Monday, September 7, 2009

KEMBARA BERTERUSAN @ KIR

KEMBARAKU BERTERUSAN.

Pada kali ini penulis ingin berkongsi tentang program Kem Ihya’ Ramadhan (KIR) yang telah diadakan pada 5-7 September 2009 bertempat di Casuarina Beach Resort,Pekan. Kem anjuran Pusat Islam & Pembangunan Insan dengan kerjasama SAHAM seperti biasa mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan biarpun tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.

Tahniah kepada Pengarah, barisan Jawatankuasa,fasilitator kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan kem “tarbiyyah” ini. Terima kasih juga kepada penceramah jemputan yang sudi mengisi rohani “kami” yang sentiasa kelaparan,kehausan dan ketagihan kepada suatu nilai “tarbiyyah” yang berterusan dalam proses jelajah diatas muka bumi milik Allah s.w.t ini.

PENGAJARAN

Saya terfikir seketika,kadang-kadang saya merasa rugi,sedih dan juga berdosa kerana tidak atau mungkin kurang memberi perkongsian nilai ini kepada ramai manusia yang sentiasa mencarinya.

Apa yang dicari? Kenapa perlu mencari?

“Tidak cukup sekadar ISLAM agama yang kita anuti ini adalah berdasarkan keturunan semata-mata,tidak cukup seorang KRISTIAN menganut agama KRISTIAN berdasarkan keturunan semata-mata,tidak cukup seorang BUDDHA menganut agama BUDDHA kerana berdasarkan keturunan semata-mata.Kerana apa? kerana ianya perkara yang sangat besar,penentuan antara SYURGA dan NERAKA,kita perlu mengkaji,meneliti supaya kita tenang dan berpuas hati dengan AGAMA yang menjadi penentuan ini”,antara ayat yang saya ingat dijelaskan seorang ustaz.

Kesan kepada kepuasan dan keyakinan terhadap “sesuatu” itulah yang akan menghasilkan kemampuan dan keinginan yang mendalam untuk memahami “sesuatu”perkara tersebut. Sesuatu yang saya maksudkan disini ialah agama yang menjadi pegangan kita.
Ada satu persoalan yang tidak terjawab oleh saya,mungkin anda mampu menjawabnya..
Kenapa seseorang yang meminati bola sepak mampu bingkas bangun malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak tersebut,mampu menghafal nama-nama pemain pasukan yang diminatinya itu satu persatu-satu.Tidak pula rasa mengantuk malah mata segar menyaksikan perlawanan bola sepak itu?

TETAPI….

Kenapa tidak pula mampu bangun malam “berqiamullail” semata-mata untuk bertemu dengan Pencipta kita. Kenapa tidak mampu bingkas bangun subuh sebaik sahaja azan berkumandang? Malah tidak mampu merasa runsing jika tidak memahami apa yang dibaca didalam solat.sangat tidak menghairankan bagi Allah jika Allah menyekat tiba-tiba nyawa kita kerana meninggalkan solat subuh. Siapa yang meyakini nyawa berada dalam genggamannya?

Saya tertanya kepada diri, apakah tidak mampu saya mengambil perasaan tersebut walau sekadar cebisan darinya.Belum tibakah masanya untuk kita bingkas berqiamullail menangisi dosa seperti bingkasnya bangun untuk menonton perlawanan bola sepak iti tadi,ghairah dan fanatik.Sungguh sudah lama saya mencari perasaan itu,saya tidak pasti bila kali pertama dan terakhir ianya hadir dalam jiwa ini.

Lama sudah kita bergelumang dengan sistem jahiliah didalam diri,lama sudah kita membiarkan diri dikuasai nafsu,lama sudah kita membiarkan nilai-nilai Islam diamalkan oleh agama lain. Sekarang masanya untuk kita beramal dengan ISLAM,sekarang masanya kita kembali kepada ISLAM. Biarlah kita menjadi generasi pertama dan perintis kepada generasi yang tidak lagi cintakan dunia dan takutkan mati,bermegah-megah dengan harta.Cukuplah! kita tidak ingin lagi mereka yang bakal dilahirkan mewarisi “tipu daya dunia” ini.

Masa sekarang terlalu pantas berlalu,sekarang memasuki 18 Ramadhan, ramai pula yang pergi menghadapNya secara tiba-tiba tanpa banyak memberi tanda,banyak pula peristiwa-peristiwa yang berlaku didunia ini tanpa diduga TSUNAMI contohnya datang tanpa langsung memberi bicara awal.

Sepanjang kem ini juga, kami menerima suatu berita dukacita,pemergian ayah kepada salah seorang peserta.Semoga allahyarham ditempatkan bersama dengan orang-orang yang berimana.Al-Fatihah…

KESIMPULAN

“Saya berpendapat kem ini berbeza berbanding kem-kem lain yang pernah disertai”, itulah antara luahan seorang peserta yang saya ingat. Alhamdulillah semoga segala manfaat yang diperolehi dapat dijadikan bekalan amal sepanjang perjalanan kehidupan ini. Wallahua’lam

Ini antara gambar-gambar yang saya dan sahabat2 yang lain ambil semasa kem tersebut. Selamat menyaksi!!!


No comments: