
Ya Allah!!
Beratnya terasa berada disisi dunia
Yang penuh dengan tipu daya
Aku yang sentiasa terpesona
Lalu tersimpang entah ke mana
Ya Allah
Kasih sayangMu menggunung tinggi
Tiada pernah melupakan hambaMu ini
Walau diri sentiasa alpa dan lalai
Engkau sentiasa memanggilku kembali
Ya Allah
Andai Rasulullah disisi
Ingin aku meluah isi hati
Ingin aku bertanya itu ini
Ingin aku pergi dari dunia ini
Bersama Rasulullah yang dikasihi
Ya Allah
hambaMu kini kembali lagi
kepadaMu Allah Ya Rabbi
Menyesali kesalahan diri
Yang tiada pernah bertepi…
Ya Allah
Terimalah hambaMu ini…
Allah tidak pernah meninggalkan kita, kasih sayang Allah terlalu tinggi, tapi kita lah manusia yang sentiasa terhijab dari mengenal erti kasih sayang tersebut. Dunia oh dunia, ramai yang terpesona, pautannya sangat istimewa, wanita, kekayaan, kemahsyuran, pujian, penghargaan..itulah yang syaitan sentiasa bisikkan kepada kita. Ruginya diri kita bila kembali kepada Allah nanti, segala-galanya terbuka, melihat rahsia demi rahsia yang selama ini terhijab kerana kesilapan kita, waktu itu tiada lagi erti kerana disitu perhentiaan yang pasti dan abadi…………
=PERINGATAN BUAT DIRI YANG MASIH MENCARI=
3 comments:
Terasanya diri ini...haih~
ye..ak juga..wahai ALLAH yg memiliki sgl kekuasaan,,titipkn lh hamba mu ini sdikit kekuatan..sesungguhnya Engkau maha cepat memperkenankn prmintaan..maka perkenanknlh..ameen
Sama2 kita muhasabah diri,manusia tidak sempurna kerna kesempurnaan hanya milik mutlak Allah swt.. Semoga perjualan kita selamat menuju ke destinasi yang kekal abadi..
Post a Comment