Saturday, November 3, 2012

KEMBALILAH WAHAI DIRI



Wahai jiwa yang tenang..Kembalilah kepada Allah…berharaplah kepada Allah..

Kita sudah terlalu lama meletakkan pengharapan kepada manusia, menyangka manusia boleh membahagiakan kita, rupa-rupanya tidak..bagaimana harus meminta kepada manusia sedangkan mereka juga lemah seperti kita..

Kembalilah..Kembalilah..Berharaplah, berdoalah….kerana hari itu hari yang sangat sulit..

Saat sesak bertarung dengan sakaratulmaut…Nabi pun sakit kita sedia tahu..

Menghadapi alam kubur yang tak tahu samada cerah atau gelap, sempit atau lapang, digigit binatang ke..kawah neraka atau taman syurga..

Seterusnya dibangkitkan dipadang mahsyar, pada hari yang panas, gelap..bingung,kita takde apa-apa dengan keadaan telanjang..harta, anak, kawan karib tak mampu beri apa-apa..kita keseorangan berteman amal didunia…

Seterusnya ketika menghadapi hari berhisab, lamanya berdiri dengan panas dan sesaknya orang hanya Allah yang tahu. Bob Lokman pernah menangis bila berceramah, saya masih ingat dialog dia lebih kurang.. “saya rasa lama berdiri dipadang mahsyar”.

Menanti berhisab, mencari insan bernama Muhammad, mengharap teduhan arasy. Siapakah yang diberi teduhan, 7 golongan yang dijanjikan…semoga kita tergolong..

Bagaimana pula nak berhisab, sedangkan keadaan dosa masa tu banyakknya Allah saja tahu..kita mengharapkan kemaafan dari Allah..Ada doa yang kita ungkapkan selepas solat..berilah kemaafan ketika berhisab..anggota berbicara, mulut terkunci seribu bahasa..
Seterusnya melangkah ke titian antara dua, jauh, panjang, kecil, banyak checkpoint,,apakah kita terbang? Mengengsot? Merangkak? Wallahua’lam

Kita hanya ada dua tempat perhentian, syurga yang penuh kenikmatan atau neraka penuh azab dan keperitan.

WAHAI JIWA YANG TENANG KEMBALILAH KEPADA ALLAH, BAGAIMANA HATI MAMPU BERGEMBIRA KETIKA MAUT MENGEJAR KITA..

BUAT DIRIKU INSAN BERDOSA DAN KALIAN YANG SUDI MEMBACA.

SEMOGA KITA SAMA2 DIBERI KEKUATAN ISTIQAMAH SEHINGGA BERTEMU ALLAH

4 comments: