Tuesday, August 18, 2009

Terkorban kerana Pengorbanan


Pengorbanan sememangnya dituntut didalam islam apatah lagi jika ingin mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri. Kita pernah membaca kisah para Nabi dan para sahabat yang melakukan pengorbanan sehingga terkorban sebagai syuhada.

Itu adalah kisah mereka yang terhasil dari madrasah Rasulullah s.a.w, generasi Al-Quran yang sangat luar biasa imannya hasil celupan tarbiyyah Rasulullah s.a.w. Sungguh imannya sangat berbeza berbanding dengan kita pada hari ini. Apakah masih ada generasi seperti itu dimasa sekarang atau mungkin akan datang ???

Hari ini,saya melihat satu lagi peristiwa pengorbanan. Pengorbanan yang akhirnya menyebabkan iman terkorban. Peristiwa yang saya maksudkan adalah peristiwa biasa iaitu pengorbanan seorang “pelajar” mengurangkan masa tidur diwaktu malam sehingga menyebabkan terkorbannya solat Subuh di keesokkan harinya. Boleh jadi pengurangan waktu itu adalah kerana tugas dan tanggungjawab yang terpaksa dilakukan sebagai seorang pelajar seperti kebiasaannya menyiapkan assignment dan lain-lain atau mungkin juga lebih malang saya katakan jika berjaga malam semata-mata melakukan perkara-perkara yang kurang memberi faedah seperti menonton movie dan bermain game dan lain-lain.

Sesungguhnya Allah sangat menyukai orang-orang yang bila melakukan sesuatu,dia melakukan dengan bersungguh-sungguh. Dalam hal ini, saya boleh mengangguk kepala untuk bersetuju malah sangat-sangat “respect” kepada mereka yang sanggup berjaga malam melakukan pengorbanan untuk study tetapi saya sesekali akan menggeleng kepala untuk tidak bersetuju jika Solat Subuh terkorban menjadi mangsa pada keesokkan harinya.

Begitu juga dengan menonton movie ataupun bermain game, sesekali saya mengatakan ianya tidak secara total salah, sebagai manusia biasa sesekali kita juga memerlukan masa untuk berhibur tetapi bolehkah berhibur sehingga mengabaikan kewajipan kita sebagai seorang Islam ??? Inilah fenomena yang sekian lama saya perhatikan berlaku kepada diri saya sendiri dan insan-insan disekeliling saya. Apakah pelajaran yang diterima tidak berupaya mendidik diri kita menjadi insan yang dapat mengimbangkan tuntutan dunia dan akhirat??

Saya pernah mengadukan hal ini kepada seorang Ustaz.
“Sebenarnya ianya melibatkan pengurusan masa oleh diri sendiri, Study ni waktu pagi pun boleh.Tidur awal kemudian bangun pagi,Ustaz tersebut menerangkan kepada saya sambil memberi cadangan”

Saya juga kadang-kadang terjebak ke kancah peristiwa yang saya sebutkan ini.Sesungguhnya saya bukanlah orang yang selayaknya untuk membincangkan hal ini. Sesekali saya teringat firman Allah s.w.t

Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan
(Surah As-Saff: Ayat 2-3)

Semoga Allah mengampunkan saya… (Astaghfirullahala’zim)

Adakah Kau Lupa


Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

No comments: