Saturday, January 23, 2010

PENAT TAPI BAHAGIA

“ Tak penat ke ustaz berprogram sana sini”? Tanya seorang pemuda.
“Penat,tapi bahgia”? Jawab ustaz ringkas.

Kenapa bahagia? Bagaimana mendapat kebahgiaan?

Baiklah sahabat-sahabat, mari kita renung seketika. Terjunlah ke lubuk dasar hati yang suci, apakah yang sebenarnya yang kita inginkan didalam kehidupan kita? Kemana kita selepas kehidupan ini? Apakah persediaan kita ke tempat tersebut? Allah yang sifatNya Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang telah pun menyediakan kepada kita Al-Quran sebagai rujukan kehidupan.

Kadang-kadang jasad kita merasa letih untuk menguruskan kehidupan,ke sana ke mari berprogram. Tetapi roh kita merasa bahagia dengan keletihan jasad. Malah roh akan sakit jika jasad selalu berehat. Mampukah kita merasa seperti ini?

Mampukah kita bahagia setiap kali dapat bersujud kepada Allah?
Mampukah kita bahagia menahan kesabaran diumpat kawan?
Mampukah kita merasa bahagia setiap kali membaca Al-Quran?

Gembira,membahagiakan untuk melakukan dan melalui semua perkara tersebut. Kenapa?
Kerana satu perkara..semuanya kerana Allah?

Itulah penghujungnya,maka kesakitan,kepayahan,penderitaan itu semua hanyalah halangan sepanjang laluan tersebut.

Maka seharusnya kita meyakini sepenuh hati dan tanpa jemu untuk berdoa kepada Allah Yang Melihat permintaan kita, Yang Maha Mendengar sekalipun bisikan hati kita, Yang Maha Pengampun & Pemurah serta Yang Maha Mengabulkan permintaan kita supaya Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita. Bisikkan kepada hati anda,bahawa anda bahagia dengan kehidupan ini. bahagia untuk berbuat kebaikan,bahagia membaca Al-Quran dan lain-lain.

PESANAN KEPADA DIRI & SAHABATKU SEKALIAN : Hargailah erti kehidupan ini,sentiasa berfikiran positif,bisikkan kepada hati perkara positif,berdoalah kepada Allah selalu.

No comments: