Wednesday, August 12, 2009

Permulaan kehidupan Ustaz Asri



Syaaban kian jauh meninggalkan kita.Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan bakal berkunjung tiba. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya kita dipanjangkan umur dan masih lagi diberi peluang untuk bersama-sama Ramadhan pada tahun ini. Kerana qada’ dan qadar Allah yang tentukan,begitulah juga taqdir yang telah ditentukan ke atas Ustaz Asri Ibrahim (ketua kumpulan Rabbani) yang telah meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi, allahyarham meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Saya masih ingat beberapa bulan yang lalu, allahyarham pernah datang ke UMP semasa konsert K-Saintis 2 dan juga sewaktu menjayakan satu forum “Bicara Sufi” (kalau saya tidak salah). Akhirnya dalam usia 40 tahun, allahyarham telah pergi meninggalkan kita semua. Sekali lagi,sungguh tidak diduga dan dijangka oleh kita semua.Marilah juga kita berdoa supaya allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Teringat kata-kata yang disampaikan oleh seorang ustaz semasa kuliah zohor, beliau menjelaskan kebiasaannya manusia akan mati mengikut kebiasaan apa yang dilakukannya. Kita pernah mendengar bukan seorang pemain bola sepak mati secara mengejut sewaktu sedang bermain bola sepak, seorang pelakon mati ketika berlakon, seorang pelumba kereta mati ketika menyertai perlumbaan kereta,seorang pengembara rancangan tentang “planet haiwan” mati kerana di serang ikan pari ketika menjayakan rancangan tersebut. Apakah kebiasaan kita sehari-harian?

Allahuakbar,bilakah pula saya dan anda akan memulakan pengembaraan ini???
Al-Fatihah

Mentari Merah Di Ufuk Timur

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi

Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )


13 OGOS 2009/21 SYAABAN 1430H
2.37PM

No comments: