Saturday, December 12, 2009

MELAYAN KEASYIKAN PADA SEBUAH KENANGAN



Awan berarak mendung seakan-akan hujan ingin menyembah bumi. Aku mengintai pada jendela,pohon kelapa melambai-lambai penuh kehijauan ditemani burung-burung berterbangan bebas di udara. Terpandang pada sebuah kawasan lapang didepan sebuah rumah usang. Rumah itu kini sepi kerana tiada lagi penghuni setelah kematian pak tih jiranku. Didepan itulah diwaktu kecil aku berkejaran berlari bermain bersama kawan-kawan sekampung. Masihku ingat permainan yang biasa aku panggil bola tin, nusuk, lepar selipar, baling bola, badminton dan lain-lain.

Kini kawasan itu masih lagi ada pengganti dengan permainan oleh generasi yang baru, sesekali mengintai dijendela aku terkenang saat diri berada ditempat mereka. Banyak sudah perubahan yang berlaku dikampungku. Anak-anak yang ketika kecil dulu kini telah besar seusai masa yang kian bertambah. Ramai pula generasi yang telah pergi dulu. Dari yang kecil sehinggalah yang besar.

Entahlah..asyik sungguh kadang-kadang melayan perasaan diwaktu kecil. Mandi sungai juga antara hobi yang tidak akan dilupakan. Jika ke sungai,sambil ditemani ayahku yang memukat ikan bersama abangku, kami akan mandi selepas itu. Mencari etak juga pernah menjadi kenangan yang indah,mana tidaknya aktiviti ini boleh menjadi medan untuk berhubung silaturahim dengan penduduk kampong apabila ramai yang turut serta turun kesungai. Sesekali lidi menhinggap kepunggung kerana mandi ke sungai tanpa pengetahuan ibu bapa. Ya lah kadang-kadang keluar mencari ikan dilopak-lopak sawah selepas penuaian padi,lepas tu mandi disungai. Walau pun bawa pulang ikan,aku turut dipukul dengan lidi mana tidaknya membiarkan ibu bapa kerisauan dirumah keluar sehari suntuk tanpa meminta kebenaran,balik-balik basah kuyup pakaian...hehe

JAL BESAR,ada yang bertanya kenapa JAL BESAR aku sendiri tidak pasti tapi penduduk kampong menyebut JAL tu kadang-kadang merujuk kepada sungai yang berada dikampung ni. Sungai itu juga menjadi saksi yang kian meragut nyawaku dalam peristiwa lemas beberapa tahun yang lalu, ya bila terkenang kematian memang kadang-kadang aku terkenang peristiwa tu. Tapi mujurlah pada waktu aku lemas ada sampan yang kebetulan datang kearah ku. Allah masih memberi peluang kepadaku. Tapi sungai itu juga pernah meragut dua nyawa beberapa tahun dulu. Yang mangsa kedua itu lemas waktu banjir sehingga menjadi liputan luas media cetak dan elektronik. Ratusan manusia memenuhi kawasan sungai untuk melihat operasi menyelamat mencari mangsa. Kebetulan waktu itu musim cuti sekolah. Arwah seingat saya baru darjah 3 kalau tak silap.

Banyak kenangan jika hendak diceritakan,ada yang mengatakan kenangan hanya untuk dikenang bukan untuk diingati.boleh terima ke?? Terpulanglah pada masing-masing untuk memberi jawapannya. Sekarang masa sudah terlalu cepat berlalu,tidak mungkin semua itu akan kembali,yang pergi tetap pergi. Kita tidak mungkin boleh berfantasi seperti doraemon yang sentiasa boleh mengembalikan masa lampau jika itu kehendak nobita. Saya menulis sekadar mengisi masa yang ada. Sekarang kita semua telah besar bermakna tanggungjawab juga samakin besar. Kita adalah KHALIFAH yang dicipta dan segala apa yang dilakukan akan dipertanggungjawab dihadapan Allah swt nanti. Wallahua’alam.

buat diriku yang masih mencari...

No comments: