qudamah merujuk kepada kesaksian seseorang yang telah mengalami sebuah kejadian nyata yang menakjubkan. Orang itu bernama Yusuf bin Husain. Dia menuturkan kisahnya:

“Pernah suatu ketika aku bersama Dzun Nun Al Mishri berada di tepian sebuah anak sungai. Aku melihat seekor kala jengking besar di tempat itu. Tiba-tiba ada seekor katak muncul ke pemrmukaan, dan kala jengking itu kemudiannya naik ke atas belakangnya. Kemudian sang katak itu berenang menyeberangi sungai.”

“Dzun Nun Al-Mishri berkata, ada sesuatu yang aneh dengan kala jengking itu, mari kita ikuti dia!”

“Maka kami terus menyeberang mengikuti kala jengking yang didukung oleh katak itu. Kami terperanjat ketika menjumpai seseorang yang kelihatan seperti mabuk, tertidur di tepian sungai. Dan di sebelahnya ada seekor ular yang sudah menjalar dari pusat kemudian ke dadanya. Kelihatan seperti ular tersebut hendak menggigit telinganya.”

“Lalu kemudiannya kami dapat menyaksikan suatu kejadian yang luar biasa. Kala jengking itu tiba-tiba melompat secepat kilat ke atas tubuh ular itu lalu menyengat ular itu sekuat-kuatnya, sehingga sang ular menggeliat-geliat dan terkoyak-koyak tubuhnya.”

“Dzun Nun pun membangunkan anak muda yang sedang mabuk itu. Sesaat kemudian anak muda itu terjaga. Dzun Nun berkata,’Hai anak muda, lihatlah betapa besarnya kasih sayang Allah yang telah menyelamatkanmu. Lihatlah kala jengking yang diutuskan-Nya untuk membinasakan ular yang hendak membunuhmu!’ ”

“Lalu Dzun Nun melanjutkan nasihatnya,’Hai orang yang terlena, padahal Tuhan menjaganya dari mara bahaya yang merayap di kala gelita. Sungguh aneh, mata manusia mampu terlelap meninggalkan Tuhan yang Kuasa, yang melimpahkannya dengan berbagai nikmat.’ ”

“Setelah itu pemabuk itu berkata,’Duhai Tuhanku, betapa agung kasih sayang-Mu sekalipun terhadap diriku yang durhaka kepada-Mu ini. Jika demikian, bagaimana pula dengan kasih sayang-Mu terhadap orang yang selalu taat kepada-Mu?’ ”

Satu lagi kisah yang saya mahu kongsikan. Sebuah kisah yang juga sangat menyentuh hati. Wahai hati, sedarkah kamu yang Dia Maha Menerima Taubat? Bukankah dengan sifat-Nya yang Maha Menerima Taubat itu telah membuktikan bahawasanya Dia Maha Penyayang. Selamilah kisah berikut ini:

Kisah masa zaman Nabi Musa..

Masa tu kemarau dasyat amat, sehinggakan umat Nabi Musa meminta Nabi Musa ntuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan.. Berkumpul la semua pengikut Nabi Musa di satu kawasan lapang.. Maka, Nabi Musa pun berdoa.. Tapi, hujan masih tak turun2..
Bertanyalah Nabi Musa pada Allah,"Kenapa ya Allah?"

Allah pun berkata,"Sesungguhnya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hamba-Ku yang telah bermaksiat kepada-Ku selama 40 tahun.. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu.."

Maka, Nabi Musa pun menyeru pada kelompok itu,"Keluarlah wahai seorang hamba-Nya yang telah bermaksiat pada Allah selama 40 tahun.. Keluarlah dari sini. Kerana kamu hujan takkan turun.."

Lalu, tersedarlah hamba tersebut.. Dia jadi serba salah.. Kalau dia tak keluar, maka seluruh dari mereka akan mati kerana kemarau.. Tetapi, kalau dia keluar, dia akan berasa amat malu.. Malu sangat.. Lantas, dia berdoa pada Allah,"Ya Allah.. Selama 40 tahun ini, aku telah bermaksiat pada-Mu.. Tetapi Engkau masih menutup aibku hingga kini.. Ya Allah, aku bertaubat dengan-Mu.. Aku bertaubat.. Ya Allah, selamatkanlah aku.." Hamba tersebut masih berada dalam kelompok itu dan terus berdoa..

Tak semena-mena.. Hujan pun turun mencurah-curah.. Terkejutlah Nabi Musa.. Nabi Musa pun bertanya kepada Allah, kenapakah? Allah menjawab,"Wahai Musa, Aku sangat gembira kerana hamba-Ku yang telah bermaksiat pada-Ku tadi telah bertaubat. Maka Aku turunkan hujan kerna dia telah bertaubat." Nabi Musa pun berkata lagi,"Ya Allah, kau tunjukkanlah padaku siapakah hamba tersebut agar aku bisa bergembira dan dapat meraikan dia.."

Apa Allah kata selepas itu? Ini kata-kata Allah.. "Wahai Musa, selama ini aku telah menutup aibnya selama 40 tahun.. Dan mana mungkin aku membuka aibnya kepadamu pada hari ini.."

Subhanallah.. Ya Tuhanku.. Terharu.. Yakinlah, Allah itu Maha Pengampun.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw seraya berkata,
”Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?”
Rasulullah saw menjawab,”Ya, akan ditulis.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku bertaubat?”
Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Bagaimana jika aku mengulangi lagi?”
Rasulullah saw menjawab,”Akan ditulis.”
Lelaki itu bertanya lagi,”Ya Rasulullah, bagaimana kalau aku bertaubat?”
Rasulullah saw menjawab,”Akan dihapus.”
Lelaki itupun berkata,”Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosa?” Rasulullah saw menjawab,”Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun.” - (HR Thabrani dan al-Hakim)

Juga di sekeliling kita.. Ada tanda-tanda kasih sayang Dia. Cuba lihat kasih sayang seekor kucing kepada anak-anaknya.. Bahkan, lihatlah dan rasakanlah kasih sayang yang telah diberikan ibu, ayah, adik-adik, kakak abang dan kawan-kawan kepada kita.. Subhanallah..
Semua ni kasih sayang yang Allah hadirkan pada hamba-hambaNya.. Pada kita semua tak kira manusia, jin ataupun haiwan.. Kat dunia ni Allah hanya turunkan 1% ja kasih sayang..

Dengan 1% itulah hinggakan ibu burung sampai mengangkat kakinya
dek takut dirinya terpijak anaknya.. Dengan 1% itulah orang di sekeliling kita menyayangi kita..Ya Allah.. Sebegini hebat 1% ni.. Dah la 1% ni Allah yang pinjamkan..

Nway, mana yang 99% itu? Itu Allah punya.. Maka..
Bukankah kasih sayang Allah lagi Maha Banyak daripada kita semua?

Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih..

Rasulullah SAW pernah bersabda, “ALLAH SWT mempunyai 100 rahmat (kasih sayang), dan menurunkan 1 rahmat (dari 100 rahmat) kepada jin, manusia, binatang, dan hewan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbelas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan (ALLAH SWT) menangguhkan 99 bagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti.” - (HR Muslim)

Mahu saya kongsikan lagi kisah kasih sayang Dia? Ini..

Rasulullah saw melihat seorang ibu memegang anaknya, maka baginda bersabda,"Apakah kalian berpendapat wanita ini tegar melemparkan anaknya ke neraka?" Mereka menjawab,"Tidak." Rasulullah saw bersabda lagi,"Cinta Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi cinta ibu tadi kepada anaknya." - (HR Ahmad)

Jangan lupa.. Kita diciptakan dengan kasih-sayang-Nya.. Ya, kita diciptakan oleh-Nya dgn kasih sayang. Iya kan? Apakah perkataan Allah pertama kali pada Nabi Adam as?

Rasulullah saw bersabda,”Saat Allah menciptakan Adam, dan meniup ruh pada dirinya, Adam bersin. Dia berkata,’Alhamdulillah (segala puji bagi Allah).’ Adam mengucapkan tahmid tersebut dgn izin-Nya. Kemudian Rabbnya berkata,’Semoga Allah merahmatimu (mengasihimu), wahai Adam.’ ” - (HR Tirmizi)

Perkataan Allah pertama kali kepada Nabi Adam as adalah,”Rabbmu mengasihimu..”

Allah itu Ar-Rahman..

“Rabbmu telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang,” (QS Al-An’am:54)

"I love you, but Allah loves you most.. So let us love Allah.."

Allah sayang aku, kamu, kami dan kalian semua.. Insyaallah..

-------------------------------------------------------------------

Setiap kali Allah datangkan sesuatu kegembiraan pada saya, saya akan teringat satu ayat dalam surah Ar-Rahman,”Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?”

Ketika hati saya sedih, saya jalan-jalan bawa diri dan ternampak tupai melompat dan berlari-lari. Alhamdulillah.. Terasa terhibur. Di lain masa, ketika hati tengah resah, saya jumpa kucing yang sangat comel di tepi jalan dan lantas menegurnya. Ajaibnya, dia membalas teguran saya. Alhamdulillah.. Terasa sedikit kebahagiaan.

Saat saya sakit, saya tak beritahu pun keluarga saya dan alhamdulillah.. Saya dapat panggilan dari bidadari hati saya. Sesungguhnya seorang mama itu akan selalu tahu. Tiba saat saya tak tahan dengan dugaan hati, tubuh terasa lelah dengan semua yang dibebani..

Saya merintih pada-Nya.. “Tenangkanlah aku, tolonglah aku..” Bila mahu putus asa dan masih dalam tangisan, saya ambil wuduk dan sambung bacaan Quran saya. Dan subhanallah.. Saya diberhentikan-Nya pada satu ayat yang sangat menggugah hati. Saya bukannya paham bahasa arab, tapi saya tahu makna perkataan itu. “La takhof, wa la tahzan.” Ini kata-kata Tuhan kepada saya. Seolah-olah Dia sedang bercakap dengan saya. Subhanallah.. Wahai Tuhan, tak tergambarkan perasaan terharu ini. Terasa seolah-olah dapat jaminan daripada Allah. Allah berkata,”Wahai hamba-Ku, jangan kau takut, jangan kau sedih.” Subhanallah..

Jika ini kata-kata seorang ibu, atau seorang sahabat, hati akan terasa tenang. Tapi.. Allah.. Ini kata-kata Dia. Kata-kata Dia yang telah menciptakan kita. Hati terasa setenang-tenangnya.. Tuhan, Kaulah yang Maha Mencintai.. Saat hati kamu gelisah, ingatlah kata-kata Dia ini,”La takhof wa la tahzan..” Tekapkan pada hati kamu, dan pejamkanlah mata kamu. Hayatilah dan serapilah maknanya dengan sedalam-dalam penghayatan..

Dan jangan pernah lupa ayat cinta Dia, “Fazkuruni azkurkum..” If you remember Me, I’ll remember you.. Peganglah ayat ini pada hati kalian. Sebatikanlah ia dengan hati kalian.. Tiba saat itu, tak semena-mena kalian boleh tesenyum bahagia sendiri.. Terima kasih Allah.. Aku juga menyintai-Mu..

Saya lebih suka memerasankan diri yang Dia dan kekasihnya menyayangi saya. Sebab bila saya perasan camtu, saya akan tetap ada kekuatan bila ada manusia yang membenci dan tak menyukai saya. Allah dan rasulku menyintaiku. Pernah dengar kisah Rasulullah saw dgn seorang hamba ini? Saya suka membayangkan, yang ayat-ayat ini adalah untuk saya. Itu adalah satu kebahagiaan.

Ini HR Tirmizi:

Ada seorang sahabat Rasulullah saw yang tinggal di sebuah desa terpencil bernama Zahir. Dia kurang terpuji akhlaknya, demikian juga perihal pergaulan. Sebab itulah, banyak sahabat yang tidak dapat berinteraksi dengannya, malah kebanyakan mereka menghindarinya kecuali Rasulullah saw yang selalu menunjukkan kasih sayangnya serta dapat berinteraksi dengan penuh kelembutan. Tika melewati sebuah pasar, Rasulullah saw melihat Zahir.

Rasulullah saw mendatanginya dari arah belakang dan memeluknya. Zahir berkepribadian keras, bertanya,”Siapakah ini? Lepaskan aku.” Ketika Rasulullah saw membuka kedua lengannya, spontan Zahir bepusing ke belakang. Saat itu dia mendapati Rasulullah saw berada di depannya. Zahir berkata,”Aku belum pernah merasakan kebahagiaan sedikit pun sebagaimana persentuhan kuilt tubuhku dengan kulit tubuh Rasulullah..”

Kemudian Rasulullah saw mengandeng Zahir dan berdiri di tengah-tengah pasar. Sambil tertawa, baginda berkata,”Siapakah yang ingin membeli hamba ini? Siapakah yang ingin membeli budak ini?” Zahir menanggapi,”Jika begitu, kau akan mendapati yang diriku ini tidak layak dijual, wahai Rasulullah..” Lalu Rasulullah saw bersabda kepadanya,”Akan tetapi di sisi Allah, kau amat berharga..”

Subhanallah.. Ayat last tu buat hati jadi berbunga-bunga mekar. Sangat membahagiakan! Jadi, saya mahu katakan ini pada kalian,”Sahabat-sahabatku.. Di sisi Allah, kalian sangat berharga..”

Allah sangat menyayangi kalian.. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?

Sampai sini saja perkongsian saya. Saya sertakan surah Ar-Rahman yang saya suka dengar. Suka nada bacaannya. Lembut dan sayu.. Asalnya video di youtube, lalu saya convertkan ke mp3. Dan saya sertakan juga gambar kucing saya. Suka tengok gambarnya kerna itu membahagiakan. Tengoklah pipinya yang tembam! Hehehe.. Semoga kebahagiaan itu timbul pada hati-hati kalian juga.. Insyaallah..

Wallahu’alam..

Sumber Rujukan: Semulia Akhlak Nabi, by Amru Khalid dan Bumi Cinta, by Habiburrahman El Shirazy.

Friday, November 19, 2010

BELASUNGKAWA: ABANG SOBRI

“Saya abg sobri ingin memberitahu sobri b. Husin telah meninggal dunia dalam pukul 12 tengahari tadi”.

Itulah mesej yang berdering ke handphone saya dari nombor arwah abang sob jam 2.15 petang tadi.

Innalillahi wa inna ilaihirajiun, terkejut saya apabila menerima mesej ini. Baru beberapa hari lepas saya menerima mesej kematian dari adik kepada seorang sahabat yang lain. Ya Allah! terasa begitu kematian menghampiri diri ini.

Perasaan bercampur baur, fikiran saya terlayang kepada arwah abang Sob. Arwah seorang yang sangat baik sepanjang perkenalan saya dengan arwah. Masih saya ingat, sewaktu pertama kali saya mengendalikan usrah SAHAM untuk adik-adik tahun 1, arwah banyak menemani dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Maklumlah waktu itu saya agak kekok untuk mengendalikan usrah buat pertama kalinya.

Arwah sering kali mudah diajak meluangkan masa walaupun sibuk dengan tugas sebagai seorang pelajar. Sepanjang berusrah arwah sentiasa memberikan peluang kepada saya untuk mengendalikan usrah walaupun kelihatan sungguh “tempang dan kekok”, namun arwah sering memberikan kata-kata semangat dan dorongan kepada saya. Begitu juga kepada adik-adik yang sentiasa meminta perkongsian idea masalah, arwah sangat peramah.

Usrah juga berjalan dengan lancar dan ceria, kerana arwah seorang yang suka berjenaka. Acap kali juga setiap kali usrah, arwah akan membawa 'buah tangan' untuk adik-adik. Kami menjadi begitu rapat sehinggakan saya tidak kekok berkongsi masalah dengan arwah.

Sungguh arwah seorang yang sangat tabah. Sepanjang perkenalan dengan arwah abang sob. Saya diberitahu oleh arwah yang arwah menghidap penyakit jantung. Pada masa itu arwah memberitahu yang sehingga saat arwah ayah arwah meninggal, ayah arwah tidak mengetahui tentang penyakit arwah. Arwah juga berpesan supaya jangan beritahu sesiapa perkara ini. Sempat arwah berseloroh yang arwah biasa pengsan kat fakulti dan tempat-tempat lain.

Seingat saya, perbualan saya yang terakhir saya dengan arwah beberapa bulan yang lalu. Masa itu saya ada tanya kesihatan arwah dan suara arwah kedengaran kurang sihat. Mendung sungguh didalam dada.

Semenjak 2-3 hari ini, saya memang merasa lain dalam hati. Mungkin petanda saya bakal kehilangan arwah. Entahlah samada kebetulan mungkin, saya ada terbayang orang dikafan, keranda diusung dan lubang kubur. Saya merasa cukup hairan kerana gambaran tersebut terkadang menerpa secara tiba-tiba. Mungkin ini petandanya. Kebiasaannya gambaran tersebut agak kerap kali saya dapat semasa dulu-dulu jika ada orang yang terdekat akan meninggal. Namun saya menganggap itu hanya kebetulan.

Untuk arwah abang Sobri…

“Sungguh seketika pertemuan kita,bagaikan semalam berkongsi rasa, semoga dirimu terus berbahagia disana, aku tahu sudah lama Engkau menanggung derita, sakitmu didalam dada, disembunyikan dari semua”. Abang Sob “ana pasti akan teringat abang Sob sampai bila-bila”,Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH BUAT ARWAH ABANG SOBRI BIN HUSIN YANG MENINGGAL LEBIH KURANG JAM 12 TGH HARI TADI (18/11/2010)-HARI RAYA KE2 AIDILADHA….

ASTAGHFIRULLAHALA’ZIM...

Thursday, October 7, 2010

KEMBARA LI

Salam wbt..

Sebenarnya ini adalah tulisan saya semasa sedang menjalani Latihan Industri lalu. Tersimpan rapi dalam laptop ini. Sebelum segala kenangan berlalu pergi, ingin saya berkongsi tetap pengalaman sepanjang kembara LI lalu..terima kasih pada Allah jua atas peluang ini.

PART 1: KEMBARA BERMULA

Alhamdulillah, Latihan Industri kini sudah memasuki minggu ke-9. Seminggu sahaja lagi untuk menamatkannya. Segala puja dan puji hanya kepada Allah swt kerana mengizinkan saya untuk mengecapi nikmat berLI. Tempoh yang singkat, namun memberi pelbagai pengalaman yang tidak mungkin dilupakan. Sebelum masa berlalu melarikan pengalaman dan kenangan yang saya lalui ini. Maka saya meluangkan juga masa untuk menulis sebagai simpanan di blog ini. KepadaMu jua Ya Allah diri memanjatkan kesyukuran kerana memberi kekuatan untuk menulis. Ikutilah pengembaraan saya sepanjang latihan industri.

Bermulanya kisah….

Perjalanan meninggalkan bumi kelahiran Kelantan saya mulakan. Masih saya ingat di kala 8/5/2010. Hanya satu hari itu saja saya sempat pulang ke kampung. Itu pun semata-mata ingin menatap wajah kedua ibu bapa tersayang. Walaupun seketika, “roh” kasih sayang itu mampu menyentuh hati yang sangat inginkan doa,keberkatan dari ayah dan ibu.

Pagi 9/5/2010 (Sabtu), saya dan bazli menaiki kereta kancil bersama nik untuk bertolak ke UMP. Alhamdulillah, cuaca pada hari tersebut panas terik dan cerah untuk memudahkan perjalanan. Sungguh gembira rasanya dihati ini apabila sahabat serumah,sekelas pun dapat tempat praktikal yang sama. Paling tidak saya tidak keseorangan berada ditempat orang. Dapatlah juga meringankan kos sewa rumah dan kos hidup yang tinggi di bandar. Lagipun hidup berjemaah lebih terselamat dari sorang-sorang. Nabi bersabda,kambing yang dok seekor lebih senang di makan serigala.

Ujian pertama

Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba kami di uji oleh Allah swt apabila kereta tiba-tiba rosak. Puncanya kerana air yang sudah kering. Rupa-rupanya penutup tangki air tidak ketat, jadi air semua dah tumpah. Begitulah keringnya seketika semangat yang sedang berkobar-kobar. Keputusannya kami terpaksa menunggu ayah nik hadir untuk memperbaiki kereta tersebut. Tengah hari yang panas terik. Menanti di tepi jalan, sungguh menghauskan. Namun mujurlah sempat juga singgah dikedai untuk menghilangkan dahaga.


Kereta tersadai di tepi jalan di waktu terik mentari. Disinilah lokasi ujian pertama dihari pertama perjalanan. Diseberang jalan tersebut kami mencari air dikala panas kehausan.

Kerana perancangan Allah sentiasa saja lebih baik, maka kereta tersebut akhirnya terpaksa di tarik pulang ke pasir puteh. Pada mulanya, hati terasa sangat bimbang kerana pendaftaran bermula esok. Sempat ke tak ni, hati berbisik. Namun kerana memikirkan risiko kerosakan kereta di perjalanan nanti, akhirnya kami terpaksa akur. Keputusan yang di ambil menukar kereta dari kancil kepada viva (hikmah kejadian saya nampak selepas kejadian). Perjalanan yang dijangka awal bertukar ke lewat petang. Seingat saya menghampiri waktu Maghrib baru kami bertolak. Lega rasanya apabila dah mula bertolak.

UPM,where are you?

Lebih kurang jam 1 pagi, kami tiba di UMP. Rehat terpaksa di tangguhkan, usai sahaja Jama’ takkhir. Kami terus memunggah barang-barang ke dalam kereta. Walaupun penat tapi terpaksa bertahan. Berbekalkan sebuah peta dari google maps, kami meneruskan kembara ke Selangor mencari Universiti Putra Malaysia. Lebih kurang jam 5 pagi, kami memasuki bandar KL. Pertama kalinya sampai dengan kereta, terpaksa mencari jalan dengan barang yang sarat didalam kereta sememangnya memeningkan kepala. Apatah lagi signboard yang sangat-sangat mengelirukan.

Kata orang “Rumahku syurgaku” tapi inilah “keretaku rumahku”

Maka bermulalah episod untuk mengejutkan sahabat-sahabat yang sedang lena tidur di waktu pagi untuk bertanya jalan ke UPM. Terima kasih kpd yang sudi melayan panggilan “hangit” pagi tersebut iaitu abg adli, afiq dan aiman. Sungguh melucukan jika terkenangkan saat tersebut, kerana seperti “tawaf” satu KL semata-mata untuk mencari UPM. Dari batu caves ke KLCC,kemudian pusing entah ke mana-mana. 8.30 pagi,kami masih dalam perjalanan dan akhirnya Allah mempetemukan juga tempat yang di cari walau lewat beberapa minit. Itulah 3 jam pertama di bandar KL tersesat seketika…


“Inilah yang di cari, oh signboard!”



Melapor diri dengan banyak dibantu Kak Umi,maka kami diperkenalkan dengan Pof Dr Robiah Yunus, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UPM. Beliau seorang yang sangat baik hati walaupun berjawatan tinggi. Seorang yang sangat peramah. “taaruf” punya “taaruf”, akhirnya terbongkarlah jua Dr Robiah pun berasal dari Kelantan (Kadok). Apabila budu tercium,maka terkeluarlah loghat kelate..hehe. Tapi Dr Robiah sempat berseloroh, “sini tok leh kecek kelate”….To be continued,InsyaAllah.


Part 2: SEJARAH LI & KAITAN DENGAN UPM

Lebih kurang jam 2.30 petang, kami dibawa melawat tempat yang akan kami kerja nanti iaitu Solution Engineering Sdn Bhd,Taman Perindustrian Kinrara,Puchong. Syarikat ini dibahagikan kepada 4 bahagian utama. Bahagian atas adalah ruangan pejabat. Bahagian bawah adalah ruangan fabricate, ruangan testing/demo dan juga satu bahagian pilot plant. Di bahagian pilot plant itu dinamakan solution biogen sdn bhd. Solution biogen adalah pilot plant hasil kerjasama antara Solution dan juga UPM dimana UPM diwakili Dr Robiah sendiri sebagai consultant. Di bahagian inilah kami ditugaskan untuk bekerja.

Petang itu, kami memasuki kilang tersebut bersama Dr Robiah,kak umi,syuhada dan beberapa orang staf upm. Minyak “bertaburan” di atas lantai memandangkan kawasan tersebut memproses minyak pelincir. Kami diperkenalkan dengan HK Choong seorang project Engineer dan juga Chang Teck Sin seorang Project Manager. Kali pertama melihat kilang tersebut,kebanyakan yang bekerja adalah orang cina. Kami juga turut diperkenalkan kepada staff dan juga bos company tersebut iaitu Mr Bary Lim. Beliau juga seorang yang baik apabila mencadangkan kepada staf company tersebut untuk menyediakan acomadation (rumah company) kepada kami walau pada asalnya tidak ada dalam perjanjian untuk meyediakan acomadation. Alhamdulillah, Allah lah yang memberikan rezeki ini kepada kami.

Hari tersebut,kami pulang awal dari tempat kerja. Lewat petang mencari rumah untuk disewa kerana rumah company tersebut belum konfim dapat dan tidak tahu berapa bayaran yang dikenakan. Maka sekali lagi bermula episod kembara menetap di mana sahaja yang dirasakan sesuai. Antara rumah-rumah yang sempat kami singgah bermalam ialah rumah abang kepada abang adli (USJ), kawan bazli (Shah Alam). Beberapa hari yang agak lintang pukang memandangkan rumah yang tidak menentu, jalan yang belum diterokai sepenuhnya (beberapa kali sesat), terpaksa turun awal pagi ke tempat kerja. Namun segalanya di tempuh dengan penuh kesabaran. Hehe.. Alhamdulillah sepanjang pencarian rumah abang adli banyak membantu, Dr Robiah juga turut menawarkan rumahnya untuk ditumpang sementara waktu, abang shuhairi yang setia mencari rumah untuk kami, Kak Umi yang juga turut sama membantu.

Malam yang sungguh memenatkan memandangkan segalanya berada di kondisi yang tidak menentu. Maka apabila kepala direbahkan, perasaan mula melayang maka mata mula terlelap.

Kerinduan mula bertamu

Malam-malam yang dilalui kadang-kadang dirasakan sungguh berlainan tanpa sahabat-sahabat V25 disisi. Di ketika itu jugalah saat mata kian terlelap. Kerinduan mula datang bertamu. Wajah-wajah sahabat mula membayangi fikiran. Entah kenapa perasaan sungguh lain. Mungkin sudah terlalu lama hidup bersama,makan bertalam,solat berjamaah, tidur bersama dan lain-lain. Tanpa sedar, terkadang dada mula terjentik dengan syahdu. Namun didalam doa hanya nama kalian mampu ku alunkan. Memohon semoga semua selamat. Sehingga saat saya menulis, memang sebelum mata terlelap saya akan teringat sahabat-sahabat semua. Mungkin inilah ujian di kala kejauhan.


Antara restoran yang sempat kami singgah semasa mencari rumah sewa disekitar Puchong bersama abang adli.