
Ya Allah
Galak nya hatiku meluncur bicara
Tapi laku tak seindah kata
Sering tersasar dari landasan
Kerana nafsu ku yang berkepentingan
Ya Allah
Terkadang aku kecewa dengan diri
Banyak meminta dari memberi
Banyak menanti dari mencari
Banyak menyusahkan orang dari berdikari
Ya Allah
Aku seringkali berteori
Berkata itu ini dalam blog ini
yang menjadi saksi
Padahal aku jauh dariMu Ilahi.
Ya Allah
Aku terlalu beremosi
Mengikut nafsu sendiri
Kerana pautan duniawi
Kerana kepentingan diri
Ya Allah
Pandangkah Engkau kepadaku?
Sedangkan aku lemah disisi manusia dan diriMu
Sedangkan aku sentiasa menipu diriMu
dalam taubatku yang dilafazkan saban waktu
Ya Allah
Aku mohon maaf kepadaMu
kepada hamba-hambaMu
Kerana jahil dan bodoh dalam berfikir
Kerana terlalu lajak menuntun bicara
Mengajak manusia kembali
Padahal melupakan diri..
Ya Allah
Telah ku cuba dengan daya yang ada
Untuk memperbaiki diriku ini
Tapi keadaan masih tetap sama
Kurniakan aku sekeping hati
Seperti Ibrahim yang Engkau cintai
Hati yang sejahtera
Duniawi dan ukhrawi….