Thursday, May 20, 2010

Catatan di kala duka

Hujan petang ini mengundang satu rasa yang sangat mencengkam ke dada. Beberapa hari ini ujian datang secara bertimpa-timpa buat diriku yang bergelar hamba. Hamba kepada Dia yang setia dengan kasihNya. Benarlah di dalam kehidupan ini, terlalu banyak perkara yang mungkin terjadi secara tiba-tiba. Tidak di rancang, tidak diduga apatah lagi di ingini oleh diri kita. Tetapi kita adalah hamba. Hamba yang tidak bisa menolak segala ketentuanNya.

Tetapi yang pasti pokok pangkalnya kepada diri kerana segala keburukan adalah berpunca dari diri sendiri. Kebaikan jua adalah dari Allah. Ujian oh ujian bila mendatang terasa seperti kebingungan. Ya Allah galaknya aku melantun bicara, terkadang mengingatkan manusia kepada dosa, padahal aku sendiri yang alpa, berulang kali melakukan kesilapan yang sama.

Kali ini cukup malu rasanya hendak berkata-kata. Mungkin banyak lagi perkara yang perlu ditapis waktu berbicara. Bila Allah menguji kita dengan apa yang kita perkatakan, bererti Allah sedang mendidik kita. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingatkan kita dalam usaha kita mengingati orang lain. Sms dari sahabat saya tertaip rapi dalam inbox yang masih saya simpan sampai kini.

Berbalik ke tempat kerja, latihan industri sekarang memasuki minggu kedua. Hari ini hari ke 4 minggu kedua, cepatnya masa berlalu. Kenapa dikatakan hari ini hari yang bertimpa-timpa?, hari ini saya dah secara tidak sengaja merosakkan compressor yang berharga ribuan ringgit. Semua kerja tak dapat dijalankan hari ini kerana alat utama tersebut bermasalah. Bekerja dalam keadaan yang serabut, sakit kepala itulah akibatnya. Boleh membawa masalah kepada orang lain pula. Hari ini saya juga belajar bahawa Allah tidak tinggalkan saya, Allah mendengar bisikan hati saya.

Kerana terdetik prasangka buruk pada Allah, terus dapat warning dariNya. Masih saya ingat sewaktu ketika dulu. Saya pernah terdetik dalam doa. Ya Allah, engkau tidak mendengar rintihan hatiku? Beberapa minit selepas itu, saya accident. Alhamdulillah, Allah bagi petunjuk yang Dia setia menanti dan mendengar rintihan hati saya. Tetapi kenapa harus menanti sesuatu ujian yang nampak di mata, baru dirasakan itu adalah tanda Allah sedang berbicara dengan kita? Saya tak pasti mungkin saya hanya mementingkan perkara yang nampak di depan mata. Bala berupa terkoyaknya iman, tercemar islam didalam diri langsung tidak nampak. Allah peliharalah aku dari musibah-musibah yang tidak nampak dimata.

Tengah hari tadi, perasaan itu kembali lagi. “ Ya Allah! Rasa lainnya bila tidak diuji, rasa seperti ditinggalkan Tuhan”! itulah nafsu sebenarnya terlalu ego. Tiba-tiba saja bila suis compressor di buka, sebatang penyapu jatuh ke rantai motor compressor. Penyapu patah motor berhenti secara tiba-tiba. Allah dengarkan rintihan kau? Menyesal la pula rasanya berprasangka seperti itu, seperti meminta ujian dari Tuhan. Hebat sangatkah aku ni? Ya Allah,again and again..maafkan aku Ya Allah. Esok tidak pasti bagaimana keadaan compressor tu. Hopefully dapat dibaiki.

Lama rasanya tidak menulis, ingin di luah kepada manusia. Tiada siapa yang mampu membantu kerana manusia lain juga mempunyai masalah. Jawapannya kat blog ni jadi mangsa. Tapi yang pasti doa itulah yang sangat menguatkan aku waktu ini. Tq Allah.

Pesanan buat yang membaca luahan hamba kat blog ni, dalam hidup ini banyak cabaran dan ujian yang menanti. Kesusahan, kesenangan akan silih berganti. Seperti roda yang sentiasa berputar ke atas dan bawah. Banyak yang kita tidak suka akan kita dapat, yang kita cari tidak jumpa, yang kita ingini tidak dimiliki, yang kita sayang tiba-tiba hilang. Semua nya bertentangan dengan kehendak kita, tetapi ingatlah diriku dan dirimu,kitakan hamba. Status tersebut tidak pernah berubah dari dulu sehingga kini dan sehingga ke akhirnya. Ya Allah matikan aku dalam iman….

6.59pm, khamis

No comments: