Sunday, May 23, 2010

Keikhlasan

Keikhlasan

Bagaimana harus ku temui

Menghadirkannya sukar sekali

Kerana memerlukan mujahadah yang tinggi

Yang segalanya melebihi kepentingan diri

Keikhlasan

Sekejap engkau hadir

Sekejap engkau pergi

Jarang sekali melekat di hati

Keikhlasan

Bagaimana hendak di cari

Membuat sesuatu tanpa kepentingan nafsi

Ikhlas saat tunduk dan berdiri

Semata mengharap redha Ilahi

Ya Allah

Terkadang aku buntu

Keikhlasanku sering saja lari

Membuat sesuatu kerana kepentingan diri

Yang padanya semata-mata duniawi

Lantas aku bertanya

Bagaimana dan apa caranya?

Sampai bila harus begini?

Umpama semut hitam

Di atas batu hitam

Pada waktu malam

Oh ! begitukah sekali

Nilai sebuah keikhlasan

Tidak nampak pada pandangan zahir

Jauh terbenam didasar hati yang luhur

No comments: