Monday, March 2, 2009

AL FATIHAH BUATMU!!!!!!!!!!

Boooommmmm….tiba-tiba satu dentuman kuat seakan-akan seseorang merempuh pintu kedengaran, ianya mengejutkan jemaah yang sedang khusyuk solat di sebuah masjid di kg Jal Besar termasuklah aku sendiri..”assalamualaikum warohmatollah 2x”,imam memberikan salam,aku seperti biasa sudah dapat mengagak apakah bunyi tadi.
Selesai sahaja imam membacakan wirid dan doa, aku menghampiri seorang pak cik tua yang aku panggil sebagai Pak Cu iaitu datuk saudara aku sendiri.

“Pak Cu tak apa-apa,” aku memulakan bicara?
“Tak de apa-apa cuma sakit pinggang sikit,”luah pak cu yang memberitahu dia tidak sengaja merempuh pintu hadapan masjid sekejap tadi.
Bunyi kedengaran tadi disebabkan pak cu yang secara tidak sengaja merempuh pintu hadapan di masjid tersebut. Kuatnya pak cu ni,walau seluruh badan tercalar,luka sana sini..tp masih berusaha untuk melakukan solat jemaah di masjid,mengapa ya? Sedangkan aku langsung tidak seteguh pendirian pak cu yang sanggup menghadapi ujian seperti semata-mata untuk memastikan takbir bergema bersama makmun di masjid..subhanallah,malunya aku padamu ya allah..malunya aku pada diri sendiri,aku yang masih diberi kudrat tidak sekuat pak cu,hatiku berbicara..

hari ni datang dengan motosikal ker kat masjid.ha ah jawabku ringkas lantas meninggalkan pak cu sendiri mengangkat diri menuju ke tangga masjid..sementara itu aku seperti biasa membuat selekoh dengan motosikal ku menuju ke tangga masjid untuk menghantar pak cu ke rumahnya.Allah hu akbar pejam pula dah mata pak cu.bicara pak cu sambil ku membonceng motosikalPejam pulak??aku bertanya.Ha ah…bismillahirahmanirahim….terkumat-kamit mulut pak cu membacakan ayat-ayat suci al-quran memohon kepada ALLAH agar mata dapat di buka semula

Lebih kurang seminit kemudian,kami sampai di rumah pak cu..hantar depan rumah pak cu,tak usah la hantar kat belakang..beritahu pak cu yang kebiasaannya menyuruh aku menghantar sehingga ke dapur rumahnya..ok lah pak cu kita hantar kat depan rumah pak cu…pejam lagi ker pak cu?tanyaku..ha ah,jawabnya. sambil aku mengangkat kaki pak cu menolongnya turun dari motosikalku..lama dah pak cu tak mengurut mungkin ni menyebabkan mata selalu terpejam..urat ker?ku bertanya. ha..ada kait dengan urat jugak

Tangan pak cu terkapai-kapai menyeluk kock baju yang dipakainya seakan-akan mengambil sesuatu..ni mesti nak bagi duit kat aku ..ya allah tak sanggup rasanya menerima duit ni.apalah yang aku lakukan hanya menghantar pak cu..kalau nk ikutkan berapa milliliter sangat minyak motorku berkurang.nah duit buat minum air..beritahu pak cu sambil mencari-cari kocek bajuku

Tak payahlah pak cu lain kali,kan pak cik baru jer bagi duit 2 3 hari lepas
Dia tahu kalau nak bg macam tu sangat susah untuk aku terima
Bukan aku tidak mahu menerima duit tersebut..tapi rasanya ganjaran duit itu lebih besar berbanding dengan apa yang aku lakukan,biarlah aku menjadi orang2 yang ikhlas dalam melakukan semua ini dan mengharap semua yang aku lakukan ini di terima sebagai ibadat disisinya..walaupun aku tahu pak cu orang yang diberi nikmat kesenangan yang melimpah ruah oleh Allah tp aku tidak mahu mengambil kesempatan di atas semua ini..

Pejam lagi ker pak cu..dah dapat celik dah
Terima kasih la,mujurlah ada engkau dapat jugak pak cu tumpang..kebiasaan masa aku taka de kat kg pak cu akan tumpang sapa je..
Emm.Lama ker cuti ni, cuti dalam sebulan lebih..oo lama jugak ya?
Ha ah ni cuti semester semua pelajar seluruh u bercuti panjang jelas aku. Mujurla ada mu (merujuk kepada aku) dapat jugak tolong anta kat masjid ni. Aku hanya diam membisu.
Beberapa hari sebelum meninggalkan kampung halaman,aku sempat bertemu dengan pak cu meminta maaf kalau ada salah dan silap. Dia pun juga sama meminta maaf kepadaku. Begitulah hari-hari yang ku lalui dikampungku,pulang dari masjid bersama datuk saudaraku (kadang2 ada juga tak bersama).

Saat artikel ini ditulis,aku tidak tahu dan tidak ingat bila kali terakhir aku berjumpa dengan pak cu,hari ini aku menerima berita yang menyedihkan buat diriku. Aku kehilangan datuk saudaraku yang selama ini sentiasa ku temui dimasjid,yang kadang2 aku berbual bicara dengannya. Aku tersentak dan aku sendiri tidak tahu dan tidak ingat apakah aku sempat meminta maaf darinya. Beliau meninggal pada hari khamis 26 /2/09 dan ditanam pada petang tu juga.. tiada apa yang mampu kuluahkan melainkan sedikit terkilan dihati kerana mungkin masih ada dosaku yang berbaki buatnya.mengapa aku tidak sempat bersamanya saat di hujung waktu???mungkinkah ini sudah takdirnya.Coretan ini ku tulis sekadar kenangan buat diriku bersama dengannya.
YA ALLAH TEMPATKANNYA DIKALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.AMIN

Al-Fatihah........

-aku tidak tahu bagaimanakah hari pertama dikampung nanti tanpanya dsisi..
3 mac 09/12.52 a.m

Sunday, March 1, 2009

Tanpamu IBU


Ibu oh ibu
Dari raut wajah mu
Terpancar sinar kebahgiaan walau didalam hati
Tersimpan seribu satu kedukaan
Ibu oh ibu
Pengorbanan mu tinggi menggunung
Sanggup menggadai diri demi kami anak-anakmu
Menanggung kesusahan mencari kewangan
Buat kami anak-anakmu
Tidak pernah terhitung jasamu
Tidak pernah kami tanya dari mana datangnya semua itu
Apa yang kami tahu meminta apabila perlu
Ibu bagaimanakah nanti akan kami hadapi kehidupan ini
jika kau tiada disisi
terlalu banyak yang engkau berikan dan hadiahkan kepada
kami anak-anakmu
Ibu kami akan berusaha untuk mengenang budimu bukan membalas budimu
kerana budimu tidak mampu kami balas
ibu kami mengerti bila tiba masanya
janji Allah pastikan tiba,cuma masa dan ketika yang bakal menentukan siapa dulu
antara kita yang akan pergi...




Buatmu Ibu

Ibu bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balasi
Akan semua ini
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu?

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah, Tuhan
Ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana

Ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku,dosa-dosa kedua ibu bapaku,panjangkanlah umur mereka dalam kebaikan,berikan kebahgiaan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku didunia dan akhirat..amin

p/s : teringat penulis akan kata2 seorang sahabat"Ya Allah tak tahu la macam mana nak hidup jika tiada ibu dsisi"