Tuesday, March 16, 2010

HIDAYAH & RAHMAT ITU MILIK ALLAH

“Ustaz, ana kadang-kadang lemah semangat sangat-sangat berada dalam dakwah ni, ada ketika ana down sehingga rasa tak dapat buat apa-apa”,luah Adham.

Ustaz merapatkan badan kepada Adham, tangan ustaz menepuk belakang Adham. “ Itu perkara biasa, fitrah dalam kehidupan. Ada masa iman kita naik dan ada masa turun”,jawab ustaz ringkas.

“Tapi ustaz, kenapa susah nak istiqamah. Kenapa ibadat tidak mampu membahagiakan hati ana?”, Adham meneruskan pertanyaan. Jiwa Adham dilanda keresahan sejak akhir-akhir ini.

“Ya, memang susah untuk istiqamah. Tapi kita perlu paksa, buat saja tanpa banyak soal dan jangan di layan perkara-perkara yang remeh yang membelenggu perasaan, ana dulu pun macam tu juga tapi ana paksa buat kerja, lama-lama perasaan suka itu hadir. Pernah sekali masa ana bercuti di kampung selama sebulan, ana merasa bosan yang teramat sangat sehinggakan ana membeli banyak buku untuk di baca, memang ana minat membaca, ana bahagia bila membaca dan sehinggakan sekarang ana boleh hafal buku berada di rak mana, kulit warna apa”, ustaz meneruskan bicara.

Adham mencelah “Bahagia? Kalau ana memang mengantuk bila baca buku”.

“Memang kita akan penat, baca dalam ½ jam kemudiaan rehat la sekejap”, jawab ustaz ringkas.

“ Kita kena yakin, HIDAYAH DAN RAHMAT itu milik Allah, bila-bila masa sahaja Dia boleh bagi. Tugas kita hanya perlu melaksanakan. Buat, buat,buat sehinggakan kita bertemu dengan rahmat Allah. Walaupun istiqamah ibadat sekalipun, selagi Allah tidak mencampakkan rahmatNya kepada kita. Kita terus menerus melakukannya, jangan berputus asa”, Ustaz menyakinkan Adham

“Rahmat dan hidayah Allah?, itulah yang perlu di cari”, Adham bicara sendirian.

Malam itu Adham dan ustaz berborak panjang. Keheningan malam itu di temani bunyi-bunyian unggas yang sentiasa berzikir pada Allah.

Hati Adham merasa sungguh tenang sebaik sahaja dapat meluahkan masalahnya kepada Ustaz. “Kalaulah tiap-tiap hari dapat bersama Ustaz kan best, bila berada bersama Ustaz mengingatkan aku pada Allah, mengingatkan aku pada dakwah, mengingatkan aku pada tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah”, Adham bicara sendirian.

Malam itu Adham tidak dapat menahan perasaan sebak didadanya mengenangkan segala dosa dan kelemahannya selama ini. Wudhuk membasahi tubuh Adham untuk menunaikan solat taubat. Dalam sujud terakhir Adham mengadu sepuas-puasnya akan kelemahannya pada Allah. Adham berdoa semoga Allah memberi kekuatan kepadanya. Semangat Adham kembali membara pada hari itu.

1 comment:

Anonymous said...

alhamdulillah..syukran..antara solusinya..