Tuesday, January 12, 2010

Perhentian yang pasti

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Fiz,kak na dah xde”,itulah sms ringkas yang aku terima sebaik sahaja pulang dari masjid menunaikan subuh pada pagi tadi. Hati seperti tidak percaya apabila mendapat tahu berita tersebut.

Kak Na adalah sepupuku seorang mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Namun pengajian di universitI tidak dapat diteruskan & terpaksa ditangguhkan apabila Allah telah mentakdirkannya mendapat kanser jika tidak salah dipanggil kanser tulang. Bengkak kecil yang disangka biasa akhirnya menjadi luar biasa apabila ianya semakin membesar dan akhirnya doktor mengesahkan kanser tersebut sudah berada ditahap kritikal.

Sudah beberapa tahun arwah terpaksa menangguhkan pengajian di UKM kerana menjalani rawatan kemoterapi dan sebagainya. Arwah seorang yang sangat kuat & tabah kerana tidak pernah menunjukkan kebimbangan dan keresahan pada wajahnya. Biarpun rambut gugur & tubuh semakin kering ,namun tidak pernah terlihat setitis air mata pun yang keluar mengalir dipipinya. Mungkin kerana faham nilai erti tarbiyah & ujian dari Allah semasa bergiat aktif dalam medan dakwah di UKM dulu.

Akhirnya dalam umurnya 24,arwah pergi dalam keadaan yang sungguh tenang, seingat saya semasa pertemuan kali terakhir kami sekeluarga melawat arwah semasa cuti lalu,arwah tetap ceria. Walaupun kuman kanser tersebut telah merebak ke peparu, namun arwah masih menggagahkan diri berjalan dengan tongkat yang disediakan.
Petang semalam,arwah mengadu meminta tolong kerana tidak tahan dengan sakit kuat dikepala. Arwah dibawa ke hospital dengan ambulan apabila keadaan semakin kritikal & tidak dapat bernafas. Sebaik xtray doctor telah mengesahkan kuman tersebut telah merebak ke bahagian otak,terlalu banyak kuman yang mengjangkiti kepala arwah. Allah merancangn segala-galanya apabila arwah meninggal jam 5 pagi tadi & selamat dikebumikan pada lebih kurang jam 11.

Mungkin itulah jalan terbaik yang Allah telah tentukan,saya menulis untuk berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang semangat dan kecekalan arwah yang sebelum ini untuk terus bertahan,melawan meneruskan hidup walau harapan agak pudar. Sepanjang dihospital dikiri kanan ,arwah menyaksikan mereka yang senasib dengan arwah pergi menghadap Ilahi, dan arwah sendiri pernah memberitahu yang kalau ikutkan penyakit sepertinya sudah ramai yang pergi dulu.

Saya berdoa kepada Allah,semoga semangat yang ada pada arwah terus mengalir ke dalam diri saya yang masih mempunyai kudrat dan tenaga.

Kematian adalah pasti & yang paling menakutkan kematian semakin menghampiri kita untuk membawa diri kita ke perhentian yang pasti. Ya Allah,kepadaMu kami memohon petunjuk,pertolongan & keselamatan didunia & akhirat.
Al Fatihah...

No comments: