Monday, February 6, 2012

KEMBALILAH SEPERTI BAYI, KEMBALILAH KPD FITRAH


Alhamdulillah, dengan takdir Allah swt.. Kudrat yang dipinjamkanNya membolehkan saya menaip sepatah dua kata pada blog yang semakin berhabuk ini, iyelah memandangkan ledakan FB yang semakin hari semakin popular turut menyamai FB, ramai yang mula mengfacebookan diri berbanding blog.

Entri kali ini sekadar bermuhasab kembali liku-liku perjalanan yang dilalui untuk pengajaran kita bersama. Sebab ada ketika ketika kita pantas memandu laju kereta, memecut kedepan, kita perlu memandang cermin belakang untuk melihat kenderaan belakang sekaligus memperbetulkan arah kenderaan kita juga. Begitu juga dengan hidup ini, sesekali kita sudah jauh didepan, ada masanya kita perlu menyelam sedalam-dalamnya melihat kembali roh kita, membersihkan kembali jiwa kita yang kian berkarat dan bersumbat dengan karat dunia dan segala mazmumah yang lain.

Masihkah kita ingat pada wajah bayi kita yang comel diwaktu kita masih tidak mengerti apa-apa? Masihkah kita merasai rasa kehambaan yang pernah kita ikrar disuatu ketika dahulu semasa di alam roh? Sudah pasti kita sudah terlalu jauh melupakannya, tapi hakikatnya itulah diri kita yang sebenarnya.


Roh kita sebenarnya roh yang bersih, roh yang pernah melafazkan janji ketaatan kepada Allah swt suatu ketika dahulu, Allah merakamkannya didalam Al-Quran, mungkin sidang pembaca yang budiman boleh mencari surah tersebut. Maka setelah sempurna kejadian roh, kita berada di dalam perut ibu, waktu itu kita sungguh baik, senyap, taat je pada perintah Allah. Saya pernah melihat sehinggakan apabila ayat Al-Quran dibacakan, bayi yang berada dalam perut ibu berubah kedudukan seperti dalam keadaan bersujud. Hakikatnya itulah diri kita. Sewaktu dilahirkan, kita putih bersih, baik, comel. Semua orang sukakan kita, ramai yang cubit pipi kita, cium kita. Kita baik je waktu tu..

Subhanallah itulah diri, maka kembalilah diri kita seperti bayi, buangkan kembali dosa yang kian melekat dan hanyir pada badan kita, sebagaimana bayi yang dekat dengan Allah, maka semoga kita semakin dekat kepada Allah apabila kita membersihkan diri dari dosa. Kembalilah kepada bayi, kepada fitrah!

Bersambung..InsyaAllah

Wednesday, December 14, 2011

PERASAN TAK?

PERASAN TAK?

KETIKA KITA DILAHIRKAN DENGAN NIKMAT IMAN DAN ISLAM,

ADA YANG DILAHIRKAN SEBAGAI NON MUSLIM


PERASAN TAK?

KETIKA KITA BANGUN PAGI, KITA MASIH MAMPU BERNAFAS,

ADA MANUSIA YANG TIDUR DAN TERUS TERLENA SEHINGGA KEALAM BARZAKH


PERASAN TAK?

KETIKA KITA MASIH MEMPUNYAI KEDUA IBU BAPA

ADA MANUSIA YANG DILAHIRKAN TANPA SEMPAT MELIHAT KEDUA IBU BAPA


PERASAN TAK?

KETIKA KITA KELAPARAN, ALLAH MENGHULURKAN REZEKI BERUPA MAKANAN,

ADA MANUSIA YANG MATI KERANA KEBULURAN


PERASAN TAK?

KETIKA KITA DIKURNIAKAN AIR YANG CUKUP UNTUK KEGUNAAN HARIAN,

ADA MANUSIA YANG HIDUP SUSAH KERANA BUMI KETANDUSAN AIR


PERASAN TAK?

KETIKA KITA MASIH ADA KEDUA TANGAN DAN KEDUA KAKI,

ADA MANUSIA YANG DILAHIRKAN CACAT ANGGOTA TANGAN, KAKI


PERASAN TAK?

KETIKA KITA MAMPU BERCAKAP, MELIHAT DAN MENDENGAR DENGAN BAIK,

ADA MANUSIA YANG DILAHIRKAN DENGAN BISU, BUTA, PEKAK


PERASAN TAK?

KETIKA KITA SIHAT BEBAS DARI SEBARANG PENYAKIT, BEBAS KE SANA KE SINI

ADA MANUSIA YANG TERLANTAR SAKIT KRONIK DIHOSPITAL


PERASAN TAK?

KETIKA KITA TERLENA DENGAN KATIL YANG EMPUK

ADA MANUSIA YANG TERJAGA KERANA DENTUMAN BOM


PERASAN TAK?

KETIKA AKAL KITA MASIH WARAS BERFIKIR

ADA MANUSIA YANG DITAKDIRKAN ALLAH MENJADI GILA


PERASAN TAK?

BANYAKKAN NIKMAT-NIKMAT YANG ALLAH BAGI KAT KITA?

Thursday, December 8, 2011

TERIMALAH HADIAH DARI TUHAN


Ketika kita dihulurkan cinta oleh Allah swt berupa cinta kasih sayang berbentuk ujian, samada sakit, kekurangan harta, susah dan lain-lain, kita mula merasa resah, hati kita cepat gelisah, cepat melatah dengan emosi kita yang tak menentu, ditambah dengan syaitan yang cuba merasuk dan mempengaruhi jiwa kita.

Tanpa sedar, kita mula mengeluh, merungut, menyesal dan lain-lain. Sebenarnya apa yang kita zahirkan? Kita sedang menolak cinta dari Sang kekasih, kita sedang menepis hadiah yang Allah hulurkan kepada kita.

Kita mungkin terlupa. Padahal kita pernah diuji dengan kepayahan suatu ketika dahulu, kita merayu dan mengadu, akhirnya Allah melepaskan kita dari kesusahan tersebut. Maka yakinilah bahawa kali ini juga begitu, keresahan itu tidak lama, bukankah matahari akan bersinar terang selepas malam pergi, bukankah pelangi akan datang selepas hujan panas.

Ketika gusar mencengkam ke jiwa,kita mula mencari manusia, kita berbicara mendesak hati agar segera mencari manusia untuk mendengar resah dijiwa kita, kita mencari perhatian manusia. Sedang Allah, yang tulus menghadiahkan cinta sedang setia menunggu kita, untuk datang mengadu padaNya. Bukankah Allah Ya Maha Mendengar, Maha Melihat. Allah juga Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ketika si ibu, melihat si anak kecil yang masih mentah leka bermain diterik mentari. Si ibu memanggil anak kembali. Kasihnya seorang ibu kepada anak, risau kalau si anak demam dan sebagainya. Begitulah dengan Allah, malah sifat Allah Maha Penyayang melebihi kasih seorang ibu pada anaknya, sesekali kita terleka dengan dunia. Allah memanggil kita kembali. Maka sahutlah panggilan kasih dan cinta dari Allah. Dia masih setia menunggu kita ketika kita curang mencintaiNya.

SEBUT PADA DIRI: HARI INI SAYA MEMILIH UNTUK BERSYUKUR KERANA ALLAH BERIKAN SAYA NIKMAT IMAN DAN ISLAM, ALLAH BERIKAN SAYA KESIHATAN, ALLAH BERIKAN SAYA MAKANAN, MINUMAN, ALLAH BERIKAN SAYA NAFAS, ALLAH BERIKAN SAYA KEDUA IBU BAPA DAN KELUARGA, ALLAH BERIKAN SAYA SAHABAT2 YANG BAIK, ALLAH BERIKAN SAYA PAKAIAN, ALLAH BERIKAN SAYA KEDAMAIAN, ALLAH BERIKAN SAYA KAKI, TANGAN. ALLAH BERIKAN SAYA MATA, TELINGA DAN LAIN-LAIN LAGI. CAKAP PADA HATI, HARI INI SAYA MEMILIH UNTUK MENCARI REDHA ALLAH, BUKAN PENGHARGAAN MANUSIA.

Thursday, September 1, 2011

Checklist nikmat2 Allah


Sungguh besar nikmat-nikmat yang Allah anugerahkan kepada kita, Itulah Allah swt yang terkenal dengan sifatNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang! Sejenak, mari kita bermuhasabah dan menginsafi diri, kita renung dan hayati sedalam-dalamnya akan nikmat yang sedia ada kita miliki yang Allah anugerahkan pada kita.


Sedar atau tidak. Nikmat yang paling besar yang kita dapat waktu ini ialah nikmat IMAN & ISLAM, besarnya nikmat ini kerana menentukan arah tujuan hidup kita, keadaan pengakhiran hidup kita samada bertemu syurga atau neraka. Beruntungnya kan sebab kita lahir dari perut ibu yang beragama ISLAM, satu-satunya agama yang diredhai disisi Allah, sejenak mari kita pandang kepada manusia yang ditakdirkan oleh Allah untuk hidup sebagai bukan islam, jauh dari penghayatan islam, kehidupan yang tidak tahu arah tuju, malah ada yang mati tanpa sempat memeluk islam. Pernahkah anda melihat, dan mempunyai kawan-kawan yang bukan islam, apa beza kita dengan mereka? Bagaimana agaknya kehidupan mereka diakhirat kelak waktu dihadapkan didepan Allah?


Seterusnya, sewaktu kita bangun pagi-pagi, kita mampu bernafas menyedut oksigen. Kita rasa nyaman tanpa merasa sesak nafas, bayangkan kalau tiba-tiba kita bangun dan nafas terasa sesak, sakit dada untuk bernafas. Pernahkah anda merasa demikian? Saya pernah merasa, susahnya terasa waktu itu. Alhamdulillah, Allah masih memberikan kita pernafasan yang sempurna. Dan tahukah kita ada yang tidur waktu malamnya, kemudiaan matanya terus terpejam tanpa dapat dibuka lagi. Allah telah menjemputnya kembali. Pernahkah kita mendengar tentang orang yang mati sewaktu tidur? Saya pernah dengar, jadi bersyukurlah sebab Allah masih bagi peluang untuk kita bernafas dan menjalani hidup ini, mungkin Allah memberikan kita peluang untuk bertaubat atas segala dosa-dosa lampau.


Seterusnya lagi, kita di anugerahkan kesihatan tubuh badan. Badan yang sihat, bebas dari sebarang penyakit. Ketahuilah bahawasanya sungguh ramai manusia yang menderita berada dihospital sekarang kerana ditimpa pelbagai penyakit, boleh jadi ada antara mereka adalah dari ahli keluarga kita, saudara-saudara kita atau mungkin sahabat-sahabat kita. Bila tidak sihat, banyak kerja yang terganggu. Andai ditanya kepada mereka apa yang mereka inginkan, mestilah mereka inginkan kesihatan yang baik. Pulih seperti orang lain, bayangkan kalau anda menderita lemah jantung, kalau dah tahap kronik. Orang pengsan didepan anda pun,anda boleh diserang lemah jantung. Bayangkan kalau anda diserang penyakit batu karang, sakitnya menahan apabila ingin membuang air kecil. Bayangkan anda ingin membuang air besar, sakit perut yang teramat tetapi sembelit.. Saya pernag bertemu dengan orang yang macam ni.Seterusnya ada yang dihinggapi penyakit kanser, terpaksa bertahan dengan kemoterapi, sakitnya hanya Allah yang tahu, gugur semua rambut, tubuh kurus kering.Malah ada diantara mereka dipanggil menghadap Allah dengan penyakit mereka tersebut. Namun semua terpaksa ditempuh kerana itu adalah ujian Allah swt. Saya pernah menyaksikan golongan-golongan tersebut,anda?


Lagi..Kita dianugerahkan oleh Allah dengan nikmat pancaindera yang sempurna, ada tangan dan kaki. Mari..Mari lihat dan pandanglah sekeliling kita, berapa ramai manusia yang dilahirkan cacat, saya pernah bertemu dengan manusia yang tidak mempunyai kedua tangan dan kaki, tapi sangat komitmen solat berjemaah lima waktu dimasjid. Saya pernah bertemu dengan manusia yang cacat, terpaksa menggunakan kerusi roda dan berjalan dengan menggunakan tangan untuk melangkah kedalam tandas. Kita juga mungkin pernah bertemu dengan manusia yang pada asalnya sihat, kemudiaan apabila kemalangan atau terkena penyakit, tangan atau kakinya terpaksa dipotong. Subhanallah, Allah masih lagi mengekalkan anggota-anggota badan kita dengan sempurna. Seterusnya, lihatlah pada mata anda. Eh rupa-rupanya ada manusia yang dilahirkan dengan buta. Pernah bertemu dengan orang yang buta? Subhanallah, ramainya orang buta diluar sana, samada hidup berdikari dan sebahagian mereka mengemis. Lagi, kita mempunyai pendengaran yang baik, boleh mendengar. Kita mempunyai lidah yang mampu bercakap. Sekali lagi, pandanglah sekeliling, lihat pula manusia ada yang dilahirkan bisu, pekak. Anda pernah bertemu dengan golongan yang bisu dan pekak? Saya pernah..susahnya nak berkomunikasi, akhirnya terpaksa menggunakan bahasa isyarat. Kita? Sangat-sangat sempurna pancaindera, jadi bersyukurlah.


Ermm…lagi, Pernah merasa kebuluran? Tak de makanan untuk dimakan? Perut kelaparan tapi terpaksa ditahan kerana tiada duit untuk membeli makananan. Saya rasa kebanyakan kita tidak pernah hidup kebuluran, malah sebahagian kita boleh makan secara bermewah setiap hari, malah ada yang sampai melakukan pembaziran. Lebih teruk dari itu, timbul pula pelbagai jenis penyakit kerana terlebih makan. Subhanallah, cuba renung sekeliling, saat kita makan dan hidup dalam kekenyangan, ada manusia yang hidup menderita kelaparan, malah ada yang kebuluran. Lihatlah saudara-saudara kita yang berada di Negara lain, ada yang kurus kering kerana menderita tiada makanan. Malah ada yang meninggal dunia kerana terpaksa menahan lapar. Ya Allah, kita cukup-cukup bertuah!


Lagiii… kita dianugerahkan dengan nikmat kedamaian. Damainya disini bermaksud bebas dari peperangan. Sungguh besar kesan nikmat ini untuk kehidupan kita. Malah lenanya kita tertidur sehingga terlepas dari solat subuh kerana empuknya katil kita. Subhanallah.. Cuba lihat Negara saudara kita seperti Palestin, Afghanistan, Kashmir..Bagaimana agaknya hidup dalam suasana peperangan. Setiap hari mendengar dentuman peluru dan bom, Sungguh tidak lena untuk tidur kerana berdepan dengan ketakutan. Malah peperangan ini jugalah yang telah membunuh mereka, ibu, ayah dan ahli keluarga turut menjadi korban. Bayangkan, andai kita berada ditempat mereka..dan yang menjadi mangsa itu adalah dari keluarga kita. Apa perasaan kita?


Tiba-tiba jari saya lenguh nak menulis, fikiran menerawang terlalu banyak nikmat-nikmat yang Allah berikan, itu belum mengambil kira pecahan-pecahan nikmat yang kecil didalam salur pembulu darah, bagaimana ianya dialirkan dgn sempurna seperti lirik lagu Maher Zain, Subhanallah, cukuplah untuk mengingati semua nikmat-nikmat yang disebutkan ini memberikan alasan yang sangat kuat untuk kita menangis, Allah terlalu bersifat Pengasih dan Penyayang, tetapi kita sering nampak apa yang tiada, yang ada didepan mata seringkali dilupa.. Sehinggalah kita kehilangan nikmat-nikmat tersebut. Untuk menginsafi diri, pandanglah manusia yang jauh lebih diuji dari kita..Malukan pada Allah? NILAIAN SYUKUR KITA TERLALU KECIL BERBANDING DENGAN APA YANG ALLAH BAGI.


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Saturday, June 25, 2011

ERTI REZEKI, NANTI MENGERTI


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana telah mengurniakan pekerjaan kepadaku. Sekarang sangat susah untuk mendapatkan pekerjaan. Ramai antara kawan-kawanku yang baru saja tamat belajar tetapi masih tidak mendapat pekerjaan. Aku bersyukur kerana aku antara yang Allah pilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pekerja, dan tanggungjawab yang lebih besar yang sepatutnya aku sedar adalah pekerja kepada Allah swt.

Alhamdulillah, aku diterima untuk bekerja di tempat aku menjalani Latihan Industri dulu, itu pun selepas aku merisik dan bertanya kembali Supervisor ku kalau-kalau dia perlukan orang untuk membantu projeknya. Pertanyaanku tidak sia-sia kerana sememangnya dia perlukan orang untuk membantu projeknya. Waktu ini pelbagai perasaan menyelubungi diriku. Cemas, takut, risau dan lain-lain.

Lusa, aku akan memulakan kerja sebagai RA (research assistant) di syraikat Solution Engineering di Puchong, kali ini aku berseorangan tidak seperti waktu aku LI dulu 3 orang. Tak sabar rasanya nak bekerja, aku berharap aku dapat menjadi seorang pekerja yang ikhlas, jujur dan amanah kerana wang yang bakal aku perolehi sebagai gaji akan dipersoalkan oleh Allah nanti.

Aku sudah bernazar, gaji pertama yang bakal aku dapat akan aku berikan dalam jumlah tertentu kepada ma dan abahku. Aku terlalu banyak terhutang budi dan jasa dengan kebaikan ma dan abah. Ma dan abah telah berkorban segala-galanya. Aku semakin pasti dan aku semakin yakin. Aku juga dari keluarga yang susah seperti orang lain. Ya Allah tak mampu nak ucapkan dengan kata-kata tatkala melihat kesungguhan dan pengorbanan kedua ibubapa. Sebak rasanya didada ini.

Ma dan abah selalu pesan, kalau mereka susah kat kampong takpe. Tapi anak-anak dia yang berjauhan kalau susah nanti takde sapa nak tolong. Ma pesan supaya bekerja molek2, dan jaga diri bila bekerja.

Ya Allah, hanya padaMu aku memohon, supaya aku sentiasa ingat akan pesan kedua orang tuaku, tidak lupa diri dengan kesenangan,jadikan aku anak yang soleh. Semoga kebajikan dan kerja yang bakal aku lakukan akan menjadikan pahala untuk kedua ibu bapaku. Ya Allah padaMu aku memohon kemaafan, kekuatan dalam kembara untuk mencari sebuah rezeki.

Aku tahu ERTI REZEKI, SUSAH, PAYAH, PENGORBANAN KEDUA IBU BAPA, NANTI AKU AKAN MENGERTI. UNTUKKU, AKU MESTI BERSEMANGAT DAN BERMOTIVASI,MOGA AKU MENJADI LEBIH MATANG.

Friday, May 27, 2011

UBATILAH HATI KAMI

Kadang-kadang bila sudah semakin jauh perjalanan kehidupan, kita menjadi semakin bingung. Tidak nampak apa yang hendak dikejar didalam hidup ini sebenarnya. Belajar,mendapat segulung ijazah,bekerja, dapat gaji, beli kereta besar, rumah besar, berkahwin, dapat anak..dan bla..bla…

Semakin kita meniti kehidupan, kita semakin bingung, tidak menemui apa yang kita cari, semakin kita memburu nilai kehidupan, kita dihadapkan dengan rasa kecewa, buntu, gundah gulana. Semakin banyak duit, semakin kita alpa dan lalai kerana nak menjaga harta. Untuk apa itu semua?? Apakah itu menjamin kepuasan kepada kita sementara hidup didunia. Semua itu hanya tuntutan nafsu, keinginan yang berlebihan itu timbul kerana jiwa kita sakit, syaitan pula semakin meracuni pemikiran kita…

Hati kita sakit, jiwa kita perlu dirawat..Rawatan yang tidak disediakan dihospital kerajaan mahupun swasta. Jiwa yang sakit perlu dirawat,dibasuh dengan memohon pertolongan pencipta jiwa kita, iaitu Allah swt…Ya Allah Yang Maha membolak balikkan hati,tetapkanlah hati kami didalam agamaMu dan di atas ketaatan kepadaMu…Sekali lagi, balik ke pangkal jalan, sekali lagi..mohonlah pertolongan dan kemaafan kepada Allah…Sehingga kita bertemu denganNya..

Monday, May 16, 2011

NOTA ZIKIR & FIKIR

Dengan mengingati Allah, jiwa akan menjadi tenang..

Itulah maksud ayat Al-Quran yang pernah kita dengar bukan? Allah tidak pernah berbohong apabila mengkhabarkannya melalui al-Quran.

Persoalannya bagaimana, saya dan anda mungkin pernah tertanya. Berzikir,tetapi tak rasa tenang dan damai..Kenapa? Kita mungkin menjadi pelik. Lalu kita menjadi orang2 yang mengambil jalan pintas untuk mengiburkan perasaan kita yang resah gelisah. Antaranya kita menonton movie, mendengar lagu, mencari kawan untuk bersembang, tidur dan lain-lain. Saya juga tidak terlepas dari melakukannya.

Tetapi anehnya, ketenangan tidak juga hadir. Malah masalah/keserabutan hanya akan hilang ketika kita melakukan aktiviti2 tersebut, selepas dari itu masalah sama akan tetap datang bersarang difikiran. Malah mungkin ianya lebih menyerabutkan dan merumitkan, mana tidaknya.. mungkin movie yang ditonton mempunyai unsur2 maksiat yang jelas,lagu-lagu yang kita dengar jelas melalaikan dari mengingati Allah, kita bersembang dengan mengumpat keburukan orang lain..Maka sudah pasti kita semakin tertekan dan serabut walau kita cuba menghilangkannya..

Maka satu dari jalan untuk menyelesaikannya, Allah menyediakan jalan iaitu berzikir. Saya menfokuskan zikir disini zikir yang khusus seperti menyebut Subhanallah,Alhamdulillah,allhuakbar,zikir menyebut Asmaulhusna.Zikir memerlukan waktu yang khusus, keadaan kita yang bersedia. Seperti juga solat,jika zikir dilafazkan tanpa persediaan.mulut kita hanya terkumat kamit tetapi jauh dari penghayatan.

Saya menyarakan kepada diri dan sahabat2 sekalian untuk kita mengamalkan zikir asmaulhusna..99 nama-nama Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan jika diamalkan. Bersihkan pakaian kita, pakai wangi-wangian, jauhkan diri dari sebarang gangguan manusia (waktu sedang manusia nyenyak tidur tengah malam adalah waktu terbaik untuk berzikir), datanglah kepada Allah dengan penuh kehinaan. Selepas solat sunat dua rakaat, mulakanlah berzikir..Fahamilah..Saya mengambil satu contoh zikir Asmaulhusna..iaitu Ya Rahim (Yang Maha Penyayang)..

Sebut Ya Rahim berulang-ulang kali, sementara itu alihkan hati kita kepada sifat kasih sayang Allah yang terbukti didepan mata. Kasih sayang Allah yang jelas, apabila kita dilahirkan dalam keadaan nikmat iman dan islam, dapat bernafas, cukup makan minum, kesihatan yang baik, dan macam2 lagi..sementara itu ingatilah orang2 yang tidak mampu mengecapi nikmat tersebut atau pun lebih teruk lagi dari kita. Mereka ada disekeliling kita yang kita lihat dan perhati selalu..Bayangkan berulang-ulang kali,ingatlah sifat kasih sayang Allah. Bandingkan kebaikan Allah dengan apa yang kita berikan pada Allah. Rasailah, sebutlah, ingatilah. biarkan air mata kita mengalir kerana merasakan kasih sayang Allah terlalu menggunung tinggi kepada kita, sementara kita sentiasa melakukan kesilapan kepada Allah.

"Maka kita akan merasa kebaikan Allah sudah cukup untuk menjadikan kita malu kepada Allah"

Sumber: Copy dari seorang sahabat