Sunday, June 28, 2009

Permulaan kepada kehidupan

Alhamdulillah,saya mengajak diri dan pembaca sekalian untuk kita bersama-sama berusaha sedaya upaya menzahirkan kesyukuran kita kepada Allah dengan penuh keikhlasan keranaNya.

Sesungguhnya masa terus berputar samada kita sedar ataupun tidak,hakikatnya semakin bertambah detik-detik itu memberikan kita “amaran” bahawa kematian sudah semakin hampir dengan kita.Mungkin kita sekarang berada dalam 40 hari terakhir atau boleh jadi 1 minggu atau mungkin juga beberapa detik sahaja lagi kehidupan kita diatas muka bumi ini sebelum dipanggil oleh Allah s.w.t. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui hakikat tersebut. “Ya Allah panjangkanlah umur kami didalam kebaikan”.

Hari ini saya berasa agak terkejut dengan kematian seorang penyanyi popular luar Negara,Mikaeel atau namanya sebelum Islam Michael Jackson.Sungguh sangat tidak disangka pemergian beliau dalam umur 50 tahun.Tapi itulah takdir yang Allah telah tetapkan,saya bukanlah peminat beliau tetapi saya agak gembira bila mendengar perkhabaran sebelum ni yang beliau memeluk islam.Semoga Allah menempatkannya bersama orang-orang yang beriman.

Michael Jackson memeluk islam tahun lalu dengan menukar nama kepada Mikaeel sempena nama malaikat yang memberi rezeki.

Lebih mengejutkan juga bila mana mahasiswakini melaporkan seorang pelajar perempuan Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23 mati selepas jatuh dari tingkat 4 universiti kebangsaan Malaysia,ukm berasal dari Kelantan.Saya menatapi berita tersebut pada tengahhari tadi tapi waktu malam bila bercakap dengan ibu saya,orang meninggal tersebut adalah adik kepada jiran dikampung saya.Sekali lagi hati saya berkocak mengalami kejutan.Anda boleh membaca berita tersebut disini http://mahasiswakini.com/archives/3682

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang pasti kerana kita sendiri menyaksikan kematian secara praktikal berlaku kepada insan disekeliling kita,kematian adalah permulaan kepada kehidupan yang sebenar yang pasti sarat dengan kejutan yang tidak kita duga,persoalannya..apakah kita bersedia menghadapi kejutan-kejutan tersebut ???


Sama-sama kita bermuhasabah diri

No comments: