Tuesday, March 16, 2010

Kaffarah dosa semalam

Salam wbt..Nampaknya saya lebih suka untuk membuat ringkasan2 seperti ni dari menulis artikel yang panjang. Apa-apapun moga manfaat kita perolehi bersama.


Kaffarah dosa semalam

Sangat menyakitkan untuk di telan

Demi sebuah kehidupan

Perjuangan harus di teruskan.

Kadang-kadang melalui kesukaran

Penderitaan demi penderitaan

Jangan di biar lemah berpanjangan

Kelak akan merana sepanjang jalan

Semalam adalah kenangan

Hari ini adalah peluang

Esok belum tentu kita miliki

Bersiaplah sekarang

Bangunlah!!!

Bangkitlah dari lena berpanjangan

Walau resah di lambung ombak

Walau terluka di hiris kesakitan

Bangunlah

Kita tidak akan tewas pada kenyataan

Walau ia menggila meresahkan

Pesan murabbi

Tinggalkanlah duka semampu mu

Memikul beban duka bakal membuatmu gila

Ya,bangkitlah!!!

Kita masih ada Allah

Sumber segala-gala

Angkat tangan ke langit

Mohonlah dengan penuh perasaan

Tangislah penuh kehambaan

Allah mendengar setiap rintihan

Penerimaan Allah menurut persangkaan hambaNya.

2 comments:

Anonymous said...

aku suka artikel gini,,
jiwa kta sme..
tah la..mkin lama aku gerun dgn ancaman ALLAH,, serba xkena,,
selain pd NYA tmpt aku meluah rasa tp ak juga prlukan manusia yg bejiwa HAMBA..
mlm ni sdg asyik aku study tbe2 ilang mood..bila ak nmpak potongan ayt dr surah al-zalzalah..
hati ni berdegup kencang,,
ALLAH..rase seram sejuk bila trfikir yg usia aku ni mkin ari mkin lanjut..wlaupn msih awl 20 an..
saudara,,serius bila prtama kali aku jumpa blog kamu..HATI aku terusik,, aku jd excited nk beri komen.. bgus2,, mmg saudara ni berbakat memegang title sbg HAMBA kpd NYA,, aku bila lg~~
maaf la teremosi pulak,, aku tahu ak xlyk berada d sini..maafkn aku,, jazakallah 4 all

hafiz said...

Sama2.kembalikan terima kasih pada Allah kerana segala kebaikan adalah dariNya. Manusia hanyalah asbab/medium. saya juga banyak kekurangan,xde apa2 kelebihan. Mungkin saudara hanya melihat tulisan saya. Allah lebih mengetahui dosa setiap hambaNya. saya menulis untuk meyakinkan hati saya sendiri dan mereka disekeliling bahawa Allah terlalu baik terhadap hambaNya, seandainya sorg ibu mengasihi anaknya sepenuh hati,Allah lebih lagi. bukankah Allah bersifat Maha Penyayang? Dengan itu supaya terbuka pin2 hati kita ini yang terhijab(kerana dosa)untuk sentiasa berprasangka baik pd Allah..InsyaAllah..